Skip to main content

Analisa 'Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam Video Wawancara


Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL)
TIX2002 : Semantik & Pragmatik
Semantics & Pragmatics
Sesi 2017 / 2018
Tajuk Kerja Kursus
Analisa 'Aspek Lakuan Tuturan Langsung dan tidak Langsung dan Ketidakpatuhan Maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam Video Wawancara yang bertajuk ‘Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show’.
Nama Ahli Kumpulan
Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX)
Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX)
Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX)
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas
Kumpulan 4
Nama Pensyarah
Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor
Tarikh Dihantar
21 /  5 / 2018

Isi Kandungan

Bilangan
Tajuk
Nama Ahli
Muka Surat
1.
Pengenalan
Asilah
1
2.
Objektif
Fatimah, Aisyah & Thanushah
2
3.
Deskripsi Data
Thanushah
3
4.
Kerangka Teori
Asilah
4 - 6
5.
Analisa dan Perbincangan
Thanushah, Aisyah
Fatimah & Asilah
7 - 10
6.
Penutup
Aisyah
11
7.
Rujukan
Fatimah
12
8.
Transkrip Wawancara
Fatimah, Aisyah & Thanushah
13 - 18


1.0 Pengenalan

Pragmatik merupakan kajian makna ujaran bagi ujaran yang diujarkan oleh penutur. Menurut Leech, J. (1983), pragrmatik boleh didefinisikan sebagai kajian cara ujaran-ujaran mempunyai makna dalam situasi-situasi tertentu.
Temubual merupakan satu model petuturan kompleks yang melibatkan ujaran penutur dan pendengar. Ujaran penutur adalah amat penting dalam mendapatkan tindak balas ujaran daripada pendengar. Oleh itu, kumpulan pengkaji telah memilih satu video temubual Rancangan Television yang bertajuk ‘Selamat Pagi Malaysia’ sebagai bahan untuk kajian ini.
Oleh itu, kumpulan pengkaji mengkhususkan analisa kajian temubual ini kepada dua bahagian iaitu lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan Prinsip Kerjasama Grice. 

2.0 Objektif Kajian

a) Mengenalpasti lakuan tuturan langsung dan tidak langsung dalam video Temubual
    Rancangan Television yang bertajuk ‘Selamat Pagi Malaysia’.
b) Menganalisis ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video Temubual
    tersebut.

3.0 Deskripsi Data

Kumpulan pengkaji telah memilih sebuah video temuramah yang bertajuk ‘Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show 18/02/2018’ yang telah dimuatnaik pada 22 / 2 / 2018 oleh Zman Din di laman web YouTube. Video temubual ini diambil dari Rancangan Television yang bertajuk ‘Selamat Pagi Malaysia’. Seorang artis yang bernama Amira Othman telah ditemubual oleh dua orang pengacara rancangan ini, iaitu Hanie Hamid dan Ismail Adnan. Video temubual ini pada asalnya memiliki durasi keseluruhan sebanyak 9 minit dan 32 saat, namun kumpulan pengkaji cuma telah mengambil dari minit pertama sampai minit ke-6 dan 22 saat bagi melakukan analisis projek ini.
Selebriti Amira Othman yang ditemubual dalam video tersebut berumur 25 tahun dan merupakan tetamu jemputan dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia bertarikh 18 Februari 2018. Beliau merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia sejak tahun 2016, tahun dimana beliau mula bergiat dalam industri musik tanah air.
Kumpulan pengkaji telah mengkaji banyak aspek-aspek lakuan tuturan langsung dan tidak langsung dan juga ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video ini dan hasilnya disertakan di bahagian ‘Analisa dan Perbincangan’.

4.0 Kerangka Teori

Lakuan tuturan
Lakuan tuturan adalah sesuatu yang dilakukan melalui ujaran. Suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang menggunakan bahasa. Tindakan boleh dilabel oleh kata nama yang menamakan perbuatan itu, misalnya permintaan dan amaran.
Jenis-jenis lakuan tuturan
1.      Lakuan tuturan langsung

Lakuan tuturan langsung bermaksud terdapat hubungan langsung diantara struktur linguistik dan fungsi lakuan tuturan dalam pertuturan itu atau hubungan langsung diantara jenis ayat dan daya ilokusi.

