Skip to main content

Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya



TIX1002 : Pengantar Sosiolinguistik
Introduction to Sosiolinguistic
Sesi 2016 / 2017
Semester 2
Tajuk Kerja Kursus
Pertukaran dan Percampuran Kod dalam Kalangan Mahasiswa / Mahasiswi Universiti Malaya
Nama Ahli Kumpulan
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG 1600XX)
Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX)
Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX)
Priscilia A/P Lopis (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas
Kumpulan 4
Nama Pensyarah
Dr Norizah Binti Hassan
Tarikh Dihantar
25 /  05 / 2017

1.0  Pengenalan
      Menurut  harfiah Sosiolinguistik terdiri dari dua unsur kata. Yang pertama, Sosio (Sosiologi) iaitu sebuah ilmu sosial yang berkait rapat dan berhubungan dengan masyarakat, kelompok mahupun fungsi kemasyarakatan. Selain itu, Linguistik ialah bidang kajian bahasa atau sebuah ilmu bahasa yang mengulas tentang unsur iaitu, fonem, morfem, kata dan sebagainya.

      Sosiolinguistik ialah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat penuturnya. Ianya menerangkan hubungan bahasa dengan masyarakat. Sosiolinguistik juga bermakna kajian kontekstual terhadap variasi penggunaan bahasa masyarakat dalam sebuah komunikasi. Selain itu, Sosiolinguistik adalah disiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengaruhinya.

      Menurut Fasold (1993) mengatakan bahawa Sosiolinguistik bergantung dengan dua definisi. Yang pertama, bahasa bervariasi yang memberi pilihan kepada pengguna bahasa menyangkut pilihan bahasa-bahasa bagi pengguna bahasa. Seterusnya, bahasa yang pelbagai ini digunakan sebagai alat untuk menyampaikan informasi dan perasaan dari seseorang kepada orang lain.

      Pertukaran kod ialah mereka yang bertutur lebih dari dua bahasa. Dengan kata lain, istilah ini boleh diklasifikasikan sebagai menguasai dua bahasa. Pertukaran kod ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seseorang. Oleh yang demikian, mereka tahu bila untuk menggunakan bahasa dan juga dalam keadaan atau situasi yang bagaimana bahasa itu seharusnya digunakan. Dengan penggunaan bahasa yang berlainan juga, merujuk kepada orang yang tertentu juga mereka akan dapat apa yang mereka kehendaki dengan lebih mudah dan lebih baik lagi. Hal ini berlaku secara umum dalam pertuturan sehari-hari dalam hubungan seperti apabila penutur mencampurkan gaya formal dengan tidak formal.

      Menurut Charles A. Ferguson (1959) pula mengatakan bahawa pertukaran kod bermaksud penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa, yang satu tinggi, rasmi dan formal manakala yag satu lagi rendah, tidak rasmi dan tidak formal.

     Manakala percampuran kod merupakan salah satu topik yang terdapat dalam bidang Sosiolinguistik. Definisi konsep percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa dalam kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seseorang bertutur dengan mencampuradukkan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek yang lain. Fenomena ini terjadi di Malaysia kerana terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya.

     Menurut Bakamba (1988) menegaskan bahawa percampuran bahasa harus dipilih sebagai istilah yang sesuai untuk merujuk kepada alternasi dalam sesebuah kalimat. Perubahan kod dan percampuran kod adalah istilah umum dan tidak merujuk kepada mana-mana jenis pertukaran kod yang khusus.


2.0  Kajian Literatur
2.1 Pertukaran Kod dari Aspek Sosiolinguistik
      Sosiolinguistik menjadi dasar kepada kajian-kajian mengenai pertukaran dan percampuran kod. Fenomena pertukaran kod ialah satu bidang yang dikaji oleh ramai pengkaji dari luar mahupun dalam negara. Oleh itu, pengkaji-pengkaji luar seperti Holmes (2001), Bloom dan Gumperz (1972) dan Grosjean (1982) dan Jacobson (1993) telah memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kajian dalam bidang ini. Kajian pertukaran kod ini terhadap kajian yang berkaitan dengan faktor sosial iaitu domain seperti keluarga, sekolah, tempat kerja, dan sebagainya.

