Skip to main content

Kerja Kursus Analisis Genre Cerita Pendek Kanak-kanak // Genre Analysis of Children’s Short Story

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL)
TIX1004 : Analisis Wacana
Discourse Analysis
Sesi 2016 / 2017
Semester 3

Tajuk Kerja Kursus
Analisis Genre Cerita Pendek Kanak-kanak / Genre Analysis of Children’s Short Story.
Nama Ahli Kumpulan
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX)
Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX)
Priscilia A/P Lopis (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas
Kumpulan 2
Nama Pensyarah
Puan Ainun Rozana Binti Mohd Zaid
Tarikh Dihantar
25 /  12 / 2017

Pengenalan

      Genre merupakan perkataan yang  berasal dari bahasa Perancis (dan asalnya Latin) untuk merujuk kepada 'jenis' atau 'kelas'. Istilah ini adalah digunakan secara meluas dalam retorik, teori sastera, teori media, dan linguistik baru-baru ini, untuk merujuk kepada jenis yang tersendiri, 'teks'.

      Genre ialah sejenis seni, kesusasteraan, atau muzik yang dicirikan oleh bentuk, kandungan, dan gaya tertentu. Sebagai contoh, sastera mempunyai empat genre utama iaitu, puisi, drama, fiksyen, dan bukan fiksyen. Semua genre ini mempunyai ciri dan fungsi tertentu yang membezakannya dari satu sama lain. Oleh itu, adalah perlu bagi pihak pembaca untuk mengetahui kategori genre yang mereka baca untuk memahami mesej yang disampaikannya, kerana mereka mungkin mempunyai jangkaan tertentu sebelum membaca genre yang berkenaan.

      Genre juga merupakan sejenis teks  yang menerangkan kita cara seseorang menghasilkan sesuatu melalui percakapan atau penulisan. Genre ditentukan oleh kandungan dan tujuan genre tersebut dan perhubungan antara penutur kepada audien yang ditujukan. Cara kita menggunakan Bahasa juga mempengaruhi samada ianya berbentuk penulisan atau percakapan dan konteks sosial atau budaya. Genre berbeza dari segi yang tipikaliti (kebiasaan), tipikal atau kurang tipikal, kerana disebabkan oleh perkembangan sosial media atau bentuk komunikasi yang baru.

      Cerita pendek adalah sekeping fiksyen prosa yang muncul dari tradisi bercerita awal pada abad ke-17. Cerita pendek telah berkembang dan mula merangkumi satu badan kerja yang begitu pelbagai untuk menyampaikan sesuatu mesej dengan mudah dan jelas. Cerita pendek atau sering disingkat sebagai cerpen juga adalah suatu bentuk prosa naratif fiktif. Cerita pendek biasanya padat dan terus kepada tujuannya jika dibandingkan dengan karya-karya fiksyen lain yang lebih panjang.

Objektif

Kajian telah dilakukan bagi :
        i.            1. Menganalisis wacana yang diperlihatkan dari segi genre Cerita Pendek Kanak-Kanak.
      ii.           2. Mengenalpasti genre konteks sosial dan budaya yang merangkumi pelbagai aspek.
    iii.            3. Menjelaskan maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis kepada golongan pembaca.

Rujukan Kesusasteraan

      Yundong Cai et al. (2006), telah menyatakan bahawa elemen penceritaan adalah satu cara untuk memberitahu maklumat secara bertutur kepada kanak-kanak. Daripada kajian tersebut, ianya dikatakan bahawa kanak-kanak boleh mudah memahami dan mengingati perkara yang telah dibaca oleh mereka. Ini juga membantu perkembangan kanak-kanak dari segi imaginasi yang baik serta daya ingatan yang kuat. Oleh itu, cerita pendek kanak-kanak dapat mencerminkan minda generasi yang menghasilkannya dan juga menekankan cerita pendek kanak-kanak yang memberikan mereka keseronokan semasa membacanya. Cerita pendek  juga memainkan peranan yang signifikan dalam bidang akademik dan sosial masyarakat.  

