Skip to main content

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Kandungan                                                                                      Halaman
Penghargaan                                                                                          i
1.0    Pengenalan
         1.1 Latar Belakang
         1.2 Definisi Konsep
2.0    Objektif
3.0    Kepentingan Kajian
4.0    Skop Kajian
5.0    Batasan Kajian
6.0    Kaedah Kajian
         6.1 Mendapatkan Data
         6.2 Mengumpulkan Data
         6.3 Menganalisis dan Mempersembahkan Data
7.0    Dapatan Kajian
8.0    Rumusan Kajian
9.0    Penutup
Bibliografi
Lampiran

FRASA NAMA DALAM AKHBAR BERITA HARIAN (tajuk)

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan penyelidik telah dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Penyelidik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua sekolah penyelidik, iaitu Tuan Haji Abd Bari Bin Ahmad, atas dorongan dan sokongan beliau berikan kepada penyelidik. Penyelidik juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu Tingkatan 6 Atas Kemanusiaan 1, iaitu Encik Selvarajan A/L Rengasamy kerana telah banyak meluangkan masa untuk membimbing penyelidik bagi menghasilkan kajian yang sempurna. Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang turut membantu kumpulan penyelidik dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah sama-sama menggembleng tenaga yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini.


Thanushah A/P P Soniyasee
Puharasi A/P Selvam
Renukhaa A/P Arumugam
Siti Zalikha Binti Kamarulzaman
                                                                                      

1.0     Pengenalan
              Bahagian ini menghuraikan latar belakang dan definisi konsep kajian ini.
              1.1     Latar Belakang
Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Bahasa adalah alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia dan bahasa juga terdiri atas kata-kata atau kumpulan kata. Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat juga terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Ayat dalam sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai bentuk, susunan, jenis dan ragam. Salah satu cara menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yang terdapat di dalamnya. Dengan kata lain, bilangan klausa yang terkandung dalam sesuatu ayat akan menentukan bentuk ayat tersebut,  sama ada sebagai ayat tunggal atau ayat majmuk.    
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal, majmuk, aktif, pasif dan sebagainya. Setiap ayat dasar terbentuk daripada unsur  subjek dan predikat. Dalam tatabahasa tradisional, frasa didefinisikan sebagai sekumpulan kata yang membentuk satu unit sintaksis dan boleh bertaraf ayat sempurna manakala tatabahasa sistematik mengatakan bahawa frasa merupakan salah satu daripada lima unit tatabahasa. Dalam hierarki tatabahasa, frasa terletak antara kata dan klausa. Dalam nahu transformasi generatif, frasa mempunyai pengertian yang lebih luas. Seterusnya, tatabahasa transformasi generatif menjelaskan bahawa frasa digunakan dalam pencirian umum pada peringkat awal analisis. Frasa juga salah satu unit tatatingkat sintaksis dalam sesuatu bahasa. Menurut Za’ba (2000) perkataan-perkataan Melayu itu apabila dirangkai-rangkaikan supaya menjadi cakap yang bermakna wajiblah disusun mengikut kaedah yang tertentu dalam bahasa Melayu. Dalam erti kata lainnya, frasa boleh dianggap sebagai rangkai kata yang bermakna.
Frasa boleh didefinisikan sebagai unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et.al, 1993 : 416). Frasa adalah unit yang dalam skala tatatingkat nahu menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Frasa tambahnya lagi, boleh dibahagikan berdasarkan jenis konstruksinya dan juga berdasarkan sistem yang dimasuki, dan tidak kurang pentingnya berdasarkan fungsinya dalam ayat (Asmah Haji Omar, 1982 : 82). Frasa nama adalah rangkai kata yang menduduki gatra ‘nama’ dalam struktur ayat dasar. Dalam semua pola ayat dasar bahasa Melayu, frasa nama berfungsi sebagai subjek, predikat dan objek. Frasa nama menjadi subjek dalam semua ayat bahasa Melayu. Penyelidik akan mengkaji binaan frasa nama dalam akhbar Berita Harian bertarikh 8 Mac 2015.
                                                
1.2    Definisi Konsep
1.2.1    Frasa Nama
Nik Safiah Karim et.al ( 1989 : 119) mentakrifkan frasa nama sebagai binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen di dalam binaan ayat. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari menjelaskan frasa nama boleh dibina dengan satu perkataan atau banyak perkataan.
Binaan frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja, atau beberapa perkataan. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu inti + penerang dan inti + inti.

Binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang. Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti.
Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh terdiri daripada hubungan yang berikut :
(1) Inti + Penerang nama
(2) Inti + Penerang bukan nama

2.0    Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
(a) untuk mengenal pasti dan mengumpulkan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama dari akhbar Berita Harian ;
(b) untuk menghuraikan binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama yang terkandung dalam akhbar Berita Harian.

  3.0    Kepentingan Kajian
      Hasil kajian ini penting untuk :
     (a)  memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna bahasa tentang jenis frasa                nama yang terdapat dalam bahasa Melayu;
     (b)  mendokumentasikan binaan frasa nama yang terdapat dalam bahasa Melayu; dan
     (c)  sebagai sumber rujukan tambahan kepada pengkaji akan datang yang ingin melakukan                kajian terhadap frasa nama dalam bahasa Melayu.

  4.0    Skop Kajian
Skop frasa nama yang akan dikaji adalah dari segi inti + penerang, iaitu 
binaan frasa nama inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

   5.0    Batasan Kajian
Data yang digunakan untuk kajian ini hanya menggunakan data yang diperoleh daripada akhbar Berita Harian. Dari segi analisis, kajian ini dibuat dengan menganalisis binaan frasa nama dalam ayat-ayat  yang dipilih daripada ruang-ruang yang terdapat dalam Berita Harian berdasarkan kajian nahu. Sebahagian frasa nama tersebut boleh dirujuk pada bahagian lampiran. Data yang terpilih akan digunakan untuk dianalisis. Pengkaji akan mengutip pelbagai jenis frasa nama dari jenis frasa nama   endosentrik selapis. Frasa nama yang dipilih akan dianalisis dan kemudiannya dihurai berdasarkan kajian nahu. Kajian ilmiah ini tidak menyentuh langsung pada frasa-frasa selain daripada frasa nama yang digunakan dalam akhbar Berita Harian.

6.0    Kaedah Kajian
              6.1     Mendapatkan data
                        Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut.
                       6.1.1     Kajian Kepustakaan
Kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan buku yang  berkaitan dengan frasa nama. Maklumat yang diperoleh daripada hasil bacaan, pihak yang tertentu, dan orang perseorangan dikumpul dan diteliti sebelum proses menulis dilaksanakan. Selain itu, kajian kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan sumber tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian kepustakaan ini juga melibatkan pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.
                       6.1.2     Kajian Teks
Kajian ini ialah kajian teks yang menggunakan frasa nama dalam sebuah bahan khusus, iaitu akhbar Berita Harian ( 8 Mac 2015 ) sebagai sumber rujukan.
              6.2     Mengumpulkan Data
Sumber data kajian ini ialah akhbar Berita Harian yang bertarikh 8 Mac 2015. Frasa nama yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh pengkaji.
              6.3     Menganalisis dan Mempersembahkan Data
Analisis data dilakukan dengan menganalisis binaan dan penggunaan frasa nama dalam bahasa Melayu.

7.0   Dapatan Kajian
Bahagian ini akan menghuraikan jenis binaan frasa nama, iaitu inti +  penerang yang terdiri daripada binaan inti + penerang nama, dan inti + penerang bukan nama dalam akhbar Berita Harian.
Frasa nama ( FN ) ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata atau lebih, dan kata intinya ialah kata nama. Frasa nama merupakan salah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayat. Frasa nama mengandungi kata nama sebagai inti frasa. Inti frasa nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan, atau kata ganti nama. Bagi frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan, intinya ialah perkataan itu sendiri. Bagi frasa nama yang terbentuk daripada beberapa perkataan, maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan tersebut, iaitu : 
                                                           (1) inti + penerang
(2) inti + inti
Penyelidik akan mengkaji binaan inti + penerang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama tersebut, manakala perkataan yang lain merupakan penerang. Perkataan yang menjadi penerang tersebut boleh hadir selepas inti atau sebelum inti. Binaan inti + inti terdiri daripada dua unsur inti di dalam frasa nama itu. Dalam binaan ini, tidak ada perkataan yang menerangkan inti. Binaan frasa nama yang terdiri daripada inti + penerang ialah binaan yang terdiri daripada kata nama yang menjadi inti, manakala penerang berfungsi untuk memberikan penerangan lanjut tentang inti frasa nama itu. Frasa nama yang terbentuk daripada binaan inti + penerang boleh terdiri daripada hubungan yang berikut :
(1) Inti + Penerang nama
(2) Inti + Penerang bukan nama