      Holmes (2001) berkata bahawa pembinaan teori pertukaran kod menjadi matlamat utama kajian terhadap pertukaran kod menggunakan pendekatan sosiolinguistik. Pendapat ini boleh membantu para pengkaji untuk memperhitungkan status pertukaran kod oleh seseorang penutur apabila berlaku sesuatu ujaran. Daripada pendapatan beliau pertukaran kod tidak berlaku secara rambang malah ia berlaku mengikut susunan yang ditetapkan.

    Bagi Bloom dan Gumperz (1972), mengatakan bahawa pertukaran kod dalam konteks sosiolinguistik mengambarkan perubahan situasi penutur. Kajian ini berpendapat tentang  pengkaji membuat kajian dalam menemubual seseorang mendapati yang penemubual  menggunakan bahasa standard semasa menanyakan soalan-soalan dan menggunakan bahasa bukan standard semasa menerangkan tentang soalan yang responden tidak jelas di kalangan mahasiswa dan mahasiswi untuk kefahaman yang mudah. Oleh yang demikian, kajian ini disimpulkan pertukaran kod sebagai pertukaran kod situasi. Ia juga dapat menerangkan bahawa dua penutur yang berlainan bahasa menggunakan satu bahasa standard yang dapat memudahkan maklumat yang ingin disampaikan untuk difahami.

     Tambahan pula, Grosjean (1982), berpendapat bahawa penukaran kod merupakan bahasa pengganti dalam sesuatu perbincangan. Penukaran kod juga tidak spesifik dalam penggunaan dua bahasa sahaja malah boleh melibatkan lebih daripada dua bahasa. Ia dibuatkan oleh penutur solo atau penutur dengan pendengar sebagai calon sesuatu perbincangan. Selain itu, Jacobson (1993) juga berkata bahawa manusia atau masyarakat jarang-jarang menggunakan satu bahasa sahaja dalam dunia moden. Keadaan ini seperti di Malaysia yang kebanyakan penutur menggunakan pertukaran kod dan dijadikan sebagai kefahaman masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum. 
  
2.2 Percampuran Kod dari Aspek Sosiolinguistik
      Percampuran kod merupakan satu fenomena yang biasa berlaku di kalangan mereka yang bertutur satu atau lebih bahasa yang wujud dalam masyarakat yang berbilingual atau bermonolingual. Percampuran kod juga berlaku apabila seorang bertutur dengan mencampuradukkan bahasa atau dialek-dialek lain. Fenomena ini amat luas di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek. Sebagai contoh bahasa Melayu, Cina, Tamil serta dialek tempatan. Oleh itu, pengkaji-pengkaji seperti Haugen (1972), Asmah (1985) dan Suthanthiradevi (2006) memainkan peranan penting dalam melaksanakan kajian dalam bidang ini.

     Menurut Asmah (1985), konteks atau situasi merupakan salah satu faktor yang menerangkan pencampuran kod dan pertukaran kod. Oleh itu, perkara ini kerap berlaku apabila penutur ialah daripada pelbagai bahasa seperti yang terdapat di Malaysia. Berdasarkan dalam kajian kursus ini terdiri daripada pelbagai kaum responden yang pencampuran kod memainkan peranan utama dalam ini. Dengan ini kadang-kala ia menambahmesra perhubungan antara satu sama lain apabila berlakunya pencampuran bahasa. Selain itu, ini tidak mustahil yang generasi yang akan datang boleh memahami sesuatu ujaran tanpa menggunakan pencampuran bahasa dalam ujaranya.

       Suthanthiradevi (2006), berkata percampuran kod memang menjadi kebiasaan dalam perbualan harian penutur seperti di negara multilingual. Ini berlaku kerana penutur tersebut boleh bercakap lebih daripada sejenis bahasa. Sebagai contoh,  penutur bertutur mengikut dialek masing-masing yang boleh bercakap atau memahami dalam bahasa baku mereka. Dengan itu, jelaslah menunjukkan bahawa istilah percampuran kod dan pertukaran kod itu tidak mempunyai banyak perbezaan.

