Skip to main content

Penggunaan Emoji dalam Komunikasi di atas Talian yang Dipengaruhi oleh Gender Pengguna. (Universiti Malaya)



TIX1005 : Bahasa dan Komunikasi
Language and Communication
Sesi 2016 / 2017
Semester 2
Tajuk Kerja Kursus
Penggunaan Emoji dalam Komunikasi di atas Talian yang Dipengaruhi oleh Gender Pengguna.
Nama Ahli Kumpulan
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG 1600XX)
Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX)
Priscilia A/P Lopis (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas
Kumpulan 2
Nama Pensyarah
Dr Leela A/P Koran
Tarikh Dihantar
25 /  05 / 2017


1.0  Pengenalan
      Penggunaan emoji merupakan isyarat atau kata-kata bukan lisan (non-verbal) yang boleh menyampaikan sesuatu mesej melalui gambaran digital yang kecil. Kajian mendapati bahawa wanita lebih memahami dan menerima penghantaran, penerimaan, dan mentafsir isyarat atau kata-kata bukan lisan (non-verbal) semasa berkomunikasi (Britain & Hall, 1995). Berdasarkan laporan platform pasaran iaitu Emogi, mendapati bahawa wanita muda adalah pengguna emoji yang tegar, iaitu sebanyak 78% wanita merupakan pengguna emoji yang aktif berbanding dengan 60% lelaki. Maka, ini menunjukkan adanya perbezaan penggunaan emoji antara kedua-dua gender dalam komunikasi di atas talian.

1.1  Latar Belakang Kajian
      Komunikasi adalah bukan setakat proses bercakap, menulis dan mentafsirkan perkataan-perkataan, tetapi ia adalah proses yang kompleks yang melibatkan faktor-faktor seperti bahasa, kandungan, tatabahasa, pengalaman dan kata-kata bukan lisan (Rezabek & Cochenour, 1998). Komunikasi melalui kata-kata bukan lisan seperti penggunaan emoji telah menarik pengkaji-pengkaji tentang penggunaan emoji dalam bidang “Computer-Mediated Communication (CMC)” dan “Human-Computer Interaction (HCI)”. Kebanyakan pengkaji mencadangkan bahawa penggunaan isyarat atau “cues” meningkatkan komunikasi bertulis atau komunikasi bukan verbal  seperti mana penggunaan bahasa badan dan visual meningkatkan komunikasi verbal (Derks et al., 2008; Rezabek & Cochenour, 1998). Kajian juga menunjukkan bahawa teks di atas talian tanpa menggunakan emoji boleh membawa kepada kesalahtafsiran sesuatu mesej atau sikap penghantar mesej tersebut (Lo, 2008).

       Emoji, buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Shigetaka Kurita pada tahun 1999 dengan memperkenalkan penggunaan emoji di i-mode, iaitu sistem internet jepun yang pertama (De Abreau, 2015). Selepas itu, pada tahun 2006. Google mula menukarkan emoji Jepun kepada sistem Unicode. Emoji mula mendapat perhatian media bermula pada tahun 2013 (David & Edberg, 2016). Emoji adalah ikon-ikon atau gambaran digital yang kecil dan sering digunakan dalam media teks berkomunikasi digital untuk meluahkan perasaan, emosi, idea dan lain-lain. Kebanyakan kajian telah membuktikan perbezaan bagaimana lelaki dan perempuan menggunakan isyarat tanpa verbal. Antaranya ialah, perempuan lebih ekspresif dan berkemahiran menghantar dan menerima mesej non-verbal (B. N. J. and J. A. Hall, 1995). Menurut beberapa kajian, wanita lebih cenderung menggunakan emoji daripada lelaki apabila berkomunikasi di atas talian (Wolf, 2000). Walaubagaimanapun, lelaki menggunakan lebih pelbagai emoji dibandingkan dengan perempuan (Tossell, Kortum, Shepard, Barg-Walkow, Rahmati, 2012).