7.1   Inti + Penerang nama
Bagi binaan frasa nama jenis ini, intinya ialah kata nama, manakala penerangnya juga merupakan kata nama. Penerang ini memberikan penjelasan lanjut tentang inti. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 14 jenis penerang nama. Dalam akhbar Berita Harian yang dikaji terdapat 13 jenis binaan sahaja, kecuali penerang nama tenaga penggerak.

(a) inti + penerang nama keturunan
Penerang nama keturunan merujuk kepada nama bangsa atau suku bangsa bagi inti kata nama. Unsur penerang ini merupakan kata nama khas. Contohnya :
(1) “Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada penduduk Islam lelaki dan wanita bahawa cuti hari kebesaran Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”.  ( halaman 2 )
 (b) inti + penerang nama jenis
Penerang nama jenis ini merujuk kepada jenis-jenis tertentu bagi nama-nama tersebut. Contohnya  :
(1) Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang berbuat demikian.
( halaman 2 )
(c) inti + penerang nama tempat
Penerang nama tempat merujuk kepada lokasi bagi inti. Contohnya :
(1) Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de Blasio ketika kempennya bagi meraikan peningkatan dan pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama Islam, lapor akhbar New York Times.  ( halaman 2 )
(d) inti + penerang nama milik
Penerang nama milik merujuk kepada kepunyaan bagi inti. Contohnya :
 (1) Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari bagi cuti umum tambahan pada 2015, iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.  ( halaman 2 )
 (e) inti + penerang nama kelamin
Penerang nama kelamin atau gender merujuk kepada jenis jantina bagi inti. Contohnya :
(1) Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi 
      mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.  ( halaman 4 )
 (f) inti + penerang nama kegunaan
Penerang nama kegunaan merujuk kepada fungsi atau peranan kepada inti. Perkataan yang menjadi penerang terdiri daripada perkataan peN-. Contohnya :
(1) Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap sebatian perisa sama
      digunakan dalam bahan makanan.  ( halaman 1 )
 (g) inti + penerang nama penyambut
Penerang nama penyambut merujuk kepada perkara atau benda yang menjadi objek atau penyambut kepada inti. Contohnya :
(1) Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda ( LTAH ), Tokyo, kami disambut oleh pemandu pelancong, Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata. ( halaman 4 )
 (h) inti + penerang nama arah
Penerang nama arah merujuk kepada hala atau arah bagi inti. Oleh itu, penerang jenis ini merupakan kata arah. Contohnya :
(1) Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama.  ( halaman 1 )
 (i) inti + penerang nama anggota badan
Penerang nama anggota badan merujuk kepada bahagian anggota badan yang berkaitan dengan inti. Contohnya :
(1) Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku anda akan terdedah sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan tangan anda.  ( halaman 3 )
 ( j) inti + penerang nama perkara
Penerang nama perkara merujuk kepada perihal atau perkara yang menerangkan inti. Kata sendi nama tentang dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya :
(1) Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu Pahat.  ( halaman 5 )
(k) inti + penerang nama khas
Penerang nama khas merujuk kepada nama khas atau khusus bagi menerangkan inti. Contohnya :
(1) Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, Batu Pahat itu memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam saingan Sportexcel-Milo-NSC-PKBM-PKBL.  ( halaman 5 )
(l) inti + penerang nama gelaran atau panggilan
Penerang nama gelaran atau panggilan merujuk kepada  nama gelaran atau panggilan bagi menerangkan inti. Binaan bentuk ini merupakan kekecualian daripada Hukum 
D-M, yakni penerang terletak di hadapan inti. Contohnya:
(1) Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam.  ( halaman 2 )
(m) inti + penerang nama penentu belakang
Penerang nama penentu belakang ialah unsur yang hadir selepas kata nama atau frasa nama. Fungsi penentu adalah untuk menutup frasa nama. Perkataan yang menjadi penerang nama penentu belakang ialah perkataan itu dan ini. Contohnya :
(1) “Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal kebangsaan, M Kumaresan. ( halaman 5 )