      Abdul Aziz Talib (2000), berpendapat bahawa bahan bacaan cerita pendek kanak-kanak, haruslah beraneka jenis supaya mampu membuahkan minat membaca mereka terhadapnya. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa mestilah sesuai dan mudah difahami supaya kanak-kanak berasa senorok apabila mereka membacanya dan sentiasa akan ada keinginan untuk membaca lagi. Seterusnya, daripada kajian ini juga dapat dikatakan bahawa, bentuk tulisan dalam cerita pendek memainkan peranan yang penting dan ianya hendaklah bersaiz besar bagi memudahkan kanak-kanak banyak membaca cerita pendek. Dengan kata lain, cerita pendek kanak-kanak yang disertakan dengan warna menarik dan lukisan bergambar mampu menarik pehatian dan hati mereka.

      Kajian Worthy (1999), berpendapat bahawa persekitaran tertentu dapat melahirkan minat kanak-kanak yang mengarahkan mereka kepada aktiviti membaca cerita secara sukarela. Kajian ini juga menjelaskan bahawa, persekitaran atau situasi tertentu turut memberikan motivasi yang cekal kepada kanak-kanak untuk membaca cerita dan melibatkan diri didalamnya. Tambahan pula, kanak-kanak boleh mempertingkatkan ingatan yang kuat apabila mereka sering membaca cerita pendek.

Analisis Wacana Cerpen Sang Serigala dengan Pakaian Kambingnya

      Seperti yang dapat kita lihat, cerpen ataupun cerita pendek Kanak-kanak yang dikaji mempunyai ayat-ayat yang dapat dikenalpasti merangkumi unsur-unsur Cerita Pendek Kanak-Kanak. Sebagai contoh ayat “Pada suatu masa dahulu” dan “Suatu hari” yang merujuk kepada perkara yang telah berlaku dan sering digunakan dalam permulaan cerita pendek kanak-kanak. Gelaran “Sang” merujuk kepada “Serigala” yang menjadi watak utama di dalam cerpen tersebut dan gelaran tersebut seringkali digunakan untuk merujuk kepada haiwan dan manusia yang diceritakan dalam cerita pendek kanak-kanak. Bukan itu sahaja, penggunaan penanda wacana iaitu penanda idea juga telah digunakan juga memainkan peranan dalam cerita pendek ini. Sebagai contoh, bagi pertentangan idea “walau bagaimanapun” dan contoh hubungan idea iaitu, “maka”. Fungsinya adalah untuk menghubungkan antara idea dengan idea yang lain di dalam cerpen tersebut. Perkataan “menangkap” yang dihitamkan merupakan kata kerja baru bagi tahap kanak-kanak tersebut.

      Selain itu, terdapat juga dialog Sang Serigala di dalam cerpen untuk membuatkan kanak-kanak lebih tertarik dan mula berimaginasi tentang situasi cerpen yang direka oleh penulis tersebut. Perkataan dan juga ayat yang digunakan sangat ringkas untuk memudahkan kanak-kanak bagi memahami konteks dan mesej yang ingin disampaikan. Pemilihan warna dan corak yang menarik juga memainkan peranan yang penting dalam menarik minat kanak-kanak kerana kanak-kanak lebih mudah tertarik dengan cerpen yang berwarna-warni. Penggunaan gambar serigala yang ditunjukkan di dalam cerpen tersebut juga sangat penting untuk imaginasi kanak-kanak yang membaca cerita pendek tersebut. Akhir sekali, penggunaan tulisan yang besar memudahkan kanak-kanak untuk membaca dengan lebih jelas dan senang.

