Skip to main content

Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, Melaka )

Tema 2
Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan
Tajuk

Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

PENGENALAN

      Di Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dimulakan oleh pihak British pada tahun 1939, sebagai Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah-langkah bagi menghadapi Peperangan Dunia Kedua1. Maksud Akta Pertahanan Awam 1951 terbahagi kepada dua keadaan. Semasa peperangan, bermaksud apa-apa langkah yang tidak melibatkan pertempuran bagi menghadapi serangan permusuhan sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas serangan musuh. Semasa aman pula bermaksud apa-apa langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda sama ada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana2.

      Pada tahun 1972, Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan. Tragedi Highland Towers tumbang di Hulu Kelang pada tahun 1993 mula mengubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia3. Talian kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei 1995 sebagai tanda komitmen Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasan secara 24 jam4. Rancangan Pembangunan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistic dan prasarana dalam gerak kerja menyelamat.

      Pada 13 September 2009, Menteri Dalam Negeri telah melancarkan pakaian seragam baru berwarna biru menggantikan pakaian seragam yang lama5. JPAM mempunyai ahli sehingga 36,000 anggota dengan 37 cawangan di seluruh negara. JPAM Jasin, Melaka merupakan salah satu cawangan bagi agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. JPAM Jasin ditubuhkan pada tahun 2008 di Jalan Pegawai,Jasin. JPAM Jasin banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat bandar ini. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin yang dilantik pada tahun 2014.

OBJEKTIF 1 : Sejarah Dan Perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin Dari   Tahun 2008 Hingga 2014.

      Sesetengah orang tidak banyak mengetahui tentang asal usul dan sejarah awal Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin. Oleh hal yang demikian, pertukaran pengenalan akronim ‘JPA3’ kepada ‘JPAM’ telah dilancarkan oleh Pesuruhjaya Pertahanan Awam Malaysia pada bulan Mac semasa sambutan Pertahanan Awam Malaysia di Ipoh,Perak. Lalu, pada tahun 2008 itulah, JPAM ditubuhkan di kawasan Jasin dengan rasminya. JPAM Jasin memulakan operasinya di kawasan Jalan Pegawai Jasin.  Visi JPAM Jasin ialah, menjadi sebuah agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana. Misi JPAM Jasin pula, memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana6.

      Dalam pada itu, JPAM Jasin mula memberikan sumbangan kepada penduduk-penduduk  yang memerlukan di kawasan Bemban, Selandar, Merlimau, Batang Melaka, Chohong, dan kawasan Simpang Bekoh bermula tahun 2008. JPAM Jasin mempunyai pasukan-pasukan yang ditubuhkan khas untuk memberikan ‘First Aid’ yang dipanggil ‘First Responder’. Pasukan sebegini ditubuhkan untuk memberikan pertolongan dan sumbangan kepada masyarakat dari segi pemulihan, pembersihan, pembangunan semula dan kaunseling. JPAM Jasin diberi tanggungjawab untuk memberi pertolongan kepada masyarakat dan mengawasi kawasan-kawasan yang tertentu sahaja bermula tahun 2009. Pada mula-mula JPAM Jasin ditubuhkan di kawasan Jasin, ianya hanya dilengkapi alat-alat dan peralatan-peralatan pertolongan yang asas dan dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, peralatan medik, peralatan masuk hutan, alat-alat melawan kebakaran dan alat-alat untuk menangkap ular.

      Selepas beberapa tahun pertubuhannya iaitu mulai tahun 2010, JPAM Jasin telah mengalami banyak perubahan dan perkembangan dari segi kemudahan, dan kelengkapan alat-alat bantuan. Beberapa kenderaan baharu yang penuh dengan alat-alat moden dan canggih diperkenalkan di JPAM Jasin7. Kenderaan-kenderaan sebegini banyak membantu ahli-ahli JPAM Jasin untuk bertindak cepat dalam melaksanakan tugas mereka dan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang memerlukan, dalam jangka masa yang segera. Juga, kenderaan-kenderaan yang dilengkapi dengan alat-alat bantuan kecemasan membolehkan para pekerja JPAM Jasin disegani dan disenangi dalam kalangan masyarakat Bandar Jasin.

