Skip to main content

Kerja Kursus Pengantar Linguistik : Menganalisis Ciri-ciri Morfologi dan Semantik yang Terdapat dalam Dua Iklan Kereta



1. PENGENALAN

      Perkataan iklan berasal dari bahasa Arab iaitu “i’lan” yang membawa makna khabar yang disiarkan. Pada hakikatnya iklan adalah pesanan atau berita yang bertujuan untuk memberitahu kepada masyarakat dan khalayak ramai tentang produk dan jasa yang dimilikinya untuk dipindahkan hak pemilikannya melalui proses jual beli. Menurut Lofton (2004), mengatakan bahawa iklan tidak hanya perlu hebat tetapi juga harus jelas. Pengiklanan merupakan satu bentuk persembahan berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan atau perkhidmatan yang ditaja oleh peniaga yang dikenal pasti. Penggunaan iklan mampu untuk melonjak kesedaran ke tahap maksimum dalam kalangan pembeli. Iklan perlu mempunyai objektif yang tepat dan kandungannya perlu jelas dan singkat agar mudah difahami oleh masyarakat.


      Bahasa   merupakan   media   komunikasi   yang   paling   efektif   yang   dipergunakan   oleh manusia   untuk   berinteraksi   dengan   individu   lain. Bahasa juga merupakan antara unsur yang sangat penting dalam menghasilkan sesebuah iklan yang menarik dan berkualiti. Iklan yang berkualiti dapat menyumbang kepada sesebuah syarikat untuk melariskan jualan produk keluaran mereka.

     Seperti yang kita sedia maklum, bahasa iklan berkait rapat dengan bidang morfologi  dan semantik. Tujuan kajian ini dijalankan oleh penyelidik adalah, untuk mengkaji iklan dari segi bidang morfologi dan semantik.


2. SUMBER DAN JENIS IKLAN PERNIAGAAN

       Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik telah mengambil dua keratan iklan daripada  surat khabar bernama Utusan Malaysia yang bertarikh 6/11/2016. Kedua-dua iklan tersebut  mengandungi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jenis iklan yang dipilih oleh penyelidik  adalah iklan perniagaan kereta. Iklan 1 memaparkan kereta keluaran negara Malaysia yang  berjenama Proton Perdana manakala iklan 2 memaparkan kereta keluaran negara Jepun yang  berjenama Honda City. Jenama Honda merupakan antara jenama kereta yang paling laris jualannya di Malaysia. Persamaan yang terdapat dalam kedua-dua iklan ialah, kedua-dua iklan tersebut memaparkan kereta keluaran baharu bagi tahun 2016. Objektif bagi menjalankan kajian ini adalah, penyelidik perlu menganalisis ciri-ciri morfologi dan semantik dalam iklan produk kereta berjenama Proton dan Honda dan membandingkan ciri-ciri morfologi dan semantik yang terdapat dalam iklan produk tersebut.



3. CIRI-CIRI MORFOLOGI DAN SEMANTIK DALAM IKLAN
3.1 Morfologi

      Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Morfologi ialah kajian berkenaan pembentukan perkataan dari elemen terkecil yang mempunyai makna. Elemen ini dipanggil morfem. Morfem boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata manakala morfem terikat ialah sesuatu yang tidak boleh wujud bersendirian sebagai satu perkataan. Dalam bidang morfologi, terdapat proses pembentukan perkataan yang melalui proses morfologi dan yang tidak melalui proses morfologi.

      Maka, disebabkan itulah syarikat kereta pun tidak terkecuali daripada menghasilkan iklan-iklan yang menarik bagi menarik perhatian pelanggan mereka. Syarikat kereta Honda dan syarikat kereta Proton juga sentiasa mengeluarkan iklan-iklan bagi memperkenalkan produk keluaran baharu mereka kepada masyarakat dunia. Dalam iklan-iklan tersebut, terdapat penggunaan beberapa perkataan menarik yang mengandungi ciri-ciri morfologi.