2.      Lakuan tuturan tidak langsung

Lakuan tuturan tidak langsung bermaksud terdapat hubungan tidak langsung diantara struktur linguistik dan fungsi lakuan tuturan dalam pertuturan itu. Lakuan tuturan ini dilakukan secara tidak langsung menerusi lakuan tuturan yang lain atau tiada hubungan langsung diantara jenis ayat dan daya ilokusi.

Prinsip kerjasama Grice

Mengikut Grice implikatur adalah sejenis inference yang timbul semasa perbualan berlaku berdasarkan maxim yang diikuti/dilanggar oleh penutur/pendengar. Grice telah mencadangkan satu Prinsip Kerjasama (PK) diantara penutur dan pendengar dan prinsip ini mengawal cara sesuatu perbualan dijalankan/dijayakan. Prinsip Kerjasama ialah satu perjanjian tanpa bertulis diantara penutur dan pendengar.
Oleh itu, Grice telah membezakan empat maksim yang setiapnya mempunyai beberapa keterangan untuk menjayakan komunikasi iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim relevan dan maksim cara.
Maksim kuantiti adalah sesuatu ujaran yang diujarkan oleh penutur hendaklah tidak kurang dan tidak lebih daripada maklumat yang diperlukan. Maksim kualiti adalah ujaran yang memberi sumbangan serta tidak mengandungi pembohongan atau mengandungi dakwaan-dakwaan yang tidak berasas. Maksim relevan adalah ujaran yang yang relevan atau mempunyai pertalian dengan komunikasi tersebut dan maksim cara adalah ujaran yang ringkas dan teratur serta tidak mengandungi kekaburan dan ambiguity iaitu memunyai dua atau lebih makna.

Ketidakpatuhan Prinsip Grice

Akan tetapi disebabkan Grice menyedari bahawa terdapat kebanyakan masa atau situasi di mana manusia gagal mematuhi maksim. Grice mengkategorikan kegagalan mematuhi maksim ini kepada lima kategori iaitu melanggar maksim secara violating, melanggar maksim secara flouting, melanggar maksim secara infringing, memilih keluar daripada maksim dan menggantung atau membatal maksim. Setiap kategori kegagalan mematuhi maksim adalah dipengaruhi oleh Prinsip Kerjasama Grice (maksim kuantiti, kualiti, relevan dan cara).
Melanggar maksim secara violating bermaksud penutur melanggar maksim secara ketara. Cara maksim dilanggar tidak menunjukkan bahawa penutur telah berbohong dengan sengaja kerana memberi maklumat yang tidak mencukupi, tidak relevan serta ujaran tidak jelas. Seterusnya, melanggar maksim secara flouting bermaksud penutur melanggar satu atau lebih maksim dengan sangat jelas dalam ujarannya sehingga pendengar menyedari pada ujaran tersebut dituturkan bahawa penutur dengan sengaja dan secara terbuka gagal mematuhi satu atau lebih maksim.
Selain itu, melanggar maksim secara infringing bermaksud penutur gagal mematuhi maksim secara tidak sengaja untuk mematuhi maksim akibat daripada percakapan linguistik yang tidak sempurna dan bukan dari mana-mana keinginan untuk menjana aplikatur perbualan. Memilih keluar daripada maksim pula bermaksud penutur memilih untuk keluar daripada mematuhi maksim dengan menunjukkan keengganan untuk bekerjasama dimana maksim tersebut diperlukan. Akhir sekali, menggantung atau membatal maksim bermaksud penutur melanggar maksim atas sebab maksim tersebut tidak diperlukan kerana peristiwa-peristiwa tertentu di mana tidak ada jangkaan kepada mana-mana pihak bahawa maksim akan dipatuhi atau tidak perlu dalam situasi tertentu seperti sewaktu berlaku kecemasan.