      Seterusnya, dari segi pentadbiran pula banyak pembaharuan dan perubahan yang telah dialami oleh JPAM Jasin. Sistem pentadbiran JPAM Jasin telah melalui pelbagai perubahan dari segi pembahagiaan jawatan dan kuasa. Jawatan-jawatan dan tugas-tugas yang diberi keutamaan ditambahkan bilangan pekerjanya pada tahun 2012 supaya lebih senang untuk menguruskan kes-kes kecemasan.

      Di samping itu, JPAM Jasin turut menambahkan bilangan kaki tangannya pada tahun 2013 supaya kerja-kerja memberi bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan. JPAM Jasin juga mula mempelbagaikan corak bantuannya kepada masyarakat supaya dapat sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin. Contohnya, JPAM Jasin mula mengadakan pameran, aktiviti gotong-royong, dan bantuan kaunseling untuk masyarakat kawasan sekeliling.
      JPAM Jasin telah banyak berkembang dan maju jika dibandingkan dengan tahun penubuhannya. Banyak yang telah dilalui oleh JPAM Jasin sepanjang tempoh pertubuhannya. JPAM Jasin masih berusaha melakukan pelbagai perubahan dan penambahbaikan untuk memantapkan lagi sumbanganya kepada masyarakat kawasan Jasin.

      Kesimpulannya, perkembangan dan kemajuan JPAM Jasin menunjukkan betapa pentingnya agensi keselamatan ini kepada masyarakat sekeliling kawasan Jasin. JPAM Jasin perlu diteruskan operasinya bagi membantu masyarakat setempat dan mengurangkan beban pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia cawangan Jasin dalam menguruskan kes-kes kecemasan pada masa akan datang. 


OBJEKTIF 2 : Sumbangan Dan Peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin Kepada Penduduk Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

      JPAM Jasin telah banyak memberi bantuan dan pertolongan kecemasan kepada masyarakat kawasan Jasin sejak dari tahun penubuhannya. Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh JPAM Jasin dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Bermula tahun 2008, JPAM Jasin hanya memberi bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa kemalangan jalan raya dan mereka membantu pihak Polis Diraja Malaysia dan Bomba dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. Bermula dari tahun 2010 pula, JPAM Jasin mula mempelbagaikan cara-cara pemberian bantuan. Sebagai contohnya, JPAM Jasin mula mengadakan pameran tentang alat-alat medik, peralatan masuk hutan, alat-alat untuk melawan kebakaran dan alat-alat yang digunakan untuk menangkap ular.

      Mulai tahun 2011, JPAM Jasin diperrtanggungjawabkan untuk memberi latihan dan pendidikan keselamatan kepada orang awam mengenai cara-cara memertahankan diri mereka sewaktu mengalami keadaan-keadaan yang sukar dan bahaya. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam. Juga, ianya bertujuan untuk memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya. Orang awam akan diberikan pengajaran tentang cara-cara menyelamatkan diri semasa kemalangan kebakaran, banjir dan banyak lagi oleh kaki tangan JPAM Jasin.

      Bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mula menganjurkan pameran di sekolah-sekolah kawasan Jasin bagi membantu para pelajar mengenali alat-alat menangkap ular, peralatan medik, peralatan masuk hutan dan alat-alat untuk melawan kebakaran. Pameran sebegini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh seseorang apabila berhadapan dengan situasi-situasi yang tidak terduga. Dalam pameran yang dianjurkan sebegini, warga sekolah juga diberikan taklimat dan cara-cara untuk menghadapi sesuatu situasi yang sukar dengan hati yang tenang dan tidak panik. Justeru, pameran sebegini dijalankan kerana bertujuan bagi membantu pelajar-pelajar sekolah untuk lebih berhati-hati semasa menghadapi sebarang kes kecemasan dalam apa jua keadaan sekali pun.

