Skip to main content

Kerja Kursus Analisis Wacana (Wacana & Gender) (Discourse & Gender)


Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL)
TIX1004 : Analisis Wacana
Discourse Analysis
Sesi 2016 / 2017
Semester 3
Tajuk Kerja Kursus
Wacana dan Gender
Nama Ahli Kumpulan
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX)
Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX)
Priscilia A/P Lopis (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas
Kumpulan 2
Nama Pensyarah
Puan Ainun Rozana Binti Mohd Zaid
Tarikh Dihantar
9 /  12 / 2017


Pengenalan

      Wacana merupakan sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita. Wacana adalah perbincangan mengenai sesuatu topik sama ada dalam bentuk bertulis atau bersemuka dan ianya juga bermaksud komunikasi dalam sesuatu ucapan atau tulisan. Istilah wacana mula diperkenalkan oleh Zellig Harris pada 1952 untuk menganalisa hubungan pertuturan dan penulisan sebuah iklan tonik rambut (Paltridge. B. 2012) yang bertujuan mengkaji bahasa, iaitu sejauh mana bahasa melangkaui tahap ayat dan hubungan antara perlakuan linguistik dan bukan linguistik.

      Menurut Cole, N.C (2017), wacana secara umumnya bermaksud cara seseorang itu berfikir dan berkomunikasi tentang semua perkara. Biasanya wacana wujud dari institusi social. Contonya  seperti, media dan politik. Wacana juga memberi struktur dan susunan kepada bahasa dan pemikiran kita dan ianya membentuk pemikiran idea, kepercayaan, nilai identity, interaksi dengan orang lain dan kelakuan kita.

      Menurut (Paltridge. B. 2012:2), wacana ini bukan sahaja berkongsi maksud tertentu, ianya juga mempunyai watak fitur linguistic yang berkaitan dengannya. Apa yang dimaksudkan dan cara ianya direalisasikan dalam bahasa adalah tujuan utama dalam analisis wacana.

      Definisi bagi gender ialah, dimana kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, terutamanya apabila dipertimbangkan dengan merujuk kepada perbezaan sosial dan budaya dan bukannya biologi. Istilah ini juga digunakan secara lebih meluas untuk menunjukkan pelbagai identiti yang tidak sesuai dengan idea yang ditetapkan lelaki dan perempuan.

      Walaupun perkataan jantina dan seks sering digunakan secara bergantian, namun kedua-duanya mempunyai konotasi yang sedikit berbeza, iaitu seks cenderung merujuk kepada perbezaan biologi seseorang individu, manakala jantina lebih kerap merujuk kepada perbezaan budaya dan sosial dan kadang-kadang merangkumi pelbagai identiti yang lebih luas daripada binari lelaki dan perempuan.

      Secara ringkasnya, seperti yang wacana dapat dianalisa dalam pelbagai bidang dan aspek, ianya juga dapat dianalisa melalui gender. Wacana dan gender berkait rapat kerana kedua-duanya memang merupakan satu aspek yang dapat kita lihat dalam kehidupan seharian kita sebagai satu kumpulan masyarakat.

Tokoh-tokoh penting dalam Analisa Gender

Deborah Tannen (1990)

      Deborah Tannen memfokuskan tentang karakter dalam perbualan lelaki dan perempuan. Istilah ‘genderlect’ juga telah diperkenalkan dengan tujuan untuk mengenalpasti perbezaan ucapan atau gaya perbualan. Beliau tidak meneliti tentang apa yang dikatakan oleh seseorang ketika bercakap, tetapi meneliti tentang bagaimana sesuatu itu disampaikan dalam percakapan ataupun perbualan.

Robin Lakoff (1975)

      Robin Lakoff lebih memfokuskan mengenai wanita, seperti ciri-ciri wanita dalam komunikasi lisan dan bukan lisan. Selain itu, beliau juga telah membuat perbezaan dari segi komunikasi diantara wanita dan juga lelaki. Beliau menyatakan bahawa wanita lebih cenderung menggunakan intonasi yang lebih sopan, pujian dan empati dalam berkomunikasi sebagai contoh, ucapan “Terima Kasih” dan “Maaf”.

Analisa antara Wacana dan Gender

Situasi 1

      Di dalam situasi 1, ia menunjukkan cara komunikasi dalam mengendalikan sesuatu masalah kawan lain oleh sesama gender. Dalam gambar juga dapat kita ketahui bahawa, setiap gender mempunyai peranan yang berlainan, iaitu lelaki mempunyai sifat maskulin manakala wanita mempunyai sifat feminim. Cara berkomunikasi juga berdasarkan peranan masing-masing. Dalam gambar sebelah kiri 1, menjelaskan situasi seorang wanita yang mempunyai masalah perpisahan dengan teman lelakinya. Oleh itu, kawan kepada wanita tersebut memujuknya dengan menggunakan pemilihan kata yang sopan dan sesuai. Kawan yang cuba memujuknya berkata, „Dia akan menelefon awak“,dengan lembut supaya kawannya boleh bertenang. Bagi situasi perbualan diantara wanita menunjukkan bahawa terdapat unsur-untur “Hedges” ataupun bahasa lembut. “Hedges” selalu dikaitkan dengan wanita seperti yang dikatakan oleh Robin Lakoff. Daripada situasi ini boleh didapati, golongan wanita mempunyai harapan daripada lelaki untuk membentuk hubungan semula dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan iaitu kesabaran dan kelembutan. Ia menunjukkan yang wanita memberikan intepretasi yang berbeza berbanding lelaki yang mungkin menjadi satu tujuan bagi perpisahan tersebut.