3.1.1  Jenis Perkataan dan Ciri-cirinya
3.1.1.1 Kata Adjektif

      Antara perkataan menarik yang terdapat dalam iklan 1 dan iklan 2 yang memenuhi ciri-ciri morfologi ialah “mantap” dan “inovatif”. Kedua-dua perkataan tersebut tergolong dalam kumpulan kata adjektif. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, mantap bermaksud stabil, kukuh, teguh dan kuat, manakala inovatif pula membawa maksud kebijaksanaan seseorang dalam menggunakan kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. 

      Perkataan mantap dalam iklan 1 dan perkataan inovatif dalam iklan 2 digunakan bagi tujuan untuk menarik perhatiaan masyarakat kerana kedua-dua perkataan tersebut mempunyai karisma yang tersendiri untuk menerangkan ciri-ciri sesebuah kereta. Selain itu, perkataan mantap itu digunakan kerana ianya senang dan mudah difahami oleh pembaca. Perkataan tersebut juga memperlihatkan ciri-ciri sebuah kereta yang boleh tahan lama.

      Seterusnya ialah, perkataan “pintar” yang terdapat dalam iklan 1 dan perkataan “terbaik” yang terkandung dalam iklan 2. Kedua-dua perkataan tersebut merupakan kata adjektif di bawah ciri-ciri morfologi. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, pintar membawa maksud cekap, pandai dan bijak. Perkataan tersebut biasanya digunakan untuk mengambarkan kebijaksanaan seseorang. Dalam iklan 1, perkataan pintar digunakan bagi menjelaskan bahawa kereta  Perdana keluaran syarikat Proton tersebut memiliki kebijaksanaan dan kepintaran. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh syarikat Proton bagi menerangkan makna tersirat di sebalik perkataan tersebut.
           
     Perkataan terbaik pula membawa maksud sesuatu perkara yang terbukti memiliki segala kebaikan. Maka perkataan terbaik digunakan dalam iklan 2 bagi menjelaskan bahawa kereta Honda City baharu tersebut merupakan antara produk terbaik yang dikeluarkan oleh syarikat Honda Jepun. Perkataan terbaik juga merupakan kata adjektif perbandingan yang digunakan bagi membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain.

3.1.1.2 Kata Nama
          
      Seterusnya ialah, perkataan-perkataan yang tergolong dalam  golongang kata nama iaitu perkataan “kebijaksanaan” dan “keselamatan”. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, kebijaksanaan membawa maksud kepandaian menggunakan akal fikiran dan kecekapan berfikir. Iklan 1 menggunakan perkataan kebijaksanaan bagi memberitahu kepada pelanggan bahawa membeli kereta Proton Perdana merupakan satu tindakan yang paling menyerlahkan kebijaksanaan mereka. Penyelidik berpendapat bahawa teknik ini digunakan bagi mempengaruhi para pelanggan untuk membeli produk tersebut.
           
      Perkataan keselamatan yang digunakan dalam iklan 2 pula bermaksud keadaan selamat, kesejahteraan dan keamanan. Syarikat Honda menggunakan perkataan ini bagi mewujudkan rasa selamat dan terjamin di kalangan masyaraka. Perkataan ini mampu menarik perhatian para pelanggan kerana ianya membuahkan perasaan selamat dan terjamin dalam diri mereka. 

3.1.2 Cara Pembentukan Perkataan
       Cara-cara  pembentukan perkataan serta ciri-ciri dalam iklan 1 dan iklan 2 dibincangkan seperti berikut.

3.1.2.1 Peminjaman
           
      Peminjaman dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu, pinjaman terus, terjemahan langsung dan pinjaman imbuhan. Penyelidik mendapati bahawa terdapat kata-kata pinjaman dalam iklan 1 dan iklan 2. Perkataan “ekonomikal” yang terdapat dalam iklan 1 ialah perkataan yang asalnya disebut sebagai “economy” dimana ianya dipinjam terus dari Bahasa Greek untuk dijadikan sebagai perkataan dalam Bahasa Melayu. Perkataan ekonomi bermaksud ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian dan penggunaan barang-barang. Perkataan ini digunakan dalam iklan 1 bagi tujuan untuk menerangkan bahawa ianya berbaloi dan rasional untuk memiliki kereta Proton Perdana kerana harganya berpatutan. Penyelidik mendapati ianya agak menarik kerana perkataan sebegini mampu menawan hati pelanggan. 
           