      Seterusnya, bermula dari tahun 2013, JPAM Jasin juga mengadakan pameran-pameran di kawasan-kawasan perumahan Jasin bagi memberi kesedaran langkah-langkah keselamatan kepada masyarakat warga Jasin. Program Perpustakaan Desa yang dianjurkan oleh JPAM Jasin banyak memberikan info-info tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagi menghadapi situasi-situasi sukar kepada masyarakat. JPAM Jasin juga menunjukkan aksi-aksi yang boleh dicontohi semasa keadaan sukar dan bahaya kepada masyarakat bagi membantu mereka mengenali cara-cara mempertahankan diri. Di samping itu, JPAM Jasin selalu menganjurkan aktiviti gotong-royong di kawasan-kawasan perumahan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan kebersihan alam sekeliling. Aktiviti ini banyak membantu  masyarakat untuk lebih mengambil berat akan kebersihan kawasan sekeliling perumahan mereka dan mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit yang disebabkan oleh serangga-serangga perosak seperti nyamuk Aedes yang menyebabkan demam Denggi. Kaki tangan JPAM Jasin banyak mengemukakan cadangan tentang cara-cara memelihara kebersihan kawasan perumahan kepada masyarakat Jasin. Taklimat sebegini membantu masyarakat menghapuskan tempat pembiakan haiwan perosak sekaligus mencegahnya daripada menyebarkan penyakit-penyakit yang merbahaya.

      Selain itu, JPAM Jasin juga bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat-pusat perlindungan bermula dari tahun 2013. Pekerja-pekerja JPAM Jasin turut membantu mangsa banjir dengan melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan perumahan yang rosak teruk akibat banjir. Juga, JPAM Jasin turut menyediakan bantuan kaunseling kapada mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat berasa sedikit lega dan meneruskan kehidupan mereka. Bantuan ini banyak memberikan kesan-kesan positif kepada mangsa-mangsa banjir untuk bersama-sama membantu melakukan kerja-kerja pemulihan dan pembersihan kawasan perumahan mereka. Juga, ahli JPAM Jasin akan dibawa ke kawasan-kawasan di luar negeri Melaka, iaitu kawasan yang mengalami banjir bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana. Ternyata, sumbangan JPAM Jasin sememangnya perlu diberikan penghargaan dan dihargai oleh penduduk di kawasan Jasin.

      Selain itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin juga mengadakan latihan dan sesi pengajaran di pusat-pusat PLKN. Tujuannya adalah, untuk mengajar cara-cara keselamatan kepada warga PLKN supaya mereka dapat mengenali langkah-langkah mempertahankan diri semasa menghadapi sebarang situasi kritikal dan berbahaya. Juga, JPAM Jasin mengalakkan penyertaan warga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam JPAM sebagai sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Secara tidak langsung, kaedah ini menyebabkan bilangan ahli JPAM Jasin bertambah dan membantu JPAM Jasin untuk berfungsi sebagai sebuah agensi keselamatan yang lebih berdedikasi dan berkesan dalam misi penyelamatannya.

      Di samping itu, menjelang tahun 20148, JPAM Jasin mula mengadakan taklimat-taklimat kecil mengenai cara-cara memertahankan diri di sekolah-sekolah kawasan Bandar Jasin. Ahli-ahli JPAM Jasin memberikan motivasi dan mangadakan taklimat-taklimat sebegini tanpa mengenakan sebarang bayaran. Hal ini sedikit sebanyak membantu pihak sekolah di kawasan Jasin, untuk menyediakan lebih kemudahan keselamatan di kawasan sekeliling sekolah dan memberi lebih sedikit perhatian terhadap keselamatan para pelajar yang menuntut di sekolah mereka.