         Di dalam gambar sebelah kanan 1 pula, menunjukkan seorang lelaki mempunyai masalah perpisahan dengan teman wanitanya. Seperti sama juga, kawan lelaki lain memberi intepretasi yang berbeza dengan berkata, „Awak sepatutnya menelefon dia“. Ini menerangkan yang lelaki menggunakan sifat maskulin yang dianggap gagah, kuat, keras, dan berani. Situasi dalam gambar menganalisiskan yang lelaki ialah kuat dan berani menghadapi sesuatu masalah. Selain itu, lelaki sepatutnya bersedia untuk berucap dahulu daripada wanita walaupun mereka tidak bersedia lagi. Cara peneguran kawan lelaki juga berbeza  kerana ianya menunjukkan sifat lelaki iaitu, secara tegas.

         Perbandingan cara peneguran lelaki dan wanita adalah berbeza kerana, lelaki menegur dengan tegas manakala wanita menegur antara sesama dengan lebih lembut. Oleh yang demikian, dapat diketahui bahawa kedua-dua gender mempunyai sifat atau ciri-ciri yang masing-masing, iaitu sifat lelaki dan sifat kewanitaan.

Situasi 2

Gambar bagi situasi 2 menunjukkan bahawa perbualan diantara dua orang rakan baik. Bagi situasi perbualan diantara wanita menunjukkan bahawa seorang wanita merasa malu sambil berkata “Ya Tuhan! Padam gambar ini!” terhadap apa yang ditunjukkan oleh rakannya walaupun gambar di dalam telefon bimbit tersebut tidak begitu memalukan. Namun begitu wanita tersebut masih juga merasa malu dengan gambar yang telah ditunjukkan. Ia menunjukkan bahawa wanita lebih bersifat teliti dimana wanita mengambilkira pandangan orang lain terhadap diri mereka walaupun dengan rakan baik sendiri. Wanita juga boleh dikatakan lebih bersifat mahukan kesempurnaan ataupun “Perfectionist” dimana semuanya harus sempurna tentang diri mereka apabila berhadapan dengan orang lain. Wanita lebih mementingkan status daripada lelaki.

Manakala bagi situasi lelaki menunjukkan bahawa lelaki tersebut tidak kisah tentang gambar yang diambil oleh rakan baiknya sambil berkata “Haha! Hantar gambar ini!”. Malahan lelaki tersebut merasakan bahawa gambar tersebut agak kelakar walaupun ia gambar yang tidak begitu cantik. Ia menunjukkan lelaki tidak kisah atau tidak mengambil kira benda yang remeh temeh kerana bagi mereka ia tidaklah begitu besar sehingga perlu dibimbangkan malahan ianya diantara rakan baiknya sahaja. Bukan itu sahaja lelaki tidak berfikir panjang dibandingkan dengan wanita. Pemikiran mereka lebih ringkas dan terbuka.

Seperti yang kita dapat lihat dalam situasi 2 tajuk “Friends Know Everthing About Each Other” menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara diantara wanita dan lelaki ketika bersama dengan rakan-rakan mereka. Wanita lebih bersifat feminin ataupun pemalu dan masih lagi ada jurang diantara rakan-rakan mereka oleh kerana mereka lebih mudah sensitif terhadap sesuatu perkara. Sebaliknya bagi lelaki bersifat maskulin dan ingin mengekalkan sifat macho dalam diri mereka. Jika bersama dengan rakan.rakan mereka, mereka lebih bersikap terbuka.
  
Situasi 3

      Berdasarkan gambar kartun yang ketiga, kita dapat mengetahui bahawa seseorang wanita mudah dipengaruhi oleh seseorang, lebih-lebih lagi individu yang disayanginya. Kita dapat melihat situasi sebelum seseorang wanita digoda dan selepas berjaya digoda ataupun selepas memulakan rumah tangga melalui gambar tersebut. Kita boleh melihat secara jelas bahawa wanita tersebut masih tenggelam dengan perasaan cintanya terhadap lelaki yang dicintainya. Lelaki tersebut pula melayan wanita itu sebagai seseorang yang istimewa dan selepas wanita itu berjaya dijadikan miliknya, dia kelihatan seolah-olah mengambil kesempatan ke atas wanita tersebut.

      Hal ini kerana, wanita tersebut diberi bunga semasa mereka dalam hubungan cinta dan selepas itu pula dia diberi kerja mencuci pakaian oleh lelaki tersebut. Daripada situasi ini, kita dapat memahami bahawa golongan wanita memang mudah dipengaruhi dan mereka mudah menelan kata-kata manis si lelaki. Contohnya, perkataan ‘Hello Beautiful’ yang diutarakan oleh lelaki berkenaan sebelum menggoda wanita tersebut jelas memberi kesan kepada si wanita kerana dia tampak segan dan tergoda dengan kata-kata si lelaki tersebut. Selepas menggoda pun si lelaki tersebut masih menggunakan kata-kata manis sama yang digunakannya sebelum ini bagi mempengaruhi emosi wanita tersebut supaya dia menurut segala kata-kata dan arahan yang diberikan kepadanya.

      Seperti yang kita sedia maklum, golongan wanita memang terkenal dengan sikap lembut hati dan mudah memaafkan sesiapa yang pernah melukakan hati mereka mahupun memainkan perasaan mereka. Hati dan perasaan golongan wanita memang mudah menerima kemaafan seseorang sekiranya mereka medapat ianya dating daripada hati yang ikhlas dan tulus. Contohya seperti yang didapati dalam gambar ketiga, seandainya pernah berlaku perselisihan faham antara mereka berdua selepas mereka mendirikan rumah tangga atau bercinta, namun wanita tersebut akan mudah memaafkan si lelaki tersebut kerana disebabkan oleh penggunaan kata-kata manis lelaki tersebut.

      Golongan lelaki juga didapati suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan sesorang wanita, lebih-lebih wanita yang berkait rapat dengannya. Si lelaki akan mencuba dan menggunakan segala tektik yang dia memiliki bagi mendapatkan semula kepercayaan dan kemaafan dari wanita yang disayanginya. Maka, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa golongan wanita mudah terpengaruh dengan seseorang individu yang mempunyai tempat kedudukan istimewa dalam kehidupannya.

Situasi 4

      Dalam situasi 4, wanita yang dalam situasi itu menunjukkan pada mulanya mempunyai keteguhan diri yang kuat untuk makan sebiji gula sahaja sehari, tetapi sejam kemudian wanita tersebut tidak dapat mengawal keteguhan dirinya seperti yang diinginkannya. Ini berlaku kerana wanita itu telah mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Keteguhan diri bermaksud emosi, kelakuan, pemikiran dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ia juga biasanya berlaku dalam kalangan wanita berbanding golongan lelaki.

      Selain itu, wanita tersebut juga mengalami kesedihan dan tidak gembira dengan perubahan yang ingin dilakukannya disebabkan dia tidak dapat mengawal keinginan dalam dirinya. Wanita lebih disifatkan sebagai golongan yang mudah dipengaruhi oleh aspek persekitaran. Golongan wanita lebih tertarik kepada benda-benda yang menjadi kegemarannya lebih-lebih lagi makanan. Contohnya seperti yang dapat kita lihat, wanita dalam situasi 4 tersebut ingin mengamalkan diet namun usahanya gagal kerana dia telah mengambil gula-gula tersebut dalam kuantiti yang banyak.


      Dapat disimpulkan bahawa, golongan wanita lebih mudah terpengaruh berbanding golongan lelaki dalam sesetengah perkara.

Kesimpulan

      Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa gender dan wacana dianalisiskan daripada pendapat pengkaji dan ciri-ciri yang berkait dengan analisis yang dilakukan. Oleh yang demikian, boleh dikatakan yang gender memainkan peranan yang berbeza mengikut situasi yang berlainan.

      Seperti diketahui, wacana adalah cara seseorang itu befikir dan berkomunikasi tentang semua perkara. Perkara ini dirumuskan yang wacana boleh berlaku dalam bentuk idea, kepercayaan, pemikiran dan interaksi orang lain. Seperti dalam analisis yang dilakukan, hal ini bukan sahaja berlaku dalam berlainan gender malah dengan sesama gender juga.

      Tambahan pula, ia juga dirumuskan  bagaimana sesuatu perkara itu dikendalikan dalam situasi yang berbeza oleh kedua-dua gender tersebut. Secara umum, boleh dikatakan bahawa golongan lelaki lebih berterus terang dan secara langsung dengan apa yang  ingin disampaikanya tetapi golongan perempuan lebih kompleks dan tidak berterus terang dalam sesuatu penyampaian.

      Kajian membuktikan bahawa, golongan lelaki mempunyai sifat kelelakian seperti berani, tegas, dan keras yang dikatakan maskulin manakala perempuan mempunyai sifat keperempuanan seperti lembut dan sopan yang dikatakan feminin.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj...

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah

Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah Pendahuluan : §  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. §  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal. §  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Isi-isi penting : 1. Persaingan kuasa-kuasa Barat §  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia,...

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...