      Perkataan pinjaman yang terdapat dalam iklan 2 ialah “automatik”. Perkataan ini dipinjam terus dari bahasa Inggeris. Perkataan automatik bermaksud sesuatu mesin atau jentera yang dapat bergerak dan bekerja sendiri. Perkataan automatik ini digunakan bagi menggambarkan panel sentuh penyaman udara yang dapat berfungsi sendiri. Perkataan ini secara tidak langsung dapat memenuhi citarasa pelanggan yang menginginkan sesuatu yang baharu dan unik pada kenderaan mereka.
           
     Juga, terdapat satu lagi perkataan dalam iklan 1 yang dipinjam dari Bahasa Inggeris iaitu “waranti”. Waranti bermaksud jaminan secara bertulis yang diberikan kepada pembeli oleh pihak syarikat untuk membaiki atau menukar sesuatu barang seandainya ia rosak.
           
      Perkataan pinjaman lain yang digunakan dalam iklan 2 ialah, “poket”. Poket bermaksud tempat menyimpan atau menaruh barang-barang kecil. Perkataan ini digunakan dalam iklan 2 untuk memberitahu kepada pelanggan bahawa dalam kereta Proton Perdana terdapat poket telefon bimbit yang boleh digunakan oleh mereka. Bunyi kata pinjaman lebih kurang sama dengan perkataan asal yang dipinjam. Tambahan pula, kata pinjaman tersebut digunakan dalam iklan kerana ianya ringkas, mudah difahami dan senang dibaca oleh masyarakat.

3.1.2.2 Pengimbuhan
           
      Pengimbuhan merupakan perkataan yang terdiri daripada satu kata akar dan satu atau lebih imbuhan. Penyelidik mendapati terdapat beberapa perkataan yang tergolong dalam kategori pengimbuhan dan terbitan, terkandung dalam iklan 1 dan iklan 2. Sebagai contoh, dalam iklan 1 terdapat perkataan “dimiliki”. Dimiliki datang daripada kata akar milik yang diberi imbuhan apitan ‘di-….-i’. Milik merupakan kata nama namun apabila diberi imbuhan apitan ‘di…..-i’, ia bertukar menjadi kata terbitan. Perkataan ini digunakan bagi menimbulkan rasa ingin memiliki kereta Proton Perdana dalam kalangan masyarakat negara.
          
      Selain itu, perkataan “perubahan” dalam iklan 2 juga tergolong dalam kategori pengimbuhan. Perubahan pada asalnya datang daripada kata akar ubah, yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak kekal dan mengalami proses penambahbaikan atau sebaliknya. Perkataan ubah diberi imbuhan per-…..an maka, ia tukar menjadi kata terbitan. Perubahan digunakan dalam konteks iklan ini bagi mengingatkan para pelanggan akan terma dan syarat syarikat kereta Honda.
            
3.2 Semantik
          
      Istilah Semantik berasal daripada bahasa Yunani ‘sema’ yang bermakna tanda atau lambang. Semantik ialah bidang linguistik yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa yang berkaitan dengan bahasa sebagai alat komunikasi lisan. Semantik penting untuk pengajian pemerolehan bahasa, mengkaji bagaimana bahasa berubah mengikut masa, memahami bahasa dalam kontek budaya, dan memahami pelbagai bentuk dialek dalam bahasa dan kesan gaya bahasa.
           
      Kajian mengenai semantik penting untuk mengetahui samada sesuatu perkataan atau ayat itu mempunyai makna atau tidak. Selain itu, kajian semantik juga bertujuan untuk mengetahui samada sesuatu perkataan atau ayat itu mempunyai makna yang pelbagai. Semantik dapat merungkaikan samada apa yang dirujuk oleh perkataan atau ayat adalah benar ataupun palsu.
           
     Semantik di dalam pengiklanan dapat membantu pemahaman dan penciptaan rekabentuk pengiklanan yang mantap dari segi pemanipulasian ayat dan susunan, pemilihan perkataan, susunan perkataan, dan lain-lain lagi. Pengiklan atau penulis perlu mewujudkan kesedaran kepada pembaca dan memberi kefahaman penuh mengenai tekstur, makna dan kefahaman bahasa yang digunapakai.