1. Situasi Genre

      Situasi genre yang ditunjukkan dalam cerpen “Sang Serigala dengan Pakaian Kambingnya” merujuk kepada situasi imaginasi bagi kanak-kanak. Ia lebih kepada cerita dongeng yang sama sekali tidak wujud dan direka oleh penulis itu sendiri. Hal ini bertujuan supaya penulis dapat memberikan unsur-unsur pengajaran melalui cerpen tersebut dalam kehidupan seharian manusia. Haiwan digunakan untuk menjadi watak-watak di dalam cerpen tersebut kerana kanak-kanak kebiasaannya akan lebih tertarik dengan cerpen tentang haiwan. Hal ini kerana, haiwan mempunyai ciri-ciri keunikannya yang tersendiri.

2. Fokus dan Perspektif Genre

      Cerita pendek yang bertajuk “Sang Serigala dengan Pakaian Kambingnya” ini dihasilkan untuk masyarakat umum, khasnya untuk golongan kanak-kanak. Ianya ditulis berdasarkan satu mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum. Fokus bagi sesuatu genre merupakan satu aspek yang amat penting. Golongan penulis biasanya akan menghasilkan karya mereka bagi menyampaikan sesuatu mesej mahupun memupuk kesedaran akan sesuatu perkara dalam diri pembaca.

3. Tujuan Genre

      Dalam cerita pendek ini, kumpulan pengkaji mendapati bahawa, mesej yang disampaikan oleh penulis kepada golongan pembaca ialah, kepentingan bagi seorang individu itu untuk tidak berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan kita sebagai manusia perlulah menjadi diri kita yang sebenar. Tujuan ini disampaikan dengan cara yang amat berkesan dan jelas kerana pengajaran bagi cerita pendek ini telahpun dinyatakan pada bahagian akhir cerita ini. Maka, ianya mudah bagi pembaca bagi mengetahui mesej yang ingin disampaikan oleh penulis tersebut kepada mereka.

4. Sasaran Audien

      Sasaran audien yang ditujukan oleh penulis ini didapati lebih kepada golongan kanak-kanak kerana terdapat penggunaan bahasa yang cukup mudah dan ringkas serta gambar serigala yang menarik di sudut bahagian tepinya. Golongan kanak-kanak diberi keutamaan semasa menghasilkan karya ini kerana ianya merupakan cerita pendek dan biasanya cerita pendek merupakan pilihan utama ibubapa untuk dibacakan kepada anak-anak mereka.

5. Perhubungan antara peserta dalam genre

      Perkaitan antara peserta dalam genre adalah, hubungan penulis dengan masyarakat umum khususnya golongan kanak-kanak. Dalam cerita pendek ‘Sang Serigala dengan Pakaian Kambingnya’, penulis ingin menyampaikan sesuatu mesej dan pengajaran kepada masyarakat umum melalui cerita pendek ini. Sebagai contohnya, penulis menggunakan beberapa aspek dalam cerita ini seperti dialog yang mudah supaya golongan kanak-kanak boleh memahami cerita dengan lebih mendalam.

6. Pengalaman, konvensi dan syarat untuk genre

      Berdasarkan genre yang dikaji, didapati cerita pendek ini adalah berbentuk penulisan sastera. Genre perlulah mengandungi beberapa bentuk, gaya serta fungsi symbol iaitu, perkataan-perkataan dan gambar-gambar yang menarik untuk memikat hati kanak-kanak. Ini bertujuan untuk melahirkan pengalaman bagi kanak-kanak seperti membantu mereka merasai dan mengamati struktur gambar, warna, perasaan dan fikiran. Tambahan pula, ia juga satu pengalaman seni yang boleh mendorong kanak-kanak untuk mengingatkan kembali pengalaman mereka sendiri. Sastera mengajak kanak-kanak untuk mengetahui betapa dalamnya emosi manusia melalui genre tersebut. Sebagai contohnya, di dalam cerita pendek ini serigala telah dibunuh oleh penggembala biri-biri kerana ia telah menyamar sebagai seekor biri-biri. Jadi, peristiwa ini menggambarkan unsur emosi seperti marah dan sedih.       