7.2   Inti + Penerang bukan nama
Binaan frasa nama jenis ini terbentuk daripada inti yang diikuti oleh penerangnya yang bukan daripada kata nama. Dalam Bahasa Melayu, terdapat 6 jenis penerang bukan nama. Dalam akhbar Berita Harian yang dikaji terdapat 5 jenis binaan sahaja, kecuali penerang bukan nama adverba.

(a) inti + penerang penentu depan
Penerang penentu depan ialah unsur yang hadir di hadapan kata nama. Penerang penentu depan terdiri daripada kata bilangan yang boleh atau tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Binaan frasa nama jenis ini terkecuali daripada Hukum D-M. Contohnya :
(1) Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam.  ( halaman 4 )
(b) inti + penerang kata kerja
Penerang kata kerja merujuk kepada unsur yang menerangkan perlakuan kepada inti. Kata sendi nama untuk dapat disisipkan di antara inti dengan penerang. Contohnya :
(1) Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman mengujakan di air terjun Sungai Pisang.  ( halaman 6 )
(c) inti + penerang adjektif
Penerang adjektif merujuk kepada unsur yang menerangkan sifat bagi inti. Perkataan yang menjadi penerang sifat terdiri daripada kata adjektif. Contohnya :
(1) Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi dengan kemudahan untuk
      mengambil wuduk.  ( halaman 4 )
(d) inti + penerang frasa sendi nama
Penerang frasa sendi nama merujuk kepada unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti oleh  kata nama atau fasa nama bagi menerangkan inti. Contohnya :
(1) Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi lokasi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.  ( halaman 4 )          
 (e) inti + penerang bilangan ordinal
Penerang bilangan merujuk kepada bilangan ordinal, yakni menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan bagi inti. Contohnya :
(1) Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil  
membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert.  ( halaman 3 )

Lampiran 1
a)  Binaan inti + penerang nama
     Senarai binaan inti + penerang nama keturunan

Bil
Contoh
Lampiran

1.



2.

3.




4.


5.

“Kami berada di sini untuk menunaikan janji kepada penduduk Islam lelaki dan wanita bahawa cuti hari kebesaran Islam akan diiktiraf dalam kalendar sekolah supaya pelajar boleh merayakan hari itu tanpa meninggalkan kelas”.
Saintis akhirnya menemui rahsia keenakan kari India yang terkenal di seluruh dunia selepas mengkaji lebih 2,000 resipi.
Mereka mendakwa, tidak seperti hidangan Barat yang cenderung memasukkan perisa serupa pada masa sama, seperti bir dan daging, makanan India menggunakan sekurang-kurangnya tujuh bahan yang tidak mengandungi perisa sama.
Bagaimanapun, ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang menghormati penganut agama yang lain.
Pengalaman yang agak menarik apabila menyaksikan beberapa warga Jepun yang bukan beragama Islam datang ke masjid ini semata-mata ingin berasa tenang mendengar alunan bacaan al-Quran yang berkumandang syahdu.

2



1

1




4


4

      Senarai binaan inti + penerang nama jenis

Bil
Contoh
Lampiran

1.

2.


3.

4.




5.

Ia menjadi daerah sekolah terbesar di Amerika Syarikat yang berbuat demikian.
Disebabkan sampai sekitar jam 6 pagi (waktu tempatan), kami dibawa ke bilik solat yang terletak di tingkat tiga untuk menunaikan solat Subuh.
Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.
Dalam mencapai sasaran ke arah itu, saya akan bekerja kuat dan menjadi pelumba yang terbaik di Malaysia dan rantau ini”, katanya yang mendapat dorongan kuat dari ayahnya yang juga bekas pelumba basikal kebangsaan, Abd Halil Hashim sepanjang terbabit dalam sukan berbasikal.
Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu Pahat.

2

4


4

5




5







      Senarai binaan inti + penerang nama tempat

Bil
Contoh
Lampiran

1.