      Kesimpulannya, JPAM Jasin merupakan salah satu agensi yang banyak memberi pertolongan dan bantuan kepada masyarakat kawasan Jasin semasa mereka memerlukan. Jadi, JPAM Jasin dianggap sebagai khazanah masyarakat kawasan Jasin kerana ianya sentiasa memberikan jasa dan sumbangan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, JPAM Jasin perlulah sentiasa dimajukan dari semasa ke semasa agar agensi tersebut dapat sentiasa memenuhi keperluan masyarakat kawasan sekeliling. Pihak kerajaan perlulah sentiasa melengkapkan segala keperluan JPAM Jasin bagi membantu ahli-ahlinya menjalankan tugas dengan baik dan tanpa sebarang gangguan.

OBJEKTIF 3 : Usaha-usaha Penambahbaikan Untuk Menjadikan JPAM Jasin Sebagai Sebuah Agensi Keselamatan Yang Mantap.

      Kerajaan Malaysia telah melakukan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan pada kesemua agensi keselamatan di seluruh Malaysia bermula tahun 2010. Akta Pertahanan Awam 1951 (Disemak 1979) atau Akta 221 memperuntukkan tugas Pertahanan Awam untuk mengelola, menubuh, melatih, menyenggara, melengkapi dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam mengikut Seksyen 3(2)a. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah berusaha melakukan penambahbaikan supaya JPAM dapat berfungsi sebagai sebuah agensi yang mantap dan teratur. JPAM melakukan penambahbaikan sebegini supaya ianya dapat melatih pihak kakitangan JPAM untuk menjadi lebih aktif dan berkemahiran dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

      Latihan diberikan kepada kakitangan JPAM bertujuan untuk pendedahan anggota dalam eksesais sebenar melalui perkhidmatan bantuan kecemasan dengan ilmu kemahiran tinggi dalam gerak kerja menyelamat sama ada di darat dan di air. Bermula dari tahun 2009, ahli JPAM Jasin turut menyertai latihan-latihan dan kem-kem kemahiran yang diadakan di seluruh Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Pekerja JPAM Jasin diberi peluang untuk mencuba dan melibatkan diri dalam segala aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam kem-kem latihan.

      Antara aktiviti dan latihan Pertahanan Awam mengikut Akta 221 ialah, pengurusan angkatan, latihan angkatan, eksesais/latihan bersama, latihan orang awam, latihan kadet Pertahanan Awam, latihan pasukan Tindakbalas Kecemasan bagi organisasi, talian kecemasan 999, khidmat kemanusiaan, operasi bencana serta penyelidikan dan pembangunan.

      Semasa melibatkan diri dalam latihan dan aktiviti Pertahanan Awam, kesemua ahli JPAM Jasin perlu berada dalam keadaan yang sihat supaya mereka dapat memberi focus semasa pengajaran tentang langkah-langkah keselamatan sedang diajar. Setiap anggota Angkatan JPAM Jasin perlu melalui 3 peringkat latihan iaitu, latihan asas selama 48 jam, latihan lanjutan selama 148 jam, dan latihan kemahiran selama 160 jam. Kesemua latihan dan aktiviti-aktiviti ini telah meningkatkan daya tahan dan kemahiran setiap ahli JPAM Jasin dalam misi memberi bantuan kepada masyarakat.

      Selain itu, bermula dari tahun 2010 dan seterusnya, sebagai usaha penambahbaikan kemahiran JPAM, kerajaan Malaysia mewajibkan semua ahli JPAM dari seluruh cawangan untuk menjalani latihan asas, latihan lanjutan, latihan kemahiran, teknik latihan. Dalam mempelajari latihan asas, ahli JPAM Jasin bersama ahli JPAM dari kawasan-kawasan yang lain akan diberikan pendedahan tentang bencana dan peperangan, penyelamat asas, pertolongan cemas asas dan CPR, cara-cara melawan kebakaran dan cara menguruskan pusat pemindahan serta menjaga kebajikan masyarakat. Juga, ahli JPAM Jasin diberi pengajaran tentang latihan menyelamat di air dan skuba, cara menggunakan alat bantuan pernafasan, langkah penyelenggaraan peralatan penyelamat, dan cara pengendalian bot penyelamat.