1.2 Pernyataan Masalah Kajian
      Pada masa kini, penggunaan emoji semakin berleluasa dalam komunikasi di atas talian. Penggunaan Emoji dikatakan dapat menunjukkan atau meluahkan perasaan, emosi dan idea seseorang kepada orang lain iaitu berkomunikasi tanpa lisan. Faktor gender menjadi antara faktor perbezaan penggunaan emoji, iaitu mengukur kekerapan penggunaan emoji dan kelainan di antara dua gender apabila berkomunikasi di atas talian. Adakah faktor gender mempengaruhi penggunaan emoji dalam komunikasi di atas talian dan apakah kekerapan emoji digunakan oleh lelaki dan perempuan? 

      Di atas talian bermaksud penggunaan internet iaitu seperti di dalam sosial media, blog dan forum. Kajian ini dilakukan dan dijalankan untuk mengenalpasti kegunaan emoji dalam komunikasi di atas talian, terutamanya dalam chat atau teks berkomunikasi. Seperti yang kita sedia maklum, perempuan lebih banyak menggunakan emoji dibandingkan dengan lelaki, manakala perempuan menggunakan emoji tertentu yang menunjukkan ciri-ciri keperempuanan seperti emoji bunga ros, atau emoji berbentuk hati. Kebanyakan berpendapat bahawa lelaki tidak banyak menggunakan emoji apabila berkomunikasi di atas talian. 

      Rintangan utama yang menjadi persoalan bagi kajian ini ialah sejauh manakah ketepatan dan kebenaran perbezaan penggunaan emoji antara gender di atas talian. Sesetengah kajian lepas berpendapat bahawa tiada perbezaan yang ketara antara pengguna gender yang berlainan dalam penggunaan emoji (Huffaker, Calvert, 2005) manakala sesetengah kajian telah membuktikan bahawa perempuan lebih cenderung menggunakan emoji (Wolf, 2000).

      Penggunaan emoji sering digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam komunikasi berteks dan di atas talian seperti di sosial media. Penggunaan emoji ini menunjukkan bahawa eskpresi boleh disampaikan melalui simbol atau isyarat tanpa lisan dengan lebih mudah untuk difahami oleh penerima sesuatu mesej. Penggunaan emoji juga boleh membawa kepada salah tafsiran yang menunjukkan makna lain atau anggapan yang salah terhadap penghantar sesuatu mesej.


1.3 Objektif Kajian
      Objektif utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penggunaan Emoji dalam komunikasi di atas talian yang dipengaruhi oleh Gender pengguna.

1.3.1 Memerhati sejauh manakah kekerapan penggunaan emoji di kalangan lelaki dan perempuan.
      Kumpulan pengkaji ingin memerhati dan menganalisis kekerapan penggunaan emoji dalam kalangan golongan lelaki dan golongan perempuan. Kumpulan pengkaji telah berjaya menemubual seramai 4 orang responden. Terdapat 2 orang responden perempuan dan 2 orang responden lelaki. Bagi menjalankan kajian ini, kumpulan pengkaji akan memerhati perbualan atau komunikasi atas talian yang digunakan oleh 4 orang responden mereka selama 1 minggu. Sepanjang satu minggu ini, para responden akan diperhati berdasarkan cara komunikasi dan emoji yang digunakan oleh mereka ketika berbalas mesej dengan rakan-rakan yang sama gender ataupun gender yang bertentangan dengan mereka. Para pengkaji ingin mendapatkan keputusan analisis yang tulen kerana dengan hanya menggunakan kaedah temubual, ianya susah untuk mendapatkan bahan bukti untuk kajian ini.

1.3.2 Mengenalpasti gender yang manakah banyak menggunakan emoji bagi menggantikan perkataan dalam sesuatu komunikasi.
      Kumpulan pengkaji telah memilih objektif kajian ini bagi mengetahui pihak yang manakah banyak menggunakan emoji bagi mengurangkan penggunaan perkataan dalam komunikasi di atas talian. Kumpulan pengkaji akan menganalisis bahan bukti (mesej-mesej yang dihantar oleh resonden kepada rakan-rakan mereka) bagi mengenalpasti golongan gender yang manakah gemar menggunakan emoji dalam komunikasi di atas talian.

2.0 Kajian Literatur
      Bahagian ini akan membincangkan literatur yang merangkumi penjelasan dan pandangan daripada tokoh-tokoh ilmuwan tertentu serta kajian dahulu yang telah dibuat oleh para sarjana dan pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai penggunaan emoji dalam komunikasi di atas talian. Ia meliputi kepentingan memahami emoji dan juga faktor-faktor penggunaan emoji dalam komunikasi elektronik yang dipengaruhi oleh aspek gender. 

      Kumpulan pengkaji mendapati bahawa, kajian yang dijalankan oleh Yukiko Nishimura (2015) yang bertajuk “Analysis of Emoticon Usage in Japanese Blogs” menerangkan mengenai blog yang dimiliki dan ditulis oleh 4 jenis kategori penulis. Blog-blog yang dipilih untuk analisis konteks bagi kajian ini adalah, blog-blog yang diranking dalam 50 blog terkenal di Japan (Japan Blog Village). Kategori penulis diagihkan mengikut umur dan jantina mereka, iaitu seramai 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan yang berumur 60 tahun dan keatas dan 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun. Kesemua 200 penulis blog ini telah diperhatikan selama 20 hari, dari segi cara penulisan mereka dalam blog. Analisis konteks blog adalah bertujuan untuk mengetahui berapa kekerapan dan gender mana yang banyak menggunakan emoji dalam penulisan blog mereka. Hasilnya pula, didapati golongan perempuan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun telah banyak menggunakan emoji berbanding kumpulan responden lain. Dikatakan, emoji melambangkan kecomelan golongan wanita di Japan. Juga didapati bahawa, topik blog juga mempengaruhi penggunaan emoji dalam kalangan penulis.

      Seterusnya, daripada artikel yang bertajuk “The Importance of Understanding Emoji”, kumpulan pengkaji mendapati bahawa emoji memainkan peranan dalam mengurangkan perkataan dan membolehkan ungkapan emosi digunankan. Artikel ini telah membincangkan tentang maksud dan tujuan emoji digunakan dalam sesuatu komunikasi. Juga, penulis artikel ini telah menyatakan masalah perselisihan faham yang timbul sekiranya sesuatu mesej dihantar tanpa sebarang emoji. Hal ini kerana, emoji membantu menjelaskan maksud sesuatu mesej dengan lebih menarik dan ianya secara tidak langsung mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham antara penghantar dengan penerima mesej. Menurut Hakami (2017), emoji mempunyai banyak kelebihan, seperti mengurangkan perkataan slanga dalam komunikasi digital, membolehkan ungkapan emosi, meningkatkan aplikasi analisis sentimen dan menambah ciri-ciri yang menarik. Emoji memainkan peranan yang besar dalam mengubah sesuatu mesej kepada sesuatu yang positiv dan mudah diterima.

      Selain itu, daripada artikel yang bertajuk “Gender, Identity and Language Use in Teenage Blogs”, kumpulan pengkaji telah mendapati bahawa, golongan perempuan lebih kerap menggunakan emoji bagi meluahkan perasaan mereka berbanding dengan lelaki. Golongan lelaki pula sedikit menggunakan emoji apabila mereka berinteraksi dengan golongan perempuan namun mereka langsung tidak berminat untuk menggunakan emoji apabila berkomunikasi di atas talian bersama dengan rakan lelaki. Menurut Crystal (2001), interaksi dalam talian kekurangan reaksi airmuka dan gerak isyarat badan yang penting untuk menyatakan pendapat dan sikap seseorang. Emoji telah diperkenalkan untuk memenuhi kekosongan di komunikasi dalam talian.

      Berdasarkan kesemua kajian literatur di atas, kumpulan pengkaji mendapati jurang penyelidikan (research gap) yang terdapat dalam kajian ini adalah, kesusahan membuktikan sebab-sebab dan faktor-faktor yang mendorong para pengguna menggunakan emoji dalam komunikasi di atas talian. Maka kajian ini dijalankan oleh kumpulan pengkaji bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kedua-dua gender menggunakan emoji dalam komunikasi di atas talian dan juga mengidentifikasikan gender mana yang banyak menggunakan emoji dalam sesuatu perbualan.

3.0 Metodologi
      Metodologi kajian membawa maksud iaitu kaedah dan prosedur reka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan penghasilan keterangan yang nyata yang boleh menjunjung sesuatu kajian. Kajian ini juga menerangkan kaedah untuk mengkaji sesuatu kesulitan dan sebab sesuatu cara dan sistem tertentu yang dianalisiskan. Tujuan metodologi kajian ialah untuk menyokong dengan lebih lapang atau teliti lagi tentang cara dengan menjelaskan tentang proses kajian.

      Menurut Kamus Dewan, metodologi bermaksud kaedah yang melingkungi teknik dan dasar yang dianalisiskan dalam sesuatu usaha atau disiplin. Kajian ini juga membawa maksud lain iaitu cara, teknik, gaya, dan ciri asas. Ia juga menunjukkan pengetahuan tentang metod atau kaedah yang digunakan apabila melakukan sesuatu kajian untuk mencapai objektif kajian tersebut. Oleh yang demikian, kaedah ini ialah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan 2 cara untuk mendapatkan data iaitu temubual dan laman sesawang untuk membuat sedikit rujukan tambahan.

3.1 Data Primer
      Berdasarkan kajian ini, data primer membawa maksud iaitu sumber pengumpulan data yang mendapati dari sumber penyelidikan tetapi bukan melalui media sosial malah ia kumpul secara individu (orang) atau kelompok, pemerhatian terhadap suatu benda fisikal. Ia juga dapat daripada kejadian, kegiatan, hasil pengujian. Dalam cadangan penyelidikan kajian ini metod untuk  mendapatkan sumber data ialah metod observasi (temubual tatap muka) dan pemerhatian. 

3.1.1 Kaedah Temubual
      Dalam kaedah ini pengkaji dapat menemubual 4 orang responden daripada berbilang kaum dan bangsa. Pengkaji telah membuat pemilihan responden secara rawak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Responden-responden adalah dalam berumur lingkungan 20 sehingga 25 tahun. Pemilihan tersebut mengenai cadangan penyelidikan kajian yang dikaji tentang pengaruh gender dalam penggunaan emoji dalam komunikasi di atas talian. 

      Cadangan penyelidikan tersebut mempengaruhi kelebihan dan kelemahan melalui temubual (tatap muka). Kelebihan yang dikaji dalam kajian ini adalah untuk mengajukan banyak persoalan yang memerlukan jangka masa yang panjang. Selain itu, terdapat kemungkinan bagi penemubual untuk mengetahui kompleksitasi masalah kepada responden. Tambahan pula, responden dapat memberi jawapan yang lebih tepat dan spontan berbanding metod soal selidik yang digunakan.

      Selain itu, kelemahan juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan kajian penyelidikan ini. Kemungkinan jawapan yang responden memberi ialah bias kerana terpengaruh penemubual sebagai contoh apabila pengkaji menemubual responden yang rapat dengannya mungkin ia dapat jawapan yang kurang tepat. Seterusnya, kaedah ini juga memerlukan banyak sumber manusia jika jumlah responden lebih dan tempat temubual yang besar.      

3.1.2 Kaedah Pemerhatian
      Metod pemerhatian ialah satu kaedah untuk pengumpulan data dengan mengkaji secara bersemuka dengan responden dan melakukan penyelidikan rahsia. Metod ini juga sering digunakan oleh pengkaji sebagai satu teknik kajian. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat tingkah laku responden. Peranan pengkaji ialah terhadap perubahan tingkah laku, serta mendengar responden dari jarak jauh dan dekat. Ia mengambil tempoh masa yang tertentu untuk memerhatikan kaedah ini. Pemerhatian yang pengkaji membuat dalam kajian ini ialah dengan menganalisasi teks komunikasi responden dalam telefon bimbit sebagai contoh teks komunikasi dalam laman sosial iaitu WhatsApp. Kaedah tersebut mengambil masa yang seminggu untuk memerhatika komunikasi bagi setiap responden. Daripada pemerhatian ini pengkaji dapat menganalisasikan reaksi dan kefahaman penggunaan emoji dalam komunikasi antara gender. Penggunaan metod ini bertujuan untuk mendapatkan data yang melengkapi dengan data daripada metod yang lain.