      Secara umumnya, percampuran kod (code mixing) merupakan fenomena percampuran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam satu ayat yang sama. Fenomena seperti ini adalah sama dengan pengertian yang dikemukakan oleh Haugen (1972) yang menganggap percampuran kod sebagai bahasa campuran (mixture of language), iaitu menggunakan kata, ungkapan atau frasa daripada bahasa lain dalam pertuturan atau penulisan.

      Mengikut kajian oleh pengkaji-pengkaji telah merundingkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh mereka tentang kewujudan fenomena pertukaran kod dan percampuran kod. Sebagai umumnya, fenomena pertukaran dan percampuran kod adalah salah satu faktor  untuk berkomunikasi dalam masyarakat multilingual. Kajian literatur ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pengkaji mengenai bidang ini.  

3.0  Metodologi
      Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik reka bentuk, mengumpul dan menganalisa data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

      Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik gaya, regam, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. 

     Kesimpulannya, dengan adanya metodologi, kajian yang dijalankan oleh kumpulan pengkaji menjadi lebih teratur dan pengkaji berjaya mendapatkan hasil kajian yang lebih baik dan tepat.

3.1 Kaedah Pengumpulan Data
      Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh kumpulan pengkaji semasa menjalankan kajian pertukaran dan percampuran kod ini bagi memastikannya berjalan dengan sistematik dan memenuhi objektif yang dikehendaki oleh pengkaji.

1. Soal Selidik
      Kumpulan pengkaji telah menghasilkan 12 soalan per set soal selidik bagi diberikan kepada seramai 15 orang responden bagi mendapatkan data kajian. Soal selidik tersebut terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A dan Bahagian B merangkumi soalan di mana responden perlu menanda dan membulatkan jawapan mereka dan Bahagian C pula perlu diberi jawapan dalam bentuk ayat oleh responden. Soal selidik diedarkan kepada mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai latar belakang kaum. Tujuannya ialah, kumpulan pengkaji ingin mendapatkan hasil yang lebih spesifik dan adil dari segi perwakilan kumpulan target untuk kajian ini.

2. Temubual
      Bagi menjalankan kajian ini, kumpulan pengkaji telah menemubual seramai 3 orang responden. Sebanyak 6 soalan telah diutarakan kepada para responden secara lisan. Para responden terdiri daripada tiga bangsa utama yang terdapat di Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina. Soalan-soalan yang ditanya kepada para responden adalah tentang sebab dan faktor mereka melakukan pertukaran dan percampuran kod dalam sesuatu  perbualan. Tujuannya ialah, untuk mendapatkan pendapat dan pandangan para responden terhadap pertukaran dan percampuran kod.

4.0  Dapatan dan Perbincangan
      Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas responden  terhadap soal selidik dan temubual yang telah dijalankan berkaitan tentang pertukaran dan percampuran kod.

a.Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis dari bahagian A dan bahagian B yang terdapat dalam Set Soal Selidik.
1. Jantina
Rajah 1: Jantina

Bilangan responden terdiri daripada 15 orang. Terdapat 14 orang responden perempuan dan seorang lelaki. Kesemua responden adalah mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya. Mereka terdiri daripada pelbagai bangsa dan jurusan pengajian yang berlainan. Berdasarkan carta pai diatas, sebanyak 1 (7%) merupakan responden lelaki manakala 14 (93%)  orang responden merupakan perempuan.

2. Umur
Berdasarkan soal selidik yang telah diedarkan, kami mendapati kesemua responden berumur dalam lingkungan 20-24 tahun merupakan mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Malaya.
Soalan
Ya
Tidak
Umur
15
-

3. Bangsa
Rajah 3 : Bangsa

Rajah 2 menunjukkan peratus responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sebanyak 7 (46%) orang responden berbangsa Melayu manakala bangsa India dan Cina, masing-masing mempunyai jumlah responden yang sama, iaitu sebanyak 4 (27%) orang responden. Walau bagaimanapun, kumpulan pengkaji tidak berjaya mendapat responden dari bangsa minoriti seperti bangsa Iban, Sikh dan Kadazandusun.