3.2.1 Hubungan Makna
3.2.2.1 Sinonim
           
     Sinonim bermaksud satu perkataan boleh menggantikan perkataan yang lain dengan tiada penukaran makna. Sebagai contoh, perkataan seerti bagi sama ialah serupa. Menurut kamus atas talian iaitu www.merriam-webster.com/dictionary/synonyms, sinonim ialah salah satu daripada dua atau lebih perkatan atau ungkapan bahasa yang sama yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Maksud sama tidak bermaksud 100 peratus sama dan kadang kala, walaupun maksudnya sama, sinonim tidak sesuai digunakan.
           
      Dalam iklan (1), antara perkataan sinonim yang ada ialah “kebijaksanaan dan pintar”. Kata akar bagi perkataan kebijaksanaan adalah bijak. Makna bijak dan pintar ialah pandai. Seperti di dalam iklan, “Serlahkan kebijaksanaan” merujuk kepada pengiklan menyeru agar pembaca membuat pilihan yang arif atau tepat dengan memilih jenama berkenaan.
           
      Selain itu, antara perkataan sinonim yang ada di dalam iklan (1) adalah “kadar” dan “jumlah”. Maksud kadar ialah kuantiti tertentu atau jumlah satu perkara dianggap berhubung dengan unit perkara yang lain dan digunakan sebagai standard atau ukuran. Maksud jumlah ialah kuantiti keseluruhan. “Kadar pinjaman berbeza mengikut jumlah dan tempoh pinjaman serta institusi kewangan.” Perkataan kadar boleh diganti dengan perkataan jumlah dan sebaliknya.
           
      Perkataan sinonim yang lain ialah “terma” dan “syarat”. Maksud terma ialah syarat-syarat yang berkaitan dengan pembayaran, harga, dan upah. Maksud syarat ialah untuk tertakluk kepada syarat atau keadaan tertentu. “Tertakluk kepada terma dan syarat” disini bermaksud setiap faedah yang boleh didapati apabila membeli kereta ini adalah mengikut keadaan tertentu. Malahan, perkataan terma dan syarat juga digunakan kerana ianya senang dibaca dan mudah diingati oleh masyarakat. 
           
     Antara perkataan sinonim yang terdapat di dalam iklan (2) ialah “terbaik” dan “tiada tandingan”. Contoh ayat dalam iklan ialah ‘miliki yang terbaik’ dan ‘alami pemanduan yang tiada tandingan’. Terbaik disini menunjukkan kereta ini adalah salah sebuah kereta yang paling bagus. Perkataan tiada tandingan pula merujuk pada keadaan sesuatu itu tidak boleh dilawan disebabkan kebagusannya berbanding yang lain.

3.2.2.2 Hiponim

      Hiponim bermaksud sesuatu perkataan terkandung atau termasuk dalam sesuatu yang lebih am. Contohnya kata ikan yang mempunyai banyak jenis ahli misalnya tenggiri, cencaru, tilapia dan banyak lagi.
           
      Antara perkataan hiponimi yang ada di dalam iklan (1) adalah “warna”. Warna mempunyai banyak ahli contohnya merah, biru, kuning, hitam, putih dan sebagainya. Selain itu, perkataan “aksesori” juga merupakan hiponimi. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis aksesori kereta seperti sport rim dan muffler ekzos. Ko-hiponim yang dapat ditemui di dalam iklan (1) ialah “kenderaan” contohnya kereta, van, bas dan motorsikal.

3.2.2.3 Homonim
      Homonim ialah perkataan yang mempunyai persamaan ejaan dan bunyi tetapi dalam kontek tertentu berlainan makna.
           
      Terdapat beberapa perkataan homonim di dalam iklan (1) antaranya ialah “mantap”. Mantap di sini boleh membawa maksud keadaan yang stabil. Satu lagi ia boleh membawa maksud kukuh iaitu tidak berubah. Syarikat produk cuba untuk menunjukkan bahawa kereta jenama mereka tidak berubah dari segi gaya. Selain itu, perkataan lain ialah “pintar”. Pintar membawa maksud cerdik. Contohnya dalam ayat ini, ‘Ali seorang pelajar yang pintar’. Dalam keadaan lain, pintar bermaksud cekap contohnya gaya pemanduan yang pintar (gaya pemanduan yang cekap).
           