      Seterusnya, JPAM Jasin turut menghantar kakitangannya untuk menghadiri setiap sesi latihan dan akitiviti yang diadakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tiap-tiap tahun bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan ahlinya dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin ini, banyak memberikan ilmu dan pengetahuan baru kepada ahli-ahlinya dalam menjalankan tugas mereka.

      Selain itu, bermula dari tahun 2012, JPAM Jasin juga mendidik ahlinya untuk memberikan latihan kepada orang awam bagi memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam. Ahli Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin juga memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya. Juga, JPAM Jasin turut melakukan usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai Pertahanan Awam Malaysia9.

      Di samping itu, kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi mempertingkatkan lagi kemudahan-kemudahan infrastruktur JPAM di seluruh Malaysia. Perbelanjaan untuk membeli peralatan penyelamat, kenderaan operasi, peralatan perubatan, peralatan kebombaan, peralatan logistic am dan membina menara penyelamat pantai ditanggung oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di seluruh Negara beroperasi dengan baik dan tanpa apa-apa kekurangan10. Jentera operasi utama meliputi ambulans, kenderaan penyelamat ringan dan berat, kenderaan pelbagai guna, bot penyelamat, kenderaan pengangkut dan kenderaan perhubungan bergerak yang membantu pihak JPAM Jasin untuk berfungsi secara menyeluruh dan sampai ke kawasan kes-kes kecemasan dengan segera.

      Selain itu, kerajaan Malaysia berbelanja jutaan ringgit untuk membelikan peralatan perubatan seperti alat perubatan kecemasan dan trauma bagi rawatan prahospital untuk kegunaan JPAM di seluruh Malaysia11. Selain itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan wang untuk melengkapkan segala keperluan JPAM, contohnya alat bantuan dan sokongan operasi seperti set komunikasi, alat kebajikan, pakaian operasi dan kelengkapan bantuan lain. Melalui peruntukkan ini, JPAM Jasin juga mendapat pelbagai faedah dari segi mendapat alat-alat bantuan yang diperlukan untuk menguruskan kes-kes kecemasan dan kemudahan infrastruktur yang mencukupi lagi menyelesakan. Kesemua peruntukkan yang dibahagikan oleh kerajaan Malaysia untuk pertubuhan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara, telah memberikan kesan positif secara tidak langsung.

      Menjelang tahun 2014, JPAM Jasin telah berkembang maju dengan adanya peruntukkan kewangan dari kerajaan Malaysia. Segala kemudahan infrastruktur seperti kenderaan-kenderaan moden dan peralatan-peralatan bantuan canggih yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi kegunaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, telah menyebabkan JPAM di seluruh negara Malaysia untuk berfungsi dengan baik dan menghulurkan bantuan kepada masyarakat negara tanpa ada apa-apa halangan atau gangguan. JPAM Jasin pun tidaklah terkecuali daripada golongan tersebut. JPAM Jasin menjadi salah sebuah agensi keselamatan yang mantap dan teratur di kawasan Jasin disebabkan oleh gaya pentadbirannya. Segala bantuan yang dihulurkan oleh JPAM Jasin kepada masyarakat Jasin memuaskan hati penduduk di kawasan itu kerana JPAM Jasin sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada masyarakat yang memerlukan bantuan pertubuhan itu.