4. Multilingual
Bagi soalan nombor 4, kami mendapati bahawa kesemua responden memberi jawapan „Ya“ dan tiada responden yang memilih jawapan “Tidak“. Oleh demikian, didapati kesemua responden yang kami telah kaji adalah multilingual.
Soalan
Ya
Tidak
Adakah anda seorang multilingual?
15
-

5. Jumlah Pertuturan Bahasa
Rajah 5 : Jumlah Pertuturan Bahasa

Rajah diatas menunjukkan jumlah pertuturan bahasa oleh responden. Sebanyak 7 (47%) orang responden mampu bertutur 3 bahasa, 5 (33%) orang responden mampu bertutur sebanyak 4 bahasa dan seramai 3 (20%) orang responden boleh berkomunikasi dalam 2 bahasa. Jumlah pertuturan responden dipengaruhi oleh strategik kumpulan pengkaji memilih responden mereka. Hal ini adalah kerana, kebanyakan responden yang disoal selidik merupakan mahasiswa dan mahasiswi dari Fakulti Bahasa dan Linguistik. Maka, kebanyakan responden memiliki kemampuan untuk menutur melebihi 3 atau 4 bahasa. Kumpulan pengkaji memilih kebanyakan responden dari Fakulti Bahasa dan Linguistik kerana, ianya mudah untuk para responden memahami tujuan penyelidikan ini dijalankan dan diharapkan mereka dapat memberi komitmen dan maklum balas yang baik.

6. Pilihan Bahasa
 
Rajah 6 : Pilihan Bahasa

Carta pai di atas membuktikan bahasa-bahasa yang menjadi pilihan para responden apabila mereka berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Terdapat seramai 3 (20%) orang responden memilih untuk bertutur dalam bahasa Kebangsaan apabila mereka berbual dengan keluarga dan rakan-rakan, Seterusnya, seramai 12 (80%) orang responden memilih untuk bertutur dalam bahasa Ibunda mereka. Carta pai ini juga menunjukkan bahawa responden yang mempunyai bahasa Ibunda seperti bahasa Cina, bahasa Melayu dan bahasa Tamil, tidak menggunakan bahasa Inggeris ketika berbual dengan keluarga dan rakan-rakan mereka. Penutur berasa lebih selesa apabila mereka menggunakan bahasa Ibunda dengan penutur yang sama bangsa seperti mereka.

7. Pencampuran kod
Bagi soalan nombor 7, kami mendapati kesemua responden menggunakan lebih dari satu bahasa semasa berbual dengan rakan-rakan. Hal ini mendorong mereka untuk mencampurkan bahasa lain selain dari bahasa ibunda mereka.
Soalan
Ya
Tidak
Adakah anda menggunakan lebih dari satu bahasa semasa berbual dengan rakan anda (mencampurkan bahasa lain)?  
15
-

8. Keselesaan Pertukaran Bahasa
Rajah 8 : Keselesaan Pertukaran Bahasa

Berdasarkan hasil kajian daripada 15 responden yang telah disoal selidik, adalah seramai 13 (87%) orang responden berpendapat bahawa mereka berasa lebih selesa apabila melakukan pertukaran bahasa. Manakala 2 (13%) orang responden berpendapat bahawa mereka tidak selesa ketika melakukan pertukaran bahasa dalam sesuatu perbualan. Hal ini kerana faktor-faktor yang tertentu mempengaruhi pertukaran bahasa tersebut. Sebagai contoh, pertukaran kod memudahkan pendengar atau penerima untuk memahami dengan lebih tepat akan maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar.