2.


3.

4.

Tambahan dua hari cuti umum itu bagi menunaikan janji de Blasio ketika kempennya bagi meraihkan peningkatan dan pelbagai keturunan rakyat bandar raya itu yang beragama Islam, lapor akhbar New York Times.
Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan, menurut laporan Washington Post.
Kami dibawa ke Masjid Cami’I, yang dibina oleh komuniti Turki pada tahun 1983.
Selepas bersolat, kami menikmati sarapan sebelum dibawa melihat bandar Tokyo.

2



1


4

4

      Senarai binaan inti + penerang nama milik

Bil
Contoh
Lampiran

1.


2.

Sekolah kerajaan di Bandaraya New York mendapat dua hari bagi cuti umum tambahan pada 2015 iaitu ketika sambutan Aidilfitri dan Aidiladha.
Masyarakat Jepun terkenal dengan kepantasan mereka berjalan, oleh itu bersiap sedia untuk ‘dilanggar’ jika anda berjalan longgang kangkung semasa melintasi Shibuya Crossing.

2


4
     
      Senarai binaan inti + penerang nama kelamin

Bil
Contoh
Lampiran

1.

Terletak di tingkat 12, ia dilengkapi dengan tempat wuduk dan juga bidai bagi mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

4

      Senarai binaan inti + penerang nama kegunaan

Bil
Contoh
Lampiran

1.

2.

Penyelidik di Institut Teknologi India mengkaji berapa kerap sebatian perisa sama digunakan dalam bahan makanan.
Bagaimanapun , ia tidak sama sekali menjadi masalah kepada masyarakat Muslim kerana budaya masyarakatnya yang menghormati penganut agama yang lain.

1

4

      Senarai binaan inti + penerang nama penyambut

Bil
Contoh
Lampiran

1.


2.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda
 (LTAH ), Tokyo, kami disambut oleh pemandu pelancong, Kyoko Okuda dan Yoshiro Shibata.
Selepas menyertai sejumlah perlumbaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pelumba basikal negara, Mohamad Izzat Hilmi Abd Halil kini memasang impian melangkah lebih jauh pada masa hadapan.

4


5

      Senarai binaan inti + penerang nama arah

Bil
Contoh
Lampiran

1.

Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama.

1

     Senarai binaan inti + penerang anggota badan

Bil
Contoh
Lampiran

1.


2.

Bagi golongan pakar, segala rahsia peribadi dan sikap perilaku anda akan terdedah sekiranya pihak ini dapat melihat tulisan tangan anda.
Laluan bertambah sukar apabila akar kayu yang saiznya sebesar lengan berselirat di sepanjang perjalanan.

3


6

     Senarai binaan inti + penerang nama perkara

Bil
Contoh
Lampiran

1.




2.

Dia ini bukan saja, mampu untuk melakukan pelbagai kemahiran seperti mendaki, malah pantas dalam acara pecut, acara individu, ujian masa dan persuit,” katanya yang juga berharap dapat membantu memajukan perniagaan gerai makan keluarganya di Batu Pahat.
Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman yang mengujakan di air terjun Sungai Pisang.

5




6

     Senarai binaan inti + penerang nama khas

Bil
Contoh
Lampiran

1.




2.

Sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Esa, Batu Pahat itu memenangi emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada tahun lalu, selain pingat sama pada acara trek dan lebuh raya dalam saingan Sportexcel-Milo- NSC-PKBM-PKBL.
Selesai menunaikan solat di situ, kami bergerak ke Istana Maharaja Jepun atau Imperial Palace.

5




4

     Senarai binaan inti + penerang nama gelaran atau panggilan

Bil
Contoh
Lampiran

1.

Datuk Bandar tunai janji sebagai hormati penduduk Islam.

2

      Senarai binaan inti + penerang nama penentu belakang

Bil
Contoh
Lampiran

1.

2.

3.


4.

Selain itu, saya juga sangat meminati bekas pelumba basikal kebangsaan, M Kumaresan.
Keadaan ini berbeza dengan hidangan Barat yang berkongsi perisa sama.
Tugasan ini seakan-akan mengembara beberapa tempat di Jepun yang dibawa oleh Japan National Tourism Organisation (JNTO) dan Singapore Airlines.
Berkongsi serba sedikit ramuan kejayaannya ketika ini, Mohamad Izzat berkata, ia berkat daripada disiplin tinggi yang diamalkannya sejak dulu.

5

1

4


5

b)  Binaan inti + penerang bukan nama
      Senarai binaan inti + penerang penentu depan

Bil
Contoh
Lampiran

1.
2.

3.

Perjalanan ke Tokyo mengambil masa selama tujuh jam.
Turut serta ialah sekumpulan jurulatih profesional daripada Hikers Climber Adventure Team Sdn.Bhd, Shah Alam.
Jumlah masyarakat Muslim di Jepun masih sedikit, dengan hanya kurang satu peratus daripada keseluruhan 127 juta rakyatnya.

4
6

4

      Senarai binaan inti + penerang kata kerja

Bil
Contoh
Lampiran

1.

Justeru, saya menyahut cabaran beberapa teman, merasai pengalaman mengujakan di air terjun Sungai Pisang.

6
      Senarai binaan inti + penerang adjektif

Bil
Contoh
Lampiran

1.

2.


3.



4.


5.

Bilik yang disediakan sangat bersih dan turut dilengkapi dengan kemudahan untuk mengambil wuduk.
Mereka menilai resipi dalam TarlaDalal.com, mengkaji perbezaan tahap molekul halus yang membezakan hidangan, menurut laporan Washington Post.
Namun, apabila memperkatakan mengenai waterfall abseiling atau conyonning kepuasan dan cabarannya berganda apabila perlu ‘melawan kederasan air terjun, ketinggiannya’ serta permukaan berbatu yang sangat licin.
Apabila berdepan situasi pokok tumbang di tengah perjalanan, saya diuji dengan ketahanan fizikal apabila perlu memanjat sambil memikul beg galas dengan muatan berat!
Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil  membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert.

4

1


6



6


3
     
      Senarai binaan inti + penerang frasa sendi nama

Bil
Contoh
Lampiran

1.

2.

Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.
Masjid Cami’I boleh memuatkan sehingga 650 jemaah pada satu-satu masa dan ia sering mengadakan acara kerohanian bagi masyarakat Islam di Tokyo.

4

4

      Senarai  binaan inti + penerang bilangan ordinal

Bil
Contoh
Lampiran

1.



2.

3.

Faktor kedua ialah saiz huruf digunakan dengan andaian seseorang yang memiliki saiz tulisan besar bersikap peramah dan ekstrovert manakala tulisan bersaiz kecil  membayangkan seseorang yang suka menyendiri dan introvert.
Lokasi pertama adalah Shibuya Crossing yang sangat terkenal kerana kesibukannya.
Lawatan hari pertama berakhir di Nakamise Street, Asakusa yang turut menjadi kuil Buddha yang terkemuka di Jepun.

3



4

4
Lampiran 2
Rumusan Dapatan Kajian
Binaan Inti + Penerang nama

Bil
Binaan
Jumlah keseluruhan
1
Inti + Peneranng nama keturunan
5
2
Inti + Penerang nama jenis
5
3
Inti + Penerang nama tempat
4
4
Inti + Penerang nama milik
2
5
Inti + Penerang kelamin
1
6
Inti + Penerang nama kegunaan
2
7
Inti + Penerang nama penyambut
2
8
Inti + Penerang nama arah
1
9
Inti + Penerang anggota badan
2
10
Inti + Penerang nama perkara
2
11
Inti + Penerang nama khas
2
12
Inti + Penerang nama gelaran atau panggilan
1
13
Inti + Penerang nama penentu belakang
3

Binaan inti + Penerang bukan nama

Bil
Binaan
Jumlah Keseluruhan
1
Inti + Penerang penentu depan
3
2
Inti + Penerang kata kerja
1
3
Inti + Penerang adjektif
5
4
Inti + Penerang frasa sendi nama
2
5
Inti + Penerang bilangan ordinal
3

Sekian, Terima Kasih!...
* Kalau sesiapa ade soalan untuk ditanya kepada saya, sila tinggalkan komen anda! If God wills, i'll answer them! tq ❤

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam per

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       Deiksis 2.       Kolokasi