     Perkataan homonim yang seterusnya ialah “bergantung”. Jika dalam ayat seperti ‘Hasnah melihat banyak gambar bergantung di dinding rumah kawannya’, menunjukkan keadaan sesuatu barang bersangkut pada sesuatu barang yang lain. Dalam konteks lain, bergantung membawa erti berdasarkan atau mengikut, contohnya dalam ayat, ‘waranti 5 tahun bergantung kepada mana dahulu’. Seterusnya, homonim dalam iklan (1) ialah “jangka”. Jangka bermaksud tempoh masa tertentu iaitu seperti di dalam iklan ‘waranti jangka panjang’ manakala ayat ‘saya menjangkakan Hillary Clinton yang akan menjadi presiden Amerika Syarikat’ membawa maksud ramalan.
           
      Seterusnya, perkataan “servis” juga merupakan homonim. Servis membawa maksud aktiviti yang membantu untuk memelihara kondisi asal sesebuah kereta. Teknik ini digunakan bagi mengekalkan hubungan baik syarikat kereta Honda dengan pelanggan mereka. Contohnya dalam iklan 2, syarikat Honda memberikan servis percuma sehingga 100,000 kilometer. Seterusnya, perkataan “model”. ‘Model sebenar mungkin berbeza dari yang tertera di atas’. Perkataan model di sini bererti reka bentuk kereta. Jika di dalam ayat ‘Pakaian itu diperagakan oleh model terkenal’ merujuk kepada peragawan atau peragawati.

3.2.2.4 Polisemi
      Polisemi adalah perkataan dimana sebutan dan bentuknya sama tetapi mempunyai beberapa makna yang berkaitan.
        
      Perkataan polisemi yang terdapat di dalam iklan 2 ialah “bintang”. Bintang secara umumnya adalah objek di langit. Sesuatu angka untuk menunjukkan pengiktirafan atau tanda kecemerlangan juga menggunakan perkataan bintang. Contohnya, seperti yang ada di dalam iklan iaitu, ‘pengiktirafan 4 bintang untuk perlindungan penumpang kanak-kanak’.

4. KESIMPULAN

      Dari segi morfologi, penyelidik mendapati terdapat persamaan dari segi penggunaan perkataan dalam iklan 1 dan iklan 2. Contohnya, penggunaan kata pinjaman bahasa Inggeris. Banyak perkataan-perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris digunakan dalam kedua-dua iklan. Penyelidik mendapati penggunaan kata pinjaman dalam iklan merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh syarikat Proton dan Honda bagi memberi kelainan kepada iklan-iklan mereka.
           
    Didapati bahawa dari segi semantik, iklan (1) dan iklan (2) mempunyai beberapa persamaan. Contohnya, kedua-dua iklan mempunyai kata sinonim dan homonim. Iklan-iklan ini menggunakan perkataan dan ayat yang hampir sama contohnya ayat ‘tertakluk kepada terma dan syarat’. Fenomena ini wujud kerana iklan ini merupakan iklan dari jenis produk yang sama iaitu kereta. Cara pembentukan iklan juga hampir sama dimana pengiklan meletakkan pengiktirafan atau anugerah yang mereka perolehi untuk meyakinkan pembaca tentang kredibiliti produk mereka.
          
   Bahasa iklan yang disertai gambar dapat menarik perhatian para pembaca dengan menginterpestasikan bahasa iklan tersebut yang disesuaikan dengan jenis-jenis iklan yang akan dipublisitikan kepada khalayak umum.   
           
     Jelaslah bahawa penggunaan morfologi dan semantik memainkan peranan yang amat penting dalam menghasilkan sesuatu iklan.


RUJUKAN

Utusan Malaysia (2016, November 6) m/s 12
Utusan Malaysia (2016, November 6) m/s 13
Dictionary.Com

Thesaurus.Com

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008) Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), Dewan Bahasa dan Pustakan, Kuala Lumpur.
http://ekamus.dbp.gov.my/

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam per

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       Deiksis 2.       Kolokasi