9. Pengaruh Perasaan dan Emosi
Rajah 9: Pengaruh Perasaan dan Emosi

Rajah 9 menunjukkan pengaruh perasaan dan emosi yang mampu mempengaruhi percampuran bahasa dalam sesuatu perbualan. Seramai 11 (73%) orang responden telah bersetuju dengan pernyataan ini, daripada 15 orang responden yang telah disoal selidik. Manakala 4 (27%) orang responden berpendapat bahawa, perasaan dan emosi tidak mempengaruhi percampuran bahasa dalam sesuatu perbualan. Kebanyakkan responden bersetuju dengan pengaruh percampuran bahasa adalah disebabkan perasaan dan emosi. Hal ini kerana setiap orang memberikan reaksi yang berlainan dari segi perasaan dan emosi dalam sesuatu perbualan.   

10. Kekerapan Pertukaran dan Percampuran Kod
Rajah 10: Kekerapan Pertukaran dan Percampuran Kod

Berdasarkan hasil kajian daripada rajah 7, iaitu kekerapan pertukaran dan percampuran kod menunjukkan seramai 15 orang responden telah disoal selidik. Seramai 11 (73%) orang responden kerap melakukan pertukaran dan percampuran kod. Manakala 4 (27%) orang responden jarang melakukan pertukaran dan percampuran kod ketika berkomunikasi. Dan tiada responden yang tidak pernah melakukan pertukaran dan percampuran kod dalam sesuatu perbualan. Oleh yang  demikian, didapati majoriti penutur yang menggunakan pelbagai bahasa kerap melakukan pertukaran dan percampuran kod dalam sesuatu  perbualan.

11. Keselesaan Pencampuran Kod
Bagi soalan nombor 11, kami mendapati kesemua responden juga bersetuju bahawa pencampuran kod telah memudahkan lagi komunikasi antara orang lain.
Soalan
Ya
Tidak
Adakah anda berasa bahawa pencampuran kod itu memudahkan lagi komunikasi anda dengan orang lain?
15
-

b.Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis dari bahagian C yang terdapat di dalam Set Soal Selidik. Kumpulan pengkaji mendapati kesemua jawapan yang diperolehi dari para responden adalah berlainan.

      Kumpulan pengkaji telah mendapati semua responden yang telah menjawab soal selidik mereka dengan menggunakan percampuran kod. Kebanyakkan daripada mereka menggunakan kata ganti  nama sebagai contoh „I“ dan „You“. Manakala, salah seorang responden telah menggunakan perkataan „Cuba try“ iaitu maksud yang sama tetapi diulang dalam bentuk 2 bahasa yang berbeza iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

      Seterusnya ialah, pemendekkan bahasa juga banyak digunakan ketika sedang bertutur iaitu “tau“  „tak“, tapi“, „ni“ „pegi“„tu“ dan „nak“. Perkataan „tau“ merujuk kepada tahu dan „tapi“ ialah tetapi seperti contoh ayat „I tau, tapi I tak suka“. Seterusnya perkataan „tak“ merujuk kepada tahu iaitu contoh ayat „Awak boleh tak hadir meeting petang nanti?“. Tambahan pula, singkatan perkataan „ni“ ialah ini yang merujuk kepada contoh ayat „You ni nerd sangat la!“. Selain itu, perkataan „pegi“ bermaksud pergi iaitu contoh ayat „I nak pegi toilet“ dan singkatan perkataan „tu“ ialah itu daripada contoh ayat „Nice sangat gambar tu“. Singkatan perkataan „nak“ bermaksud hendak yang digunakan dalam contoh ayat seperti „You nak ke mana?“.

      Bukan itu sahaja, terdapat perkataan penegasan dalam contoh ayat yang telah diberikan dalam soal selidik bahagian C. Contoh ayat tersebut ialah perkataan „kan“ yang menegaskan ayat tersebut. Terdapat contoh „tag question“ untuk memastikan bahawa perkara tersebut benar mengikut contoh ayat yang telah diberikan. 

     Pencampuran bahasa Cina juga terdapat dalam contoh ayat kerana terdapat responden yang berbangsa Cina. Perkataan yang telah diberikan dalam contoh ayat ialah „ leh“ iaitu dalam ayat „You don’t know how to do leh“. Ayat ini merujuk kepada pertukaran bahasa dari bahasa Cina ke bahasa Inggeris. Perkataan yang kedua ialah „oh“ dalam contoh ayat „I really cannot tahan oh that one“. Dalam ayat tersebut terdapat percampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

c.Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis melalui kaedah temubual. Seramai 3 responden telah ditemubual dan didapati masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai topik pertukaran dan pencampuran kod.

