Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nasionalisme

Nasionalisme Dan Pembentukan Negara Bangsa (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )

Huraikan faktor- faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20. Pendahuluan                     Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthamaniyah namun  pegaruh British di Mesir sangat kuat. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamat perang Dunia Pertama. Selepas 1918  mula melonggarkan sedikit  cengkaman ke atas pentadbiran Mesir  namun tetap melindungi  kepentingan ekonomi mereka. Perlantikan konsul Jeneral Lord Cromer memberi gambaran pihak British masih mengawal pentadbiran dalam negeri Mesir. Pentadbiran tradisional  di bawah kepimpinan  Khedif wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah hanyalah sekadar boneka demi mengawal penduduk tempatan sahaja. Penduduk tempatan sering ditindas menyebabkan muncul gerakan nasionalisme. Isi-isi      ...

Faktor Yang Mendorong Kemunculan Semangat Nasionalisme (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )

                 Selepas Perang Dunia Pertama tamat, empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Empayar ini berpecah-belah. Kuasa-kuasa imperialis menguasai kawasan-kawasan yang dibebaskan dari naungan kerajaan Turki Uthmaniyah. Syria diletakkan di bawah kawalan Perancis dan Perancis menjaga hal ehwal Syria lalu memulakan penjajahannya. Gerakan nasionalisme di Syria berlaku akibat pencerobohan Barat yang menguasai keadaan politik dan ekonomi Syria.                  Antara faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme ialah pengaruh agama. Keadaan ini muncul dalam kalangan tokoh-tokoh agama untuk menghalang imperialisme dan menjaga kesucian agama Islam. Mereka menekankan perpaduan umat Islam untuk menyekat perluasan kuasa Barat. Atas kesedaran agama Islam, muncul penggerak-penggerak nasionalis di Syria. Golongan ini mengambil berat tentang kedu...