5.0 Analisa dan Perbincangan

Daripada video temuramah yang telah dikaji kumpulan pengkaji, terdapat banyak ciri-ciri pragmatik khususnya lakuan tututan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice.
Di dalam video yang telah dikaji kumpulan pengkaji, ujaran pengacara perempuan yang bertanya “kenapa jauh sangat Mail?” menunjukkan lakuan langsung kerana menggunakan ayat tanya. Pengacara perempuan tersebut bertanya kepada pengacara lelaki yang bernama Mail tanpa maksud tersirat, dan ingin mengetahui alasan mengapa dia berdiri jauh daripada Amira. Ujaran ini menunjukkan bahawa ianya lakuan langsung kerana pendengar dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penutur dengan jelas.
Lakuan langsung juga didapati pada ujaran “Mimpi Indah, itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta Hati-hati” yang diujarkan oleh Amira. Ujaran ini sangat jelas dan tiada maksud tersirat disebaliknya. Amira Othman menggunakan tuturan langsung dalam ujarannya dengan mengatakan bahawa Mimpi Indah itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta lagu Hati-hati. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Amira menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan dengan jelas sekali serta memenuhi maksim cara kerana ungkapan yang ringkas dan tiada kekaburan.
Bagi lakuan tuturan langsung merujuk kepada ujaran daripada pengacara wanita iaitu, “untuk maklumanlah saya memang follow Instagram Amira”. Ia menunjukkan wanita tersebut memberitahu bahawa dia memang telah mengikuti Instagram Amira dan bukannya orang lain. Ujaran tersebut sangat jelas dan tepat dan tiada maksud yang tersirat. Contoh lain pula, ujaran “Sebenarnya saya ini orangnya kalau saya tak tido kan…kalau tido saya macam tunggang-terbalik sikit saya senang effect pada tekak” secara langsung menunjukkan bahawa Amira senang diserang sakit apabila beliau tidak mendapat tidur yang mencukupi.
Manakala bagi lakuan tidak langsung pula jelas dipaparkan dalam ujaran Amira Othman “haa, betul boleh berjogetlah kejap lagi”. Banyak interpretasi yang boleh dibuat melalui ayat ini. Kemungkinan ujaran itu sebagai sesuatu gurauan, ejekan atau literal. Perkataan “boleh” dalam ujaran tersebut menunjukkan bahawa seseorang itu ada pilihan untuk melakukan perbuatan tersebut atau tidak, bergantung kepada interpretasi pendengar tersebut. Juga, bagi dialog Amira Othman “Saya rasa, lumrahlah kan jadi anak Seni ni ada banyak sangat pendapat”. Berdasarkan soalan yang diajukan oleh pengacara lelaki dimana sama ada Amira Othman pernah disamakan atau dibandingkan dengan artis lain. Tetapi Amira Othman tidak menjawab soalan yang diajukan dengan langsung sama ada “Ya” ataupun “Tidak”. Bagi ujaran pengacara wanita yang mengatakan bahawa “Jangan samakan dengan Hael Hussani” adalah bersifat tidak langsung kerana mempunyai maksud yang tersirat. Sama ada kemungkinan Hael Husaini merupakan penyanyi yang lebih berpengalaman daripada Amira Othman ataupun oleh kerana jantina mereka yang berlainan. Ujaran ini akan menjadi ujaran tuturan langsung sekiranya ujaran ini ditukarkan dari ujaran ekspresif kepada ayat pernyataan.
Contoh lain bagi ujaran tidak langsung ialah, ujaran daripada pengacara wanita, “…macam terujalah ni sebab walaupun batuk selesema tapi masih lagi boleh nak menghiburkan kita semua”. Ujaran ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak rancangan Selamat Pagi Malaysia sangat menghargai kedatangan Amira Othman walaupun beliau tidak sihat pada ketika itu. Ujaran itu juga merupakan satu pujian kepada Amira atas kerjasamanya yang baik bagi kelancaran rancangan tersebut. Seterusnya, ujaran “Jadi late-late ini saya ada shooting….saya tido pun 6, 7 pagi jadi suara saya dah menjadi macam inilah” pula memberitahu kita bahawa Amira mengalami batuk dan selesema disebabkan oleh jadual waktu pekerjaannya yang sangat padat dan beliau mengalami sakit tekak disebabkan tidak cukup tidur.
Ujaran dari pengacara lelaki iaitu, “Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina juga diucapkan kepada yang menyambutnya” pula membawa maksud bahawa ucapannya khas untuk masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baru China. Pengacara lelaki tersebut ingin mengkhususkan kerana terdapat masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan masing-masing menyambut perayaan yang berlainan.
Seterusnya, ujaran “Betul, dan diharapkan dengan pengisian kita, anda telah mengambil input-input…” daripada pengacara wanita secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak rancangan Selamat Pagi Malaysia sangat berharap bahawa masyarakat Negara menerima kebaikan atau faedah menerusi program bagi pengetahuan mereka.
Contoh terakhir sekali bagi lakuan tuturan tidak langsung ialah, ujaran “Amira Othman adalah ‘Mimpi Indah’ saya sekarang” yang telah diujarkan oleh pengacara lelaki dalam rancangan tersebut. Ujaran ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengacara lelaki ini telah menjadi peminat Amira Othman dan dirinya telah terpesona dengan personaliti Amira Othman.
Kumpulan pengkaji juga telah mengkaji ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice berdasarkan enam ujaran dalam video temu ramah yang telah dipilih. Jawapan yang diberi oleh Amira Othman iaitu “Penyanyi yang sama, Hael Hussaini dan di-produce oleh abang Edry KRU” ujaran ini merupakan tidak mematuhi maksim kuantiti secara violating, kerana Amira Othman memberi maklumat yang berlebihan daripada yang diperlukan dengan memberitahu sekali siapa producer kepada lagunya walaupun pengacara lelaki cuma menengahkan soalan siapakah penyanyi lagunya.
Seterusnya, bagi ujaran ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice merujuk kepada ujaran daripada Amira Othman “Ok, sebenarnya saya. Niat saya adalah untuk men.. mengenengahkan, betul kan?”. Ujaran tersebut menunjukkan penutur telah melanggar maksim kuantiti secara memilih keluar daripada maksim. Hal ini kerana dia enggan untuk menjawab soalan yang diajukan dengan langsung.
Begitu juga dengan dialog yang sama daripada Amira Othman dengan pengacara lelaki tersebut, “Pengacara Lelaki : Siapakah Irfan tu? Amira : Haah…Irfan tu sebenarnya adik bongsu saya. Saya panggil dia Baby lah. Ujaran ini telah melanggar maksim kuantiti secara violating. Hal ini kerana Amira telah menjawab persoalan pengacara lelaki itu tetapi dia telah melanggar maksim kuantiti kerana menjawab lebih daripada soalan yang diajukan atau terlebih memberi maklumat yang tidak diperlukan.  Jika Amira hanya menjawab soalan yang diajukan maka ia tidak melanggar maksim kuantiti. Selain itu, ujaran daripada Amira : (Mmm...kenapa tak cakap hai)? Pengacara Wanita “Haa…tu lah pasal. Nanti kita cakap hai ye kat sini ”, ujaran ini telah melanggar maksim relevan secara opting out. Hal ini kerana ia tidak relevan kerana pengacara wanita tersebut tidak menjawab soalan yang diajukan oleh Amira dengan menukar topik perbualan secara sengaja dan terdapat hedges yang digunakan di jawapan pertama pengacara wanita kepada soalan Amira. Bagi ujaran “Okey….Instagram Mira, A M I R A  O T H M A N yang mana kat Instagram ini yang saya paling aktiflah kalau di sosial media” yang diujarkan oleh Amira Othman didapati telah melanggar maksim kuantiti secara violating. Hal ini kerana, pengacara lelaki dalam rancangan ini cuma meminta nama pengguna Instagram milik Amira tetapi beliau memberi jawapan yang terlalu panjang dan melebihi maklumat yang diperlukan. Beliau telah gagal menyatakan kesemua maklumat yang relevan bagi soalan pengacara lelaki.

6.0 Penutup

      Akhir sekali, kumpulan pengkaji telah mengenalpasti dan menganalisis aspek-aspek pragmatik iaitu lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice dalam video Temubual rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM 1. Terdapat banyak aspek-aspek tersebut dalam temubual yang berdurasi 6.22 minit. Aspek-aspek pragmatik dibuat dalam bentuk transkripsi untuk memudahkan kerja mengenalpasti dan menganalisis.
      Lakuan tuturan secara langsung atau tidak langsung berserta dengan ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu perbualan ataupun komunikasi yang berkesan. Bukan itu sahaja, ianya penting supaya penutur dan pendengar lebih peka dengan maksud yang tersurat dan tersirat dalam sesuatu perbualan. Pengguna akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan dengan hanya melihat kepada konteks ayat yang diujarkan.
      Kesimpulannya, kumpulan pengkaji mendapati bahawa aspek-aspek pragmatik seperti lakuan tuturan langsung dan tidak langsung serta ketidakpatuhan maksim Prinsip Kerjasama Grice sangat penting dalam sesuatu perbualan, tidak kira formal ataupun tidak formal.

7.0 Rujukan

1. [zman din]. (2018, Feb 22). Amira Othman-Selamat Pagi Malaysia-Full Interview Show
    18/02/2018. Retrieved from https://www.youtube.com/watch?v=4IIhgx-DWXM&t=132s
2. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor. (2018). Kuliah 9: Lakuan Tuturan [Powerpoint slides].
3. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor (2018). Kuliah 10: Implikatur Grice I [Powerpoint slides].
4. Siti Nurbaya Binti Mohd Nor (2018). Kuliah 11: Implikatur Grice II [Powerpoint slides]

8.0 Transkrip Wawancara

PL : Pengacara Lelaki
PW : Pengacara Wanita
A : Amira Othman

PL : Terima Kasih kerana masih lagi setia bersama dengan kami, seperti yang saya dan Hanie  
         janjikan, kita akan berhati-hati dengan seorang penyanyi ni kerana lagunya yang 
         berjudul hati-hati itu memang banyak bagi pesanan kepada kita sebenarnya.
PL : OK Hani, awak, saya tengok dengan dia sebenarnya dah macam sedondon.
PW : Kita orang kumpulan jelmaan semula, sister-sister. Ya, ini dia, Amira Othman,
        Assalammualaikum dan apa khabar?
A : Waalaikumussalamwarakhmatuallah.
PW : Hani difahamkan selsema batuk kan. Kita faham, faham lah.
A : Musim,musim.
PW : Kan...Musim sekarang ini, jadi, dalam masa...kenapa jauh sangat Mail?
PL : Nervous.
PW : Kenapa, ohh...supaya hati-hati, kemudian jaga-jaga, sekarang ini Mimpi Indah.
A : Lepas hati-hati, jaga-jaga, kenalah mimpi indah pulak. Sebab dah bagi pesanankan. Jadi,
      itulah sebenarnya, itulah lagu terbaru saya setelah dah setahun lebih tak keluarkan lagu.
      So, alhamdulillah. Saya keluar dengan lagu yang berjudul mimpi indah.
PL : Mimpi Indah, itu dicipta oleh penyanyi yang sama mencipta Hati-hati.
A : Betul.
PL : Hael.
A : Penyanyi yang sama, Hael Hussaini dan di-produce oleh abang Edry KRU.
PW : Masih lagi terus memilih karya daripada Hael.
A : Betul.
PW : Kenapa?

         A : OK, sebenarnya, Hael ini, saya rasa, saya kenal dia dah lamakan, lepastu kita sama-sama
      Larikan realiti show, jadi, mungkin lebih mengenalilah, dan dia pun tahu apa yang sesuai
      nak di-adjustkan dengan suara saya. Jadi, akhirnya demo daripada Hael Hussaini.saya
      sebenarnya mencari lagu lama juga, setahun lebih saya cari lagu. Akhirnya, saya berjumpa
      dengan lagu yang, saya rasa, saya dengar je demo dia, saya dah tertarik. Itu yang saya
      cadangkan Hael, tapi takpelah, kita proceed je lagu macam ni, tapi kita masih
      mengekalkan konsep Waltz lah..Dia macam hati-hati dan jaga-jaga juga.
PW : Teng, teng.
A : Haah, betul boleh berjogetlah kejap lagi.
PL : Hani nak try kot.
A : Cuma di slot tempo dia berbeza sedikitlah kali ini.
PW : Dan mungkin sedikit perlahan eh, kali ini.
A : Betul.
PW : Memang berani untuk ketengahkan landskap, macam mic slow sikit.
A : Ok, sebenarnya saya. Niat saya adalah untuk men...mengenengahkan, betul kan?
PW & PL : (Haah betul mengenengahkan).
A : Mengenengahkan genre seperti inilah. Sebab saya rasa di Malaysia belum banyak lagi.
      Jadi aa…yelah mungkin kadang-kadang orang bertanya juga kenapalah tak pergi try genre
      lain ke apa kan. Sebenarnya bukanlah saya tak nak cuma buat masa ini yang bersesuaian
      adalah ‘Mimpi Indah’ akan saya cuba-cubalah pula genre yang lain.
PW : Haah...
PL : Ok, bila nak berduet dengan Irfan Haris?
PW : (Haah)
A : Ok, Irfan sebenarnya…
PL : (Siapakah Irfan tu?)
A : Haah…Irfan tu sebenarnya adik bongsu saya. Saya panggil dia Baby lah.
PW : Baby? Betul ke?
A : Haha… kalau dia dengar saya rasa dia marah saya panggil dia Baby. Sebab adik bongsu
      kan tapi itulah sebenarnya…Haha…
PW & PL : (Hahaha)
A : Sebenarnya ramai yang bertanyakan “Tak nak ke collaborate?” Sebenarnya memang
      naklah, lagi mudahlah saya rasa adik sendirikan. Tapi buat masa ini, Irfan masih lagi
      bersekolah. Jadi jadual dia pun, dia dekat Johor.
PW : (Ohh)
A : Jadi saya tak nak mengganggu sangatlah. Insya-Allah kita tengok nanti kalau dia habis
      sekolah, ada lagu yang bersesuaian untuk kami berdua. Insya-Allah akan kami
      laksanakan.
PW : Haa…untuk maklumanlah saya memang follow Instagram Amira. Sebab apa.. (A: Yeke)
        Kita tengok dia nyanyi dengan adik beradik kan…dengan piano dia...
A : (Mmm...kenapa tak cakap hai)?
PW : Haa…tu lah pasal. Nanti kita cakap hai ye kat sini.
PL : (Nanti tengok video dia menyanyi pula).
PW : Eh, tak ade. Tak pernah, tak pernah..Haha..Ok.
PL : Ok, ada yang kata masa awal kemunculan Amira dulu orang kata samakan Amira
        dengan suara Maya Karin.
A : (Oh yeke)
PW : (Haa..macam tu..)
PL : Haa..ada orang cakap macam tu. Jadi pernahkah Amira macam menghadapi situasi.
        Aaa...maknanya orang samakan dengan artis lain dan orang banding bezakan dengan
        artis-artis lain.
A : Saya rasa, lumrahlah kan jadi anak Seni ni ada banyak sangat pendapat. Jadi saya tidak
      ki… Saya tidak aa.. maksudnya apa saja pendapat saya menerimalah. Asalkan ianya aaa…
      yang tegur itu secara baik dan cakap pun secara baik. Saya rasa lumrahlah akan di
      compare kan. Akan disamakan, saya tidak ada masalah itu. Semua pendapat masing-
      masing.
PW : (Tapi...)
PL : Jangan samakan dengan Hael Hussani.
A : Haha.
PW : Haa...tu dah lain dah.
A : Dah lain dah tu. Ha...apa jantina pun lain kan. Jangan samakan ok.
PW : Ya betul, tapi rasanya ramai penonton-penonton peminat-peminat dah tahu dah nilai
        suara  Amira macam mana. Dan paling saya rasa macam sangat.. macam terujalah ni
        sebab walaupun batuk selesema tapi masih lagi boleh nak menghiburkan kita semua.
A : Insya-Allah.
PL  : Betul…
PW  : Persembahan demi persembahan. Macam mana nak teruskan kalau batuk selesema ini?
A  : Itulah, saya sebenarnya memperdaya jelah. Sebenarnya saya ini orangnya kalau saya tak
       tido kan, kalau tido saya macam tunggang-terbalik sikit saya senang effect pada tekak.
PL  : Oh….
A  : Jadi late-late ini saya ada shooting….saya tido pun 6, 7 pagi jadi suara saya dah menjadi
       macam inilah. Dia dah rock-rock sikit yang tapi….
PL  : Ah….Rock lagi sedap itu.
A  : Haha…Tapi mudah-mudahan okeylah. Nervous juga ini nak nyanyi tapi kalau ada anda
       berdua…
PL  : Wow…
A  : Saya rasa macam….haah….backuplah.
PW  : Kalau kurang lagi kita buat….Kita buat sesi singing.
A  :  Haha.
PL  : Tapi…ada...Mira dulu pernah mengacara rancangan pagi juga?....
P  : Ya, betul…
A  : Betul.
PL  : Pengalaman mengacara sebagainya…Ok, nak kongsikan juga kisah-kisah Mira ini di
         Instagram Amira Othman…
A  : Haah.
PL  : Apa nama?....
A  : Okey….Instagram Mira, A M I R A  O T H M A N yang mana kat Instagram ini yang
       saya paling aktiflah kalau di sosial media.
PW  : Haah…
A  : Saya rajinlah…haah…suka nak reply komen-komen anda kalau ada soalan…
PL : Itu Nabila Razali…
A : Haah, itu dia Nabila Razali.
PW : Haah…chummy chummynya itu.
A : Haah…Jadi bolehlah follow kalau ada apa-apa soalan, kan? Yang penting biarlah soalan
      yang senang-senang.
PW : Okey, jadi Insya-Allah nanti Amira sendiri yang jaga, sendiri boleh jawab soalan
        personally, ok?....Nanti saya akan say ‘Hi’ hari ini. Haha.
A : Haah.
PW : Ok?
PL : Ok.
PW : Dan kita akan diiringi dengan lagu ‘Mimpi Indah’.
A : Betul.
PW : Ya...Jadi kita mengucapkan selamat berjayalah. Semoga karya itu success.
PL : Amin.
PW : Ok, lepas ini dengan shooting berlakon lagi, menyanyi lagi…
PL : Insya-Allah
A : Ya, Amin.
PW : Rezeki mencurah-curah ya?....
PL : Insya-Allah
A : Mudah-mudahan sambut sama.
PL : Insya-Allah lagu ‘Mimpi Indah’ itu akan diiktiraf di peringkat yang lebih besar.
A : Amin, Insya-Allah.
PL : Insya-Allah dan juga tahniah kepada Mira dan juga Hael. Baik kita tinggalkan anda
        disini dengan persembahan daripada Amira Othman. Terima kasih kerana bersama
        dengan kami. Bagi yang masih bercuti, Selamat Bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina
        juga diucapkan kepada yang menyambutnya.
PW : Betul, dan diharapkan dengan pengisian kita, anda telah mengambil input-input dan
        jangan lupa kaalu ada usahawan-usahawan yang lebih berjaya, ada lapangannya ok. Tak
        apa, kita kongsikan dala Selamat Pagi Malaysia edisi Ahad hari ini.
PL : Okey, kita saksikan Amira Othman...Amira Othman adalah ‘Mimpi Indah’ saya  
        sekarang.
PW : Wah, secara langsung!...
A : Nasib baik...nasib baik tak mimpi ngeri.
PW : Sampai kita jumpa lagi Insya-Allah, sampai kita bertemu dalam Selamat Pagi Malaysia  
        di hari siaran yang lain pula. Saya Hanie Hamid…
PL : Saya Ismail Adnan. Assalamualaikum.
PW : Jumpa lagi. Kita saksikan persembahan daripada Amira Othman, ‘Mimpi Indah’.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam per

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       Deiksis 2.       Kolokasi