Skip to main content

Posts

Showing posts with the label masyarakat

Nota Sejarah Bab 2 Penggal 3 Tingkatan 6 ( Transformasi Masyarakat )

Penentangan Terhadap Kuasa Asing Penentangan di Sabah Pengenalan Seperti Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, Sabah juga dijajahi oleh British melalui Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Di bawah pemerintahan kompeni, rakyat Sabah telah bangkit menentang kerana tindakan pegawai kompeni yang melanggar adat mereka. Antara penentangan yang terkenal ialah penentangan oleh Mat Salleh dan penentangan oleh Antanum. 1. Penentangan oleh Mat Salleh Mat Salleh atau Mohammad Salleh ialah seorang pahlawan di Sabah yang bangkit menentang pemerintahan Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Mat Salleh dilahirkan di Inanam dan berketurunan Bajau-Suluk. Beliau berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang bernama Dayang Bandung. Beliau merupakan pembesar di hulu Sungai Sungut dan memerintah kawasannya dengan bebas. Pada tahun 1894, Mat Salleh telah bangkit menentang Kompeni Berpiagam kerana kompeni campur tangan di kawasannya. Kompeni telah menyerang dan membakar kampung Mat Salleh d...

Reaksi Masyarakat Di Algeria (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )

Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap pemerintahan kuasa barat di Algeria abad ke-19 hingga ke-20 M. Pendahuluan §  Sebelum penjajahan Perancis, Algeria berada di bawah kerajaan Uthmaniyah. Penjajahan Perancis bermula pada 1827 M dan berakhir pada 1847 M. §  Kelemahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 M dan abad ke-19 M telah membuka ruang kepada pendudukan Perancis di Algeria. Apabila kerajaan Uthmaniyah mengalami zaman kejatuhan, kuasa Barat telah membahagi-bahagikan wilayah dalam dunia Islam, termasuklah Algeria. §  Antara reaksi masyarakat Algeria termasuklah Amir Abdul Qadir dan Gerakan Penentangan terhadap Perancis, Gerakan Kemerdekaan. Isi- isi penting 1.    Amir Abdul Qadir dan Gerakan Penentangan terhadap Perancis §  Gerakan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Abdul Qadir. Penentangan Algeria terhadap penjajahan Perancis pada peringkat awal juga dimulakan oleh Qadir. §  Dalam tempoh dua tahun, Abdul ...