Skip to main content

Kerja Kursus Analisis Wacana (Analisis Wacana Teks Multi Modal)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL)
TIX1004 : Analisis Wacana
Discourse Analysis
Sesi 2016 / 2017
Semester 3

Tajuk Kerja Kursus
Analisis Wacana Teks Multi Modal
Nama Ahli Kumpulan
Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX)
Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX)
Priscilia A/P Lopis (TIG1600XX)
Nombor Kumpulan Kelas
Kumpulan 2
Nama Pensyarah
Puan Ainun Rozana Binti Mohd Zaid
Tarikh Dihantar
18 /  12 / 2017



Gambar 1

      Gambar diatas menunjukkan salah seorang individu yang penting di Malaysia, iaitu Perdana Menteri yang ke-4 negara kita. Kita dapat membuat analisa yang berbagai dengan menggunakan gambar muka depan diatas. Muka depan diatas diambil dari sesebuah buku yang bertajuk ‘A DOCTOR IN THE HOUSE’, yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Buku tersebut diterbitkan pada tahun 2011 dan ianya menceritakan perjalanan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

      Melalui tajuk buku itu sendiri, kita dapat mengetahui bahawa kerjayanya sebagai seorang Doktor turut dikongsikan dalam buku tersebut. Kita dapat mengetahui bahawa, beliau bukan sahaja seorang Perdana Menteri tetapi juga seorang Doktor dari segi kualifikasi pendidikannya.

      Pemilihan gambar beliau untuk dietakkan sebagai muka depan buku tersebut dapat memberi kita sedikit klu bahawa, kebanyakan perkara yang dikongsikannya mestilah perkara-perkara yang gembira dan indah yang pernah dilalui dalam kehidupannya. Muka beliau tampak gembira dengan satu senyuman yang penuh bermakna itu, membawa seribu makna dan mengandungi makna tersiratnya yang tersendiri.

      Pemilihan tajuk juga memainkan peranan penting dalam buku ini kerana, mungkin ramai rakyat negara yang tidak mengetahui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang Doktor dari segi kerjayanya, maka apabila mereka membaca tajuk buku tersebut tentu mereka akan berasa tertarik untuk lebih mengetahui perjalanan kehidupannya sebagai seorang Doktor.

      Warna perkataan yang dilih bagi tajuk buku tersebut juga secara tidak langsung memberi impak kepada diri pembaca. Seperti yang kita sedia maklum, warna putih merupakan warna keamanan dan ianya digunakan dalam buku tersebut bagi melahirkan perasaan positif dalam diri pembaca semasa mereka membaca buku ‘A DOCTOR IN THE HOUSE’. Warna kelabu yang digunakan sebagai latar belakang muka depan buku terseput seakan-akan memberi laluan kepada muka Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjadikannya lebih fokus dan menonjol dalam muka depan tersebut.



Gambar 2

      Gambar diatas menunjukkan muka depan sesebuah majalah yang bertajuk “The Protester”. Seperti yang kita tahu, “Person of The Year” ialah isu tahunan bagi majalah yang terkenal di Amerika Syarikat iaitu “TIME”, yang kebanyakkannya memfokuskan tentang seseorang, kumpulan, idea ataupun objek. Gambar tersebut memfokuskan kepada ciri-ciri tipikal seseorang individu yang dikenali pemberontak atau penunjