Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta
1. PENGENALAN Perkataan iklan berasal dari bahasa Arab iaitu “i’lan” yang membawa makna khabar yang disiarkan. Pada hakikatnya iklan adalah pesanan atau berita yang bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat dan khalayak ramai tentang produk dan jasa yang dimilikinya untuk dipindahkan hak pemilikannya melalui proses jual beli. Menurut Lofton (2004), mengatakan bahawa iklan tidak hanya perlu hebat tetapi juga harus jelas. Pengiklanan merupakan satu bentuk persembahan berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan atau perkhidmatan yang ditaja oleh peniaga yang dikenal pasti. Penggunaan iklan mampu untuk melonjak kesedaran ke tahap maksimum dalam kalangan pembeli. Iklan perlu mempunyai objektif yang tepat dan kandungannya perlu jelas dan singkat agar mudah difahami oleh masyarakat. Bahasa merupakan media komunikasi yang paling ...