Pendahuluan
Raja atau sultan memainkan
peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan
penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan
kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam
politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman
penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem
pemerintahan di Tanah Melayu.
Peranan Raja sebelum penjajahan
British.
Politik
1. Sultan sebagai ketua kerajaan
Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan
pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai
kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah
perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan
menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun
bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa
menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta
berhak mengampunkan pesalah Peranan sultan melantik pembesar Sultan berkuasa
melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.
Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan
pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri
iaitu dalam kalangan putera-putera baginda.
2. Sultan menentukan hubungan
diplomatik Sebagai ketua negara, sultan bertanggungjawab mengetuai rundingan
dengan ketua-ketua negara asing. Sebarang tindakan hal ehwal luar tidak sah
jika dilakukan oleh pembesar tanpa kehadiran sultan. Semua perjanjian atau
persetiaan dengan pihak luar tidak sah tanpa pengesahan sultan. Persetiaan
dengan pihak luar perlu ditandatangani oleh 12 orang atau lebih pembesar serta
ditandatangani oleh sultan
3. Sultan berperanan sebagai
ketua tentera. Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing.
Sekiranya berlaku peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera
mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara lain.
Ekonomi
4. Sultan berkuasa mutlak ke atas
sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat
keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal perburuhan, hasil
pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras sistem
cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai
negerinya. Contohnya Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) dan
Kelang daripada Raja Mahdi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang
dikenakan di Muara Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dan segi pertanian
sultan berhak mengerahkan rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada
para pembesar negeri.
5. Sultan berkuasa melaksanakan
sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan
untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara
pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera, membina jalan,
membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.
Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus
tinggi juga dikecualikan dan sistem ini. Contoh di Kedah mereka yang
dikecualikan dan sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan
baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang suruhan
istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam kalangan rakyat.
Sosial
6. Sultan merupakan lambang
perpaduan Raja/Sultan menjadi simbol penyatuan negara dan rakyat. Seseorang
sultan sangat memerlukan sokongan dan kesetiaan rakyatnya bagi membolehkannya
memerintah dengan berkesan. Kewibawaan seseorang sultan bergantung kepada
kemakmuran hidup rakyatnya. Bagi mewujudkan kesetiaan rakyat terhadap sultan
maka seseorang sultan itu dilambangkan dengan kuasa sakti dan mempunyai darah
putih. Hak ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan supaya
rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula
dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.
7. Sultan bertindak sebagai ketua
agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap sebagai khalifah Allah di
bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga memainkan
peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah
jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat
penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.
PERUBAHAN PERANAN RAJA / SULTAN
SELEPAS PENJAJAHAN BRITISH
1. Raja Kehilangan kuasa
mentadbir Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem
Residen. Di bawah sistem Residen, Residen merupakan kuasa yang tertinggi dalam
pemerintahan di negeri-negeri Melayu. British memperkenalkan pentadbiran
berbentuk birokrasi, iaitu ditadbir oleh sekumpulan pegawai. Sultan telah
kehilangan kuasa mentadbir yang dinikmati sebelum ini. Walaupun sultan menjadi
Residen Majlis Negeri tetapi semua keputusan Majlis Negeri dibuat oleh residen.
Sultan kehilangan kuasa sebagai ketua pentadbir. Walaupun sultan masih menjadi
ketua negara, namun kuasa mentadbir berada di tangan residen. Pengenalan
Persekutuan pada tahun 1896 menyebabkan sultan kehilangan kuasa. Kuasa berpusat
di tangan Residen Jeneral. Raja-raja Melayu hanya berkuasa dalam soal agama dan
adat istiadat orang Melayu sahaja. Kekuasaan sultan semakin tergugat apabila
British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946. Walaupun kuasa sultan
dipulihkan semula dengan pengenalan Persekutuan 1948 tetapi kuasa sebenar masih
di tangan British.
2. Raja kehilangan kuasa mutlak.
British memperkenalkan sistem perundangan baru. Baginda tidak lagi berkuasa
menjatuhkan hukuman apabila British memperkenalkan sistem perundangan yang
lebih teratur dengan melantik hakim-hakim untuk melaksanakan sistem kehakiman.
3. Raja kehilangan kekuasaan
terhadap ekonomi Urusan percukaian, import-eksport tidak lagi berada di bawah
kekuasaan sultan tetapi di tangan British. British secara beransur-ansur
memperkembangkan ekonomi kapitalis dan secara beransur-ansur ekonomi
tradisional terhakis.
4. Raja kehilangan hak ke atas
tentera Pada zaman penjajahan British sultan juga tidak dibenarkan mempunyai
tentera sendiri. Pentadbir British telah membentuk pasukan polis dan askarnya
sendiri. Hal ini bermakna bidang keselamatan terlepas daripada kekuasaan
sultan. Sultan hanya memainkan peranan dalam upacara kerajaan negeri sahaja.
Kesimpulan
Dan perbincangan di atas adalah jelas bahawa sebelum penjajahan,
raja / sultan memainkan pernan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik,
ekonomi mahupun sosial. Namun kedatangan penjajah British telah merubah sistem
politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu.
Peranan sultan yang lebih luas dan berwibawa sebelum kedatangan penjajah telah
terhakis dengan kedatangan penjajah. Kedatangan penjajah dan penguasaannya ke
atas Tanah Melayu menyebabkan pengenalan sistem pentadbiran dan perekonomian
baru yang menjadikan sultan kehilangan kuasa dan hanya sekadar lambang
kekuasaan, kuasa sebenar di tangan Residen.
Comments
Post a Comment