Penggunaan Emoji dalam Komunikasi di atas Talian yang Dipengaruhi oleh Gender Pengguna. (Universiti Malaya)
TIX1005
: Bahasa dan Komunikasi
Language
and Communication
Sesi
2016 / 2017
Semester
2
Tajuk Kerja Kursus
|
Penggunaan Emoji dalam Komunikasi di
atas Talian yang Dipengaruhi oleh Gender Pengguna.
|
Nama Ahli Kumpulan
|
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG 1600XX)
Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX)
Priscilia A/P Lopis (TIG1600XX)
|
Nombor Kumpulan Kelas
|
Kumpulan 2
|
Nama Pensyarah
|
Dr Leela A/P Koran
|
Tarikh Dihantar
|
25 /
05 / 2017
|
1.0 Pengenalan
Penggunaan emoji
merupakan isyarat atau kata-kata bukan lisan (non-verbal) yang boleh
menyampaikan sesuatu mesej melalui gambaran digital yang kecil. Kajian
mendapati bahawa wanita lebih memahami dan menerima penghantaran, penerimaan,
dan mentafsir isyarat atau kata-kata bukan lisan (non-verbal) semasa berkomunikasi
(Britain & Hall, 1995). Berdasarkan laporan platform pasaran iaitu Emogi,
mendapati bahawa wanita muda adalah pengguna emoji yang tegar, iaitu sebanyak
78% wanita merupakan pengguna emoji yang aktif berbanding dengan 60% lelaki.
Maka, ini menunjukkan adanya perbezaan penggunaan emoji antara kedua-dua gender
dalam komunikasi di atas talian.
1.1 Latar Belakang Kajian
Komunikasi adalah bukan
setakat proses bercakap, menulis dan mentafsirkan perkataan-perkataan, tetapi
ia adalah proses yang kompleks yang melibatkan faktor-faktor seperti bahasa,
kandungan, tatabahasa, pengalaman dan kata-kata bukan lisan (Rezabek &
Cochenour, 1998). Komunikasi melalui kata-kata bukan lisan seperti penggunaan
emoji telah menarik pengkaji-pengkaji tentang penggunaan emoji dalam bidang “Computer-Mediated
Communication (CMC)” dan “Human-Computer Interaction (HCI)”. Kebanyakan
pengkaji mencadangkan bahawa penggunaan isyarat atau “cues” meningkatkan
komunikasi bertulis atau komunikasi bukan verbal seperti mana penggunaan bahasa badan dan
visual meningkatkan komunikasi verbal (Derks et al., 2008; Rezabek &
Cochenour, 1998). Kajian juga menunjukkan bahawa teks di atas talian tanpa
menggunakan emoji boleh membawa kepada kesalahtafsiran sesuatu mesej atau sikap
penghantar mesej tersebut (Lo, 2008).
Emoji, buat pertama kalinya
diperkenalkan oleh Shigetaka Kurita pada tahun 1999 dengan memperkenalkan
penggunaan emoji di i-mode, iaitu sistem internet jepun yang pertama (De
Abreau, 2015). Selepas itu, pada tahun 2006. Google mula menukarkan emoji Jepun
kepada sistem Unicode. Emoji mula mendapat perhatian media bermula pada tahun
2013 (David & Edberg, 2016). Emoji adalah ikon-ikon atau gambaran digital
yang kecil dan sering digunakan dalam media teks berkomunikasi digital untuk
meluahkan perasaan, emosi, idea dan lain-lain. Kebanyakan kajian telah
membuktikan perbezaan bagaimana lelaki dan perempuan menggunakan isyarat tanpa
verbal. Antaranya ialah,
perempuan lebih ekspresif dan berkemahiran menghantar dan menerima mesej
non-verbal (B. N. J. and J. A. Hall, 1995). Menurut beberapa kajian, wanita
lebih cenderung menggunakan emoji daripada lelaki apabila berkomunikasi di atas
talian (Wolf, 2000). Walaubagaimanapun, lelaki menggunakan lebih pelbagai emoji
dibandingkan dengan perempuan (Tossell, Kortum, Shepard, Barg-Walkow, Rahmati,
2012).
