Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa

Life + Friends = Beautiful Life! ❤

Hello everyone,....this is  the first time i'm blogging something about me.... okey,....well....i just wanna share some little things about my life and my studies. tahun 2015,.... ini adalah tahun terakhir bagi saya untuk menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah....saya merupakan pelajar tingkatan 6 atas di salah sebuah sekolah kat melaka.... well,....hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang diri saya....baiklah, let's come to the point. i'm a shy type person and i'm not a friendly girl...tapi kalau saya dah mengenali seseorang itu untuk jangka masa yang panjang....then, i'll become so closer to them.... i jenis yang suka memilih kawan coz mak bapa i selalu menasihatkan i tentang kehidupan kita selepas menjadi dewasa kelak....according to them, kalau kita memilih kawan yang baik dan bersopan sekarang, then apabila kita sudah besar panjang, kita pun akan jadi macam mereka so kita sebagai manusia yang beradab, kenalah memilih kawan