      Bagi soalan pertama, “Adakah anda berasa bahawa pencampuran kod itu memudahkan lagi komunikasi anda dengan orang lain?”, ketiga-tiga responden berpendapat bahawa ianya memudahkan apabila mereka berkomunikasi dengan mencampur kod dalam sesuatu perbualan terutamanya apabila mereka berkomunikasi dengan orang yang berlainan bangsa dengan mereka.

      Bagi soalan kedua, “dengan siapakah biasa anda menukar atau mencampur kod (menukar bahasa lain)?”, didapati bahawa ketiga-tiga responden lebih gemar menukar atau mencampur kod apabila mereka berkomunikasi dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan ada masanya bersama dengan orang yang tidak dikenali. Mereka berpendapat bahawa menukar atau mencampur kod memberi peluang kepada mereka untuk lebih banyak menggunakan kosa kata dari pelbagai bahasa lain.

      Soalan ketiga ialah, “Apakah yang menyebabkan anda untuk menukar atau mencampur kod dalam sesuatu perbualan? Boleh anda berikan sebab-sebabnya?”, didapati ketiga-tiga responden memberikan jawapan yang berlainan. Sebagai contoh, responden pertama berpendapat bahawa  beliau dapat menggunakan vokabulari dari banyak bahasa kerana ada masanya beliau kekurangan ataupun tidak mengetahui perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam sesuatu bahasa apabila berkomunikasi dengan seseorang. Bagi responden kedua, beliau berpendapat bahawa sesuatu perbualan akan menjadi lebih afektif sekiranya ada pihak yang melakukan pertukaran atau pencampuran kod. Mesej yang ingin disampaikan akan lebih berkesan dan mudah difahami. Responden ketiga juga berpendapat bahawa apabila beliau mencampur kod dari banyak bahasa, beliau dapat berkomunikasi dengan lebih baik.

      Soalan keempat, “Apakah pandangan atau persepsi anda terhadap orang yang melakukan pertukaran atau pencampuran kod?”, didapati responden pertama berpendapat bahawa seseorang individu mengetahui pelbagai bahasa manakala responden kedua pula menyatakan bahawa ianya tiada masalah sekiranya seseorang bertukar atau mencampur kod kerana Malaysia merupakan satu negara multilingual. Responden ketiga berpendapat ianya perlakuan biasa tetapi perlu mengurangkan pencampuran bahasa untuk mengekalkan keunikan sesuatu bahasa tersebut.

      Bagi soalan kelima, „Adakah faktor umur dan profesion memainkan peranan dalam pertukaran dan pencampuran kod di kalangan masyarakat?“, kumpulan pengkaji mendapati bahawa responden pertama tidak bersetuju bahawa faktor umur dan profesion memainkan peranan dalam pertukaran dan percampuran kod di kalangan masyarakat. Namun begitu, responden kedua dan ketiga bersetuju dengan kenyataan tersebut. Faktor yang ketara iaitu peringkat umur merujuk kepada remaja kini sering terpengaruh dengan media sosial. Hal ini boleh menyebabkan penggunaan terhadap sesuatu bahasa tersebut sebagai contoh bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang telah dicampuraduk dan menjadikan bahasa tersebut menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat apabila sedang berkomunikasi.

      Bagi soalan keenam, “Mengapa anda melakukan pencampuran kod dan tidak hanya menggunakan satu bahasa sahaja? ”, kumpulan pengkaji mendapati bahawa jawapan bagi ketiga-tiga responden tersebut berbeza memandangkan soalan tersebut merupakan soalan yang terakhir yang memerlukan pendapat masing-masing. Apa yang kami boleh simpulkan ialah negara yang multilingual mempunyai banyak bahasa dimana terdapat kaum yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina dan India dan termasuk dengan kaum bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak. Dengan percampuran sosial tersebut boleh mempengaruhi cara berkomunikasi dalam pertuturan dan penggunaan lebih dari 1 bahasa. Namun bagi responden yang ketiga, yang berpendapat bahawa percampuran bahasa itu harus dikurangkan kerana boleh menjejaskan struktur bahasa ibunda.