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian
Pada masa kini, penggunaan emoji semakin
berleluasa dalam komunikasi di atas talian. Penggunaan Emoji dikatakan dapat
menunjukkan atau meluahkan perasaan, emosi dan idea seseorang kepada orang lain
iaitu berkomunikasi tanpa lisan. Faktor gender menjadi antara faktor perbezaan
penggunaan emoji, iaitu mengukur kekerapan penggunaan emoji dan kelainan di
antara dua gender apabila berkomunikasi di atas talian. Adakah faktor gender
mempengaruhi penggunaan emoji dalam komunikasi di atas talian dan apakah
kekerapan emoji digunakan oleh lelaki dan perempuan?
Di atas talian bermaksud penggunaan
internet iaitu seperti di dalam sosial media, blog dan forum. Kajian ini
dilakukan dan dijalankan untuk mengenalpasti kegunaan emoji dalam komunikasi di
atas talian, terutamanya dalam chat atau teks berkomunikasi. Seperti yang kita
sedia maklum, perempuan lebih banyak menggunakan emoji dibandingkan dengan
lelaki, manakala perempuan menggunakan emoji tertentu yang menunjukkan
ciri-ciri keperempuanan seperti emoji bunga ros, atau emoji berbentuk hati.
Kebanyakan berpendapat bahawa lelaki tidak banyak menggunakan emoji apabila
berkomunikasi di atas talian.
Rintangan utama yang menjadi persoalan bagi
kajian ini ialah sejauh manakah ketepatan dan kebenaran perbezaan penggunaan
emoji antara gender di atas talian. Sesetengah kajian lepas berpendapat bahawa
tiada perbezaan yang ketara antara pengguna gender yang berlainan dalam
penggunaan emoji (Huffaker, Calvert, 2005) manakala sesetengah kajian telah
membuktikan bahawa perempuan lebih cenderung menggunakan emoji (Wolf, 2000).
Penggunaan emoji sering digunakan dalam
kehidupan seharian terutamanya dalam komunikasi berteks dan di atas talian
seperti di sosial media. Penggunaan emoji ini menunjukkan bahawa eskpresi boleh
disampaikan melalui simbol atau isyarat tanpa lisan dengan lebih mudah untuk difahami
oleh penerima sesuatu mesej. Penggunaan emoji juga boleh membawa kepada salah
tafsiran yang menunjukkan makna lain atau anggapan yang salah terhadap
penghantar sesuatu mesej.
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama
penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penggunaan Emoji dalam
komunikasi di atas talian yang dipengaruhi oleh Gender pengguna.
1.3.1 Memerhati sejauh manakah
kekerapan penggunaan emoji di kalangan lelaki dan perempuan.
Kumpulan pengkaji ingin memerhati dan
menganalisis kekerapan penggunaan emoji dalam kalangan golongan lelaki dan
golongan perempuan. Kumpulan pengkaji telah berjaya menemubual seramai 4 orang
responden. Terdapat 2 orang responden perempuan dan 2 orang responden lelaki.
Bagi menjalankan kajian ini, kumpulan pengkaji akan memerhati perbualan atau
komunikasi atas talian yang digunakan oleh 4 orang responden mereka selama 1
minggu. Sepanjang satu minggu ini, para responden akan diperhati berdasarkan
cara komunikasi dan emoji yang digunakan oleh mereka ketika berbalas mesej
dengan rakan-rakan yang sama gender ataupun gender yang bertentangan dengan
mereka. Para pengkaji ingin mendapatkan keputusan analisis yang tulen kerana dengan
hanya menggunakan kaedah temubual, ianya susah untuk mendapatkan bahan bukti
untuk kajian ini.
1.3.2 Mengenalpasti
gender yang manakah banyak menggunakan emoji bagi menggantikan perkataan dalam
sesuatu komunikasi.
Kumpulan pengkaji telah
memilih objektif kajian ini bagi mengetahui pihak yang manakah banyak
menggunakan emoji bagi mengurangkan penggunaan perkataan dalam komunikasi di
atas talian. Kumpulan pengkaji akan menganalisis bahan bukti (mesej-mesej yang
dihantar oleh resonden kepada rakan-rakan mereka) bagi mengenalpasti golongan
gender yang manakah gemar menggunakan emoji dalam komunikasi di atas talian.
