Skip to main content

Faktor Yang Mendorong Kemunculan Semangat Nasionalisme (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )


                 Selepas Perang Dunia Pertama tamat, empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Empayar ini berpecah-belah. Kuasa-kuasa imperialis menguasai kawasan-kawasan yang dibebaskan dari naungan kerajaan Turki Uthmaniyah. Syria diletakkan di bawah kawalan Perancis dan Perancis menjaga hal ehwal Syria lalu memulakan penjajahannya. Gerakan nasionalisme di Syria berlaku akibat pencerobohan Barat yang menguasai keadaan politik dan ekonomi Syria.

                 Antara faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme ialah pengaruh agama. Keadaan ini muncul dalam kalangan tokoh-tokoh agama untuk menghalang imperialisme dan menjaga kesucian agama Islam. Mereka menekankan perpaduan umat Islam untuk menyekat perluasan kuasa Barat. Atas kesedaran agama Islam, muncul penggerak-penggerak nasionalis di Syria. Golongan ini mengambil berat tentang kedudukan orang Islam di negara jiran, iaitu di Palestin. Semangat nasionalisme juga muncul kerana tindakan orang Yahudi yang ingin menempatkan orang Yahudi di kawasan orang Palestin. Keadaan ini menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Syria.

                 Bahasa dan kesusasteraan juga memainkan peranan dalam kemunculan semangat nasionalisme di Syria. Perancis mengamalkan dasar pecah dan perintah. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Golongan minoriti ingin bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan masing-masing. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Kurdi dan orang Turki muncul kerana isu bahasa di kawasan yang diduduki oleh mereka.

                 Pengaruh kewartawanan khususnya majalah Al-Manar menyebarkan konsep pembaharuan dan tajdid di Kaherah oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria. Penyebaran idea-idea pembaharuan dan dakwah Islamiah oleh majalah ini merupakan pendorong kepada gerakan nasionalisme. Majalah ini memberikan ruang untuk perbincangan pelbagai isu, mempelopori pertukaran idea serta mengemukakan cara-cara baharu menangani isu-isu sosial. Sejak tahun 1899, majalah ini disebarkan ke seluruh wilayah Islam.

                 Pendidikan juga memainkan peranan dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Syria. Sebuah akademi bahasa ditubuhkan di Syria dan menjadi tempat pertemuan golongan ahli linguistik untuk berkumpul dan bertukar-tukar fikiran. Mereka mengutamakan bahasa Arab dan ingin melihat penubuhan sebuah negara Arab di Syria. Di bandar Damsyik dan Beirut, universiti-universiti didirikan dengan fungsi sebagai tempat perbincangan dan perdebatan golongan intelektual.

                 Tidak dapat dinafikan bahawa golongan intelektual merupakan pendorong utama semangat nasionalisme. Tokoh-tokoh ini memperjuangkan hak mereka melalui pelbagai kaedah. Rasyid Rida seorang warganegara Syria berusaha untuk mengembangkan ideologi pembaharuan dan Pan-Islamisme. Tokoh ini mengkaji kelemahan masyarakat Islam serta cara mengatasinya dengan mengamalkan prinsip-prinsip dasar Islam dan idea modenisme penulisan. Rasyid Rida Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Syria.

                 Selain itu, pengaruh dari luar Syria juga memainkan peranan yang penting. Dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah semasa pemerintah Sultan Abdul Hamid II. Pengaruhnya juga terdapat di Syria kerana Syria merupakan kawasan di bawah pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menyeru kepada penduduk Syria untuk menentang kemaraan kuasa Barat. Dia juga menggesa orang Syria supaya melawan orang British semasa Perang Dunia Pertama.


                  Kesimpulannya, wilayah Timur Tengah terdedah kepada kuasa Berikat selepas Perang Dunia pertama. Perancis mendapat mandate untuk memerintah Syria. Mereka memerintah Syria selama tujuh tahun sebelum pilihan raya diadakan. Walau bagaimanapun, Syria masih tidak mendapat kemerdekaan penuh.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj...

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah

Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah Pendahuluan : §  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. §  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal. §  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Isi-isi penting : 1. Persaingan kuasa-kuasa Barat §  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia,...

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...