5.0  Kesimpulan
      Pertukaran dan percampuran kod sudah tidak asing lagi di dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini. Hal ini sering berlaku dalam kehidupan yang dapat memenuhi keperluan semasa, tidak kira dalam urusan rasmi atau tidak rasmi. Antara sebab lain ialah, seseorang berasa lebih selesa dengan cara pertuturan tersebut dan sesetengah orang beranggapan bahawa ianya ialah satu kebanggaan kerana dapat bertutur dalam pelbagai jenis bahasa dengan mencampuradukkan kosa kata dari pelbagai bahasa. Kebanyakan masyarakat yang menukar dan mencampuradukkan bahasa adalah kerana, keperluannya dalam bidang pekerjaan dan pendidikan. Manakala percampuran kod yang sering berlaku di Malaysia ialah kerana penggunaan bahasa Rojak dan bahasa Pasar. Kadang-kala tujuan pertuturan tersebut adalah kerana keselesaan dan kemesraan perhubungan antara penutur dengan penerima mesej. Sebagai contoh, perbualan yang berlaku sesama rakan-rakan dan ahli keluarga.

      Berdasarkan data kajian yang telah kumpulan pengkaji perolehi, di negara multilingual, fenomena pertukaran dan percampuran kod dikalangan masyarakat mempunyai potensi yang tinggi untuk berlaku berbanding dengan negara monolingual. Selain itu, pertukaran dan percampuran kod dapat membezakan bagaimana seseorang itu bertutur dalam perbualan harian.

      Oleh itu, kita haruslah bangga dengan bahasa ibunda kita. Dari sudut positif pertukaran dan percampuran kod boleh memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan pelbagai bangsa di negara multilingual manakala dari sudut negatif ialah terjadinya salah faham dalam penggunaan sesuatu bahasa dari segi maksud dan kosa kata. Oleh sebab itu bahasa amat penting dalam kehidupan seharian kita kerana bahasa melambangkan bangsa.

6.0  Rujukan
Abalhassan, K. M., & Alshalawi, H. G. (2000). Code-switching behavior of Arab speakers of English as a second language in the United States. Intercultural Communication Studies, 10(1), 179-188.
BAB 2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS - UM Students' Repository (studentsrepo.um.edu.my/3998/4/BAB__2.pdf)
Flyman-Mattsson, A., & Burenhult, N. (2009). Code-switching in second language teaching of French. Working papers in linguistics, 47, 59-72.
Holmes, J. (2013). An Introduction to Sociolinguistics: Taylor & Francis.
Nota kuliah Bab 1 Pengantar Sosiolingusitik
Nota kuliah Bab 2 Pilihan Bahasa dalam Komuniti Multilingua
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2008) Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/


7.0 Lampiran
BORANG SOAL SELIDIK BERKAITAN TOPIK PERTUKARAN DAN PERCAMPURAN KOD BAGI KURSUS PENGANTAR SOSIOLINGUISTIK.

Borang soal selidik ini disediakan bagi memenuhi keperluan kajian yang dijalankan berkaitan pertukaran dan percampuran kod (bahasa).
Saudara/i adalah responden yang telah dikenalpasti dapat membantu memberi maklumat yang diperlukan bagi kajian ini. Segala jawapan yang diberikan akan dirahsiakan. Kajian ini amat penting untuk mengenalpasti penggunaan pertukaran dan percampuran kod.
Untuk pengetahuan responden, pertukaran kod ataupun ‘Code-Switching’ adalah sebuah perubahan yang dilakukan seseorang iaitu, daripada satu bahasa ke bahasa lain manakala percampuran kod ataupun ‘Code-Mixing’ adalah penggabungan dua bahasa dalam sesuatu pertuturan.
Arahan :
Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Sila jawab semua soalan yang disediakan. Pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan.