2.0 Kajian Literatur
Bahagian ini akan membincangkan literatur
yang merangkumi penjelasan dan pandangan daripada tokoh-tokoh ilmuwan tertentu
serta kajian dahulu yang telah dibuat oleh para sarjana dan pengkaji-pengkaji
terdahulu mengenai penggunaan emoji dalam komunikasi di atas talian. Ia
meliputi kepentingan memahami emoji dan juga faktor-faktor penggunaan emoji
dalam komunikasi elektronik yang dipengaruhi oleh aspek gender.
Kumpulan pengkaji
mendapati bahawa, kajian yang dijalankan oleh Yukiko Nishimura (2015) yang
bertajuk “Analysis of Emoticon Usage in Japanese Blogs” menerangkan mengenai
blog yang dimiliki dan ditulis oleh 4 jenis kategori penulis. Blog-blog yang
dipilih untuk analisis konteks bagi kajian ini adalah, blog-blog yang diranking
dalam 50 blog terkenal di Japan (Japan Blog Village). Kategori penulis
diagihkan mengikut umur dan jantina mereka, iaitu seramai 50 orang lelaki dan
50 orang perempuan yang berumur 60 tahun dan keatas dan 50 orang lelaki dan 50
orang perempuan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun. Kesemua 200 penulis blog ini telah diperhatikan selama 20
hari, dari segi cara penulisan mereka dalam blog. Analisis konteks blog adalah
bertujuan untuk mengetahui berapa kekerapan dan gender mana yang banyak
menggunakan emoji dalam penulisan blog mereka. Hasilnya pula, didapati golongan
perempuan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 39 tahun telah banyak
menggunakan emoji berbanding kumpulan responden lain. Dikatakan, emoji
melambangkan kecomelan golongan wanita di Japan. Juga didapati bahawa, topik
blog juga mempengaruhi penggunaan emoji dalam kalangan penulis.
Seterusnya, daripada
artikel yang bertajuk “The Importance of Understanding Emoji”, kumpulan
pengkaji mendapati bahawa emoji memainkan peranan dalam mengurangkan perkataan
dan membolehkan ungkapan emosi digunankan. Artikel ini telah membincangkan
tentang maksud dan tujuan emoji digunakan dalam sesuatu komunikasi. Juga,
penulis artikel ini telah menyatakan masalah perselisihan faham yang timbul
sekiranya sesuatu mesej dihantar tanpa sebarang emoji. Hal ini kerana, emoji
membantu menjelaskan maksud sesuatu mesej dengan lebih menarik dan ianya secara
tidak langsung mengelakkan daripada berlakunya perselisihan faham antara
penghantar dengan penerima mesej. Menurut Hakami (2017), emoji mempunyai banyak
kelebihan, seperti mengurangkan perkataan slanga dalam komunikasi digital,
membolehkan ungkapan emosi, meningkatkan aplikasi analisis sentimen dan
menambah ciri-ciri yang menarik. Emoji memainkan peranan yang besar dalam
mengubah sesuatu mesej kepada sesuatu yang positiv dan mudah diterima.
Selain itu,
daripada artikel yang bertajuk “Gender, Identity and Language Use in Teenage
Blogs”, kumpulan pengkaji telah mendapati bahawa, golongan perempuan lebih
kerap menggunakan emoji bagi meluahkan perasaan mereka berbanding dengan
lelaki. Golongan lelaki pula sedikit menggunakan emoji apabila mereka
berinteraksi dengan golongan perempuan namun mereka langsung tidak berminat
untuk menggunakan emoji apabila berkomunikasi di atas talian bersama dengan
rakan lelaki. Menurut Crystal (2001), interaksi dalam talian
kekurangan reaksi airmuka dan gerak isyarat badan yang penting untuk menyatakan
pendapat dan sikap seseorang. Emoji telah diperkenalkan untuk memenuhi
kekosongan di komunikasi dalam talian.