      Secara tuntasnya, unsur-unsur penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia untuk perkembangan Jabatan Pertahanan Awam di seluruh Malaysia ternyata memberikan kesan positif yang di luar jangka. Penambahbaikan tersebut bukan sahaja memyebabkan kemajuan JPAM malah, ianya membantu agensi keselamatan itu, untuk mendapat tempat dalam hati masyarakat. Masyarakat sudah mula mempercayai akan kemampuan JPAM Jasin dalam menjaga kebajikan serta keselamatan penduduk tempatan dan mereka berharap agar jasa dan sumbangan JPAM Jasin dapat diteruskan untuk kebaikan semua. JPAM Jasin menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap dalam tempoh singkat sejak pertubuhannya di kawasan Jasin. Walaupun JPAM Jasin merupakan agensi keselamatan di bawah kementerian, ianya masih memerlukan sokongan masyarakat setempat untuk berkembang maju pada masa hadapan. Masyarakat sekitar kawasan Jasin perlulah sentiasa memberi sokongan kepada JPAM Jasin dengan melibatkan diri dalam segala aktiviti yang diadakan untuk orang awam. Usaha-usaha yang dilakukan oleh JPAM Jasin dalam meningkatkan prestasi mereka untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai sebuah agensi keselamatan yang mantap, ternyata memberikan kesan positif bukan sahaja kepada agensi itu sendiri malah ianya juga memberikan kebaikan kepada masyarakat di kawasan Jasin.

      Semua usaha-usaha ini telah mengubah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin menjadi sebuah agensi keselamatan yang mantap di daerah Jasin.

KESIMPULAN

      Kajian terhadap “Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat” di Jasin, Melaka yang dilaksanakan sekitar 2 bulan lebih ini, banyak sumber dan perkara baru atau bernilai yang pengkaji dapat dalam pengkajian ini. Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan pengkaji pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan pengkaji untuk mempelajari tentang cara-cara JPAM Jasin memberi bantuan kepada masyarakat, bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, pengkaji menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia, kerana negara ini memiliki agensi keselamatan yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan pengkaji tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, prihatin, dan sifat kemanusiaan. Pada masa yang sama, pengkaji sedar bahawa banyak bantuan JPAM Jasin menyumbang kepada masyarakat di kawasan Jasin. Pengkaji juga mendapati bahawa banyak perubahan yang dialami oleh JPAM Jasin dari tahun 2008 hingga tahun 2014.

BIBLIOGRAFI

Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET
(ditemu bual pada 13 Februari 2015)
Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA)
(ditemu bual pada 13 Februari 2015)
Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)
(ditemu bual pada 13 Februari 2015)
Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri
Mejar (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah,”Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iktiraf SISPA UTHM”(Mejar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2009)
Dayang Manja Binti Awang Suhaili, “Kajian Perbandingan Antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Dan Jabatan Pertahanan Awam Di Kuching,Sarawak”.(Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian., Universiti Sarawak Malaysia, 2005)
“SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA),” Portal Rasmi Jabatan Pertahanan  Awam Malaysia, diakses April 13, 2013.
Roslan Bin Wahab, “ ‘Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus Malaysia’: Sumbangan Yang Boleh Diberikan Oleh Jabatan Pertahanan Awam Kepada Keselamatan Di Kampus. “ Seminar Yang Disampaikan Kepada Warga IPT Bagi Keselamatan Di Kampus, Hotel Sama Sama, KLIA, Sepang, Disember 16, 2013.
Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Utusan Online
Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia

NOTA HUJUNG

1 Pertahanan Awam, “Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” Kementerian Dalam Negeri : 2.
2 Ibid.
3 Ibid., 3.
4 Ibid., 4.
5 Ibid., 5.
6 Ibid., 1.
7 ZEALOUS BULETIN PULAPA WILAYAH TIMUR, Mengapa Saya Sertai JPAM? (V 1.0, BIL 2/2012), 3-4.
8 Kenyataan Akhbar Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
9 Laman Blog Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
10 Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
11 Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
12 Cik Cik Noraenn Binti Ahmad, PREBET
13 Encik Muhammad Nur Shaiful B.HJ Ibrahim, PBT (PA)
14 Cik Nur Hazwani Shahira Binti Abd Ghani, PBT (PA)

LAMPIRAN

(gambar-gambar sebagai bukti kajian dijalankan oleh calon)

 Sekian Terima Kasih!....

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam per

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       Deiksis 2.       Kolokasi