4.0 Pendekatan Bagi Analisis Data
Penyelidikan Kualitatif

      Berdasarkan kajian metodologi, penyelidikan kualitatif membawa maksud iaitu mendapatkan maklumat secara terperinci dan menggunakan analisis statistik yang melibatkan individu dan berorientasikan kepada hasil. Ia juga berasaskan kualiti yang bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji. Data akan dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, temubual, analisis dokumen dan penulisan diari. Oleh yang demikian, kumpulan pengkaji akan membuat kajian ini melalui pemerhatian dan temubual. Kajian yang digunakan oleh kumpulan pengkaji merupakan kajian non-intervensi. Kajian tinjauan merupakan kajian rintis bagi penyediaan cadangan penyelidikan kajian ini.

      Tambahan pula, terdapat kaedah yang akan digunakan oleh kumpulam pengkaji bagi mengumpulkan data dan menjalankan kajian dengan sistematik dan memenuhi objektif kajian seperti yang dikehendaki oleh kumpulan pengkaji. Oleh itu, kumpulan pengkaji akan menjalankan kajian ini berdasarkan carta alir bagi pelaksanaan cadangan penyelidikan ini.


5.0 Kesimpulan
      Kumpulan pengkaji mengharapkan agar dapat memperoleh hasil kajian yang tepat dan memuaskan dari pelaksanaan cadangan penyelidikan ini. Juga, kumpulan pengkaji berharap agar mereka berjaya menghabiskan kajian ini dalam jangka masa yang telah dirancang dengan lancar dan sempurna.

5.0 Rujukan
A Sosiolinguistic Analysis of Emoticon Usage in Japanese Blogs (Variation by Age, Gender and Topic).
Emoji and Gender  (How do gender differences in emoji usage affect perception of text)?
Gender, Identity and Language Use in Teenage Blogs.
The Importance of Understanding Emoji.
What is Gender and Why Does it Matter to Emoji?

6.0 Lampiran
Carta Alir

a.Kajian Awal

1.      Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian yang ingin dijalankan.
2.      Mengenal pasti jumlah responden yang sesuai bagi menjalankan kajian.

b.Menemubual Responden dan Membuat Pemerhatian

c.Analisis Data Kajian

d.Pengumpulan Data

e.Penyediaan Soalan Temubual

f.Keputusan Penyelidikan

g.Rumusan dan Cadangan Penyelidikan
 


 Set Soal Selidik
TIX1005
Subjek Bahasa dan Komunikasi 2016 / 2017
Gender dalam Bahasa dan Komunikasi
Soalan untuk ditanya semasa Temubual bersama dengan responden.
( 4 Orang Responden)

-Adakah anda seorang yang kerap berkomunikasi di atas talian?
-Pada pendapat anda, adakah faktor gender mempengaruhi bahasa dan cara komunikasi seseorang di atas 
talian?
-Anda sebagai seorang perempuan / lelaki, apakah ciri-ciri bahasa yang anda gunakan di atas talian?
-Adakah anda menggunakan emoji untuk meluahkan / menunjukkan perasaan anda di atas talian 
disebalik perkataan / ayat?
-Pada pendapat anda, adakah penggunaan emoji di atas talian melambangkan gender tertentu. Misalnya, 
lelaki atau perempuan.
-Adakah anda berpendapat bahawa, sama ada golongan lelaki atau perempuan yang banyak 
menggunakan emoji di atas talian?

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj...

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah

Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah Pendahuluan : §  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. §  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal. §  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Isi-isi penting : 1. Persaingan kuasa-kuasa Barat §  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia,...

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...