Berdasarkan kesemua kajian literatur di
atas, kumpulan pengkaji mendapati jurang penyelidikan (research gap) yang
terdapat dalam kajian ini adalah, kesusahan membuktikan sebab-sebab dan
faktor-faktor yang mendorong para pengguna menggunakan emoji dalam komunikasi
di atas talian. Maka kajian ini dijalankan oleh kumpulan pengkaji bagi
mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kedua-dua gender menggunakan emoji
dalam komunikasi di atas talian dan juga mengidentifikasikan gender mana yang
banyak menggunakan emoji dalam sesuatu perbualan.
3.0 Metodologi
Metodologi kajian membawa maksud iaitu
kaedah dan prosedur reka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data untuk
mendapatkan penghasilan keterangan yang nyata yang boleh menjunjung sesuatu
kajian. Kajian ini juga menerangkan kaedah untuk mengkaji sesuatu kesulitan dan
sebab sesuatu cara dan sistem tertentu yang dianalisiskan. Tujuan metodologi
kajian ialah untuk menyokong dengan lebih lapang atau teliti lagi tentang cara
dengan menjelaskan tentang proses kajian.
Menurut Kamus Dewan, metodologi bermaksud
kaedah yang melingkungi teknik dan dasar yang dianalisiskan dalam sesuatu usaha
atau disiplin. Kajian ini juga membawa maksud lain iaitu cara, teknik, gaya,
dan ciri asas. Ia juga menunjukkan pengetahuan tentang metod atau kaedah yang
digunakan apabila melakukan sesuatu kajian untuk mencapai objektif kajian
tersebut. Oleh yang demikian, kaedah ini ialah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan 2 cara untuk
mendapatkan data iaitu temubual dan laman sesawang untuk membuat sedikit
rujukan tambahan.
3.1 Data Primer
Berdasarkan kajian ini, data primer
membawa maksud iaitu sumber pengumpulan data yang mendapati dari sumber
penyelidikan tetapi bukan melalui media sosial malah ia kumpul secara individu
(orang) atau kelompok, pemerhatian terhadap suatu benda fisikal. Ia juga dapat
daripada kejadian, kegiatan, hasil pengujian. Dalam cadangan penyelidikan
kajian ini metod untuk mendapatkan sumber
data ialah metod observasi (temubual tatap muka) dan pemerhatian.
3.1.1 Kaedah Temubual
Dalam kaedah
ini pengkaji dapat menemubual 4 orang responden daripada berbilang kaum dan
bangsa. Pengkaji
telah membuat pemilihan responden secara rawak iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan.
Responden-responden adalah dalam berumur lingkungan 20 sehingga 25 tahun.
Pemilihan tersebut mengenai cadangan penyelidikan kajian yang dikaji tentang
pengaruh gender dalam penggunaan emoji dalam komunikasi di atas talian.
Cadangan penyelidikan tersebut mempengaruhi
kelebihan dan kelemahan melalui temubual (tatap muka). Kelebihan yang dikaji
dalam kajian ini adalah untuk mengajukan banyak persoalan yang memerlukan
jangka masa yang panjang. Selain itu, terdapat kemungkinan bagi penemubual
untuk mengetahui kompleksitasi masalah kepada responden. Tambahan pula,
responden dapat memberi jawapan yang lebih tepat dan spontan berbanding metod
soal selidik yang digunakan.
Selain itu, kelemahan juga memainkan
peranan penting dalam melaksanakan kajian penyelidikan ini. Kemungkinan jawapan
yang responden memberi ialah bias kerana terpengaruh penemubual sebagai contoh
apabila pengkaji menemubual responden yang rapat dengannya mungkin ia dapat
jawapan yang kurang tepat. Seterusnya, kaedah ini juga memerlukan banyak sumber
manusia jika jumlah responden lebih dan tempat temubual yang besar.
3.1.2 Kaedah
Pemerhatian
Metod pemerhatian ialah satu kaedah untuk
pengumpulan data dengan mengkaji secara bersemuka dengan responden dan
melakukan penyelidikan rahsia. Metod ini juga sering digunakan oleh pengkaji
sebagai satu teknik kajian. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat melihat tingkah
laku responden. Peranan pengkaji ialah terhadap perubahan tingkah laku, serta
mendengar responden dari jarak jauh dan dekat. Ia mengambil tempoh masa yang tertentu untuk memerhatikan
kaedah ini. Pemerhatian yang pengkaji membuat dalam kajian ini ialah dengan
menganalisasi teks komunikasi responden dalam telefon bimbit sebagai contoh
teks komunikasi dalam laman sosial iaitu WhatsApp. Kaedah tersebut mengambil
masa yang seminggu untuk memerhatika komunikasi bagi setiap responden. Daripada
pemerhatian ini pengkaji dapat menganalisasikan reaksi dan kefahaman penggunaan
emoji dalam komunikasi antara gender. Penggunaan metod ini bertujuan untuk
mendapatkan data yang melengkapi dengan data daripada metod yang lain.
4.0
Pendekatan Bagi Analisis Data
Penyelidikan
Kualitatif
Berdasarkan
kajian metodologi, penyelidikan kualitatif membawa maksud iaitu mendapatkan
maklumat secara terperinci dan menggunakan analisis statistik yang melibatkan
individu dan berorientasikan kepada hasil. Ia juga berasaskan kualiti yang
bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang
dikaji. Data akan dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, temubual, analisis
dokumen dan penulisan diari. Oleh yang demikian, kumpulan pengkaji akan membuat
kajian ini melalui pemerhatian dan temubual. Kajian yang digunakan oleh
kumpulan pengkaji merupakan kajian non-intervensi. Kajian tinjauan merupakan
kajian rintis bagi penyediaan cadangan penyelidikan kajian ini.
Tambahan
pula, terdapat kaedah yang akan digunakan oleh kumpulam pengkaji bagi
mengumpulkan data dan menjalankan kajian dengan sistematik dan memenuhi
objektif kajian seperti yang dikehendaki oleh kumpulan pengkaji. Oleh itu, kumpulan
pengkaji akan menjalankan kajian ini berdasarkan carta alir bagi pelaksanaan
cadangan penyelidikan ini.
5.0 Kesimpulan
Kumpulan pengkaji mengharapkan agar dapat
memperoleh hasil kajian yang tepat dan memuaskan dari pelaksanaan cadangan
penyelidikan ini. Juga, kumpulan pengkaji berharap agar mereka berjaya
menghabiskan kajian ini dalam jangka masa yang telah dirancang dengan lancar
dan sempurna.
5.0
Rujukan
A
Sosiolinguistic Analysis of Emoticon Usage in Japanese Blogs (Variation by Age,
Gender and Topic).
Emoji
and Gender (How do gender differences in
emoji usage affect perception of text)?
Gender,
Identity and Language Use in Teenage Blogs.
The
Importance of Understanding Emoji.
What
is Gender and Why Does it Matter to Emoji?
6.0 Lampiran
Carta
Alir
a.Kajian Awal
1.
Mengenal pasti permasalahan dan bidang kajian yang ingin dijalankan.
2.
Mengenal pasti jumlah responden yang sesuai bagi menjalankan kajian.
|
b.Menemubual Responden dan Membuat Pemerhatian
|
c.Analisis Data Kajian
|
d.Pengumpulan Data
|
e.Penyediaan Soalan Temubual
|
f.Keputusan Penyelidikan
|
g.Rumusan dan Cadangan Penyelidikan
|
Set Soal Selidik
TIX1005
Subjek
Bahasa dan Komunikasi 2016 / 2017
Gender
dalam Bahasa dan Komunikasi
Soalan
untuk ditanya semasa Temubual bersama dengan responden.
( 4 Orang Responden)
-Adakah
anda seorang yang kerap berkomunikasi di atas talian?
-Pada
pendapat anda, adakah faktor gender mempengaruhi bahasa dan cara komunikasi
seseorang di atas
talian?
talian?
-Anda
sebagai seorang perempuan / lelaki, apakah ciri-ciri bahasa yang anda gunakan
di atas talian?
-Adakah
anda menggunakan emoji untuk meluahkan / menunjukkan perasaan anda di atas
talian
disebalik perkataan / ayat?
disebalik perkataan / ayat?
-Pada
pendapat anda, adakah penggunaan emoji di atas talian melambangkan gender
tertentu. Misalnya,
lelaki atau perempuan.
lelaki atau perempuan.
-Adakah
anda berpendapat bahawa, sama ada golongan lelaki atau perempuan yang banyak
menggunakan emoji di atas talian?
menggunakan emoji di atas talian?
Comments
Post a Comment