Jawapan Responden melalui kaedah Temubual.

Berikut merupakan data yang dikumpul dan dianalisis dari jawapan yang diberi oleh para responden semasa sesi Temubual dijalankan.
      Kumpulan pengkaji telah menemubual 3 orang responden yang berlainan bangsa, iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Berikut ialah jawapan yang telah analisis oleh kumpulan pengkaji.

a) Adakah anda berasa bahawa pencampuran kod itu memudahkan lagi komunikasi anda dengan orang lain?

Responden Pertama: Ya
Responden Kedua: Ya
Responden Ketiga: Kadang-kadang memudahkan tetapi ia mengikut situasi tertentu sebagai contoh orang India dan Cina biasa menggunakan perkataan „kasi“ yang merujuk contoh ayat seperti „Kasi barang itu kepada saya“ yang mempunyai maksud yang tersirat.

b) Dengan siapakah biasa anda menukar atau mencampur kod (menukar bahasa lain)?
Responden Pertama: Kawan dan keluarga.
Responden Kedua: Dengan ibubapa, adik beradik, keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan kadang-kadang dengan orang yang tidak dikenali juga akan melakukan percampuran kod.
Responden Ketiga: Dengan kawan-kawan, dirumah dan di situasi yang tertentu.

c) Apakah yang menyebabkan anda untuk menukar atau mencampur kod dalam sesuatu perbualan? Boleh anda berikan sebab-sebabnya?

Responden Pertama: Kurang mengetahui perkataan dalam sesuatu bahasa
Responden Kedua: Ia memudahkan individu tersebut untuk lebih faham. Kadang-kadang pertukaran kod akan membuatkan komunikasi itu akan lebih afektif.
Responden Ketiga: Sebab pertama mempelajari pelbagai bahasa seperti saya boleh bertutur 3 bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. Apabila bertutur dengan kawan lain tiba-tiba saya lupa perkataan yang hendak diberitahu oleh itu saya menggunakan bahasa lain. Kalau saya tahu satu bahasa sahaja mungkin saya tidak akan melakukan percampuran kod. Sebab kedua, berkawan dengan kepelbagaian bangsa.

d) Apakah pandangan atau persepsi anda terhadap orang yang melakukan pertukaran atau pencampuran kod?

Responden Pertama: Orang tersebut memahami pelbagai bahasa
Responden Kedua: Tiada masalah, kerana sebagai contoh di Malaysia adalah negara Multilingual. Jadi bagi saya ianya penting.
Responden Ketiga: Ia adalah satu kenyataan yang semua orang menggunakan percampuran kod kerana ia menjadi kebiasaan, tetapi percampuran kod perlu dikurangkan kerana ia boleh menghilangkan keunikan bahasa tersebut.

e) Adakah faktor umur dan profesion memainkan peranan dalam pertukaran dan pencampuran kod di kalangan masyarakat?

Responden Pertama: Tidak
Responden Kedua: Ya
Responden Ketiga: Ya, faktor umur seperti golongan remaja kerap menggunakan percampuran kod kerana mereka menggunakan media sosial yang berlebihan. Faktor profesional tidak sangat ketara dan ia lebih formal.

f) Mengapa anda melakukan pencampuran kod dan tidak hanya menggunakan satu bahasa sahaja?

Responden Pertama: Saya memahami banyak bahasa.
Responden Kedua: Kerana Malaysia ialah negara multilingual dan kawan-kawan saya berbilang bangsa dan bercakap banyak bahasa. Jadi, ia mempengaruhi saya untuk berkomunikasi.
Responden Ketiga: Mungkin ia menjadi satu kebiasaan mengikut keluarga dan kawan-kawan untuk melakukan percampuran kod tetapi ia perlu dikurangkan untuk menjaga sesuatu bahasa.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah

Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah Pendahuluan : §  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. §  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal. §  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Isi-isi penting : 1. Persaingan kuasa-kuasa Barat §  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hung

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa