Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Nota

Nota Sejarah Bab 2 Penggal 3 Tingkatan 6 ( Transformasi Masyarakat )

Penentangan Terhadap Kuasa Asing Penentangan di Sabah Pengenalan Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Di bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah telah bangkit menentang kerana tindakan pegawai kompeni yang melanggar adat mereka. Antara penentangan yang terkenal ialah penentangan oleh Mat Salleh dan penentangan oleh Antanum. 1. Penentangan oleh Mat Salleh Mat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di Sabah yang bangkit menentang pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang Bandung. Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya dengan bebas. Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh d...

Pendapat Tokoh Berkaitan Dengan Frasa Nama ( Nota Bahasa Melayu Semester 3 Tingkatan 6 )

Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak diatas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan subjek ayat. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predika...

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Asas Penentuan Dasar Luar Negara Malaysia ( Nota Pengajian Am Penggal 3 Tingkatan 6 ) ( STPM )

Asas penentuan dasar luar Malaysia 1 . dasar berkecuali (hbgn dua hala tanpa mengira ideologi dan politik) 2. faktor sejarah (bekas tanah jajahan British-ng anggota Komanwel) 3. hbgn dgn ng serantau (dgn ng2 Asia Tenggara) 4. hbgn ekonomi dan kebudayaann Urutan mengambarkan perkembangan dasar luar Malaysia 1. dasar pro-Barat, antikomunis, anti-aparteid 2. dasar berkecuali iaitu berbaik-baik dgn semua ng tanpa mengira ideologi, tidak memihak kpd mana2 blok 3. mengadakan hbgn baik dgn ng serantau 4. mengeratkan hbgn dgn ng Selatan Kerjasama serantau yg dianggotai Malaysia 1. Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) pd thn 1945 - dibubarkan pd thn 1973 2. Persatuan Asia Tenggara(ASA) pd thn 1961 - gagal akibat tuntutan Filipina thdp Sabah 3. MAPHILINDO pd thn 1963 - gagal akibat konfrontasi Malaysia-Indonesia 4. Persatuan Ng-ng Asia Tenggara(ASEAN) pd thn 1967 Langkah diambil oleh Malaysia utk mengatasi masalah kegawatan ekonomi pd akhir thn 1...

Adat Perpatih Dan Adat Temenggung (Bab 2 Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3) ( STPM )

Bincangkan Perbezaan Antara Adat Perpatih Dengan Adat Temenggung Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Melayu Pada Abad Ke 19. Pendahuluan : Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih). Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat. Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum...