Skip to main content

Pendapat Tokoh Berkaitan Dengan Frasa Nama ( Nota Bahasa Melayu Semester 3 Tingkatan 6 )

Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak diatas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata.

Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan subjek ayat. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predikat ayat.

Terdapat penulis yang membanding beza dahulu pola-pola dasar yang dibuat oleh penulis-penulis lain kemudian mengubahsuainya untuk menghasilkan pola dasar sendiri. Contohnya Abdullah Hassan yang menghasilkan pola dasar selepas membandingkan pendapat Asmah dan Subbiah dengan pendapat Halimah. Pola dasar beliau ada enam iaitu:

1. Kata Nama + Kata Nama
2. Kata Nama + Kata Kerja Tak Transitif + (Kata Verb)
3. Kata Nama + Kata Sifat
4. Kata Nama + Kata Kerja Transitif + Kata Nama
5. Kata Nama + Ada/Punya + Kata Nama
6. Ada + Kata Nama + Kata Verb Tempat/Waktu


Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim), telah membuat kajian yang berkaitan dengan pola ayat dasar yang lebih mudah difaham dan diingat kerana, selain ringkas dan padat, istilah yang mereka gunakan juga mudah. Pola-pola dasar mereka ialah,

1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

Dapat dirumuskan bahawa satu ungkapan yang panjang tidak semestinya ayat. Begitu juga sesuatu ungkapan yang pendek itu tidak semestinya frasa. Ungkapan yang pendek itu mungkin boleh bertaraf ayat jika sempurna maksudnya dan terletak di antara dua kesenyapan. Abdullah Hassan menyebutnya sebagai ayat tidak sempurna kerana ia boleh berdiri sendiri walaupun tidak mempunyai pola dasar. 

Contohnya #lihat#. Jika kita mendengar pengucapan ayat itu, sebagai pendengar sudah tentu kita boleh memahami maksud perintah yang terkandung di dalamnya walaupun subjeknya tidak dinyatakan. Jelasnya, ayat ini hanya sempurna dari sudut fonologi sedangkan dari sudut sintaksis ia kurang sempurna. Oleh itu ia tidak dikatakan ayat. Ini dijelaskan oleh Lutfi Abas. Menurut beliau, ayat mesti boleh berdiri secara sintaksis dan fonologis, bukan sintaksis atau fonologis.

Dengan perkataan lain, ayat itu boleh difahami secara lisan dan tulisan tanpa mengabaikan subjek dan predikatnya. Frasa adalah serupa dengan rangkai kata. Hal ini demikian kerana menurut Asmah Haji Omar, frasa dalam pengertian tradisional adalah dua perkataan yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat. Oleh itu, seandainya diberi dua kata yang berturutan tanpa subjek dan predikat, pasti ia adalah rangkai kata. Frasa itu sendiri merupakan perkataan Inggeris "phrase" yang dimelayukan menjadi frasa.

Menurut Kamus Progresif Inggeris-Melayu 1992 , "phrase"bermaksud gatra atau penggalan kata yang menjadi bahagian dalam ayat. Gatra atau penggalan kata tersebut samalah dengan maksud "unsur-unsur ayat". Oleh itu rangkai kata yang juga dijadikan unsur dalam ayat sebenarnya adalah frasa. Tambahan pula rangkai kata adalah istilah termudah dan makna terhampir bagi kepada "dua perkataan berurutan" seperti dalam definisi frasa oleh Asmah Haji Omar.

Walau bagaimanapun tidak selamanya frasa itu adalah rangkai kata kerana frasa boleh terdiri daripada deretan perkataan yang lebih panjang daripada rangkai kata, sedangkan rangkai kata lazimnya dua perkataan sahaja. Ringkasnya, frasa dikatakan serupa dengan rangkai kata pada ketika konstruksinya bertepatan dengan konstruksi rangkai kata. Kaitan frasa dengan rangkaikata serupa dengan kaitan antara frasa dengan klausa, iaitu unit yang lebih kecil boleh sama konstruksi dengan unit yang lebih besar tetapi unit yang lebih besar kadang kala tidak boleh menjadi sama dengan unit yang kecil.

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan.Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Sebagai contohnya, kambing.

Frasa ialah kumpulan kata yang membentuk unit sintaksis sesuatu klausa. Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yg menjadi konstituen atau bahagian.

Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) ialah konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)

3.3  Binaan Frasa Nama Bahasa Melayu


Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati  merupakan unsur yang terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun terdapat beberapa  pendapat tentang binaan frasa nama  bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan  frasa nama (Abdullah Hassan,1983).

Comments

  1. Replies
    1. hi, i got this notes from a reference book and i couldn't remember the name of it. harap faham.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Kandungan                                                                                      Halaman Penghargaan                                                                                          i 1.0    Pengenalan          1.1 Latar Belakang          1.2 Definisi Konsep 2.0    Objektif 3.0    Kepentingan Kajian 4.0    Skop Kajian 5.0    Batasan Kajian 6.0    K...

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( KFC Malaysia )

ISI KANDUNGAN Tajuk Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Pengenalan Objektif Kajian Latar Belakang Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan  Lampiran                  PENGHARGAAN Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar d...