7. Latar belakang, Nilai dan Kefahaman

      Cerpen “Sang Serigala dengan Pakaian Kambingnya” mempunyai nilai pengajarannya tersendiri yang ingin disampaikan kepada pembaca iaitu, golongan kanak-kanak. Pengajaran yang ingin diterapkan di dalam cerpen tersebut ialah, supaya kanak-kanak mengetahui bahawa setiap perbuatan jahat yang dilakukan pasti akan mendapat balasan. Hal ini demikian supaya, kanak-kanak tidak mengikuti perkara yang negatif dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran di dalam cerpen tersebut iaitu “Jangan cuba menyamar menjadi orang lain kerana jika tidak, bala akan menimpa” memberi maksud bahawa kita haruslah menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain untuk mendapatkan sesuatu kebaikan.

8. Perhubungan genre jika ada dengan genre lain

      Cerita pendek mempunyai persamaan dengan kisah dongeng dan Mitos. Ini kerana genre-genre berikut adalah satu imaginasi manusia pada zaman Mitos atau zaman silam. Selain itu, ia mejelaskan bahawa kisah dongeng dan Mitos adalah tidak wujud tetapi itu merupakan imaginasi dan rekaan manusia itu sendiri. Genre sebegitu bukan sahaja mengandungi rekaan, imaginasi malah ada pelbagai pengajaran yang ingin disampaikan kepada manusia supaya diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian. Karya-karya sebegini dihasilkan oleh para penulis bagi tujuan menyampaikan mesej kepada golongan pembaca.

Penutup

      Kesimpulannya, apa yang pengkaji telah mendapati melalui kajian ialah, setiap penulisan genre Cerita Pendek Kanak-Kanak atau pun dikenali sebagai ‘Cerpen‘ mempunyai maksud dan mesej yang ingin disampaikan. Selain penggunaan bahasa yang mudah untuk kanak-kanak lebih memahami konteks cerpen tersebut, setiap cerpen mempunyai pengajaran yang berguna supaya nilai-nilai murni boleh diterapkan dalam diri setiap kanak-kanak yang membacanya. Bukan itu sahaja, cerpen tentang penulisan kanak-kanak juga mendapat perhatian sejak dari dulu lagi. Pelbagai impak-impak positif yang dapat diperoleh oleh kanak-kanak daripada membaca cerita pendek sebegini. Kemahiran mendengar dan berkomunikasi mereka boleh dipertingkatkan dengan membaca selain daripada mendapat ilmu pengetahuan yang lebih banyak. Walaupun teknologi pada era globalisasi masa kini semakin moden, ia tidaklah menjadi penghalang untuk kanak-kanak mendapatkan seberapa banyak bahan bacaan yang boleh didapati di laman sesawang seperti E-book.


      Pada pendapat kumpulan pengkaji, analisis bagi genre cerita pendek kanak-kanak haruslah diperbanyakkan lagi supaya boleh menjadi rujukan bagi penulisan ilmiah yang akan datang. Karya cerpen juga didapati sangat menarik, kerana ia merupakan salah satu cara yang mudah dan menarik untuk menyampaikan mesej disamping boleh menerapkan unsur-unsur nilai murni supaya kanak-kanak akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh orang lain. Oleh itu, budaya membaca haruslah diterapkan dalam diri kanak-kanak sejak dari kecil lagi seperti bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” kerana “Membaca ialah jambatan ilmu”.

Lampiran
Cerita Pendek Kanak-kanak


Rujukan

1. Bacalah, untuk anakmu! (02 / 02 / 2012)

2. Menggalakkan Kemahiran Literasi Awal Melalui Aktiviti Menarik. (11 / 03 / 2016)

3. Membentuk sikap positif melalui cerita pendek. (01 / 07 / 2003)

4. Interaksi Ujaran Kanak-kanak Menerusi Elemen Pendigitalan dalam Penceritaan. (February 2016)

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam per

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       Deiksis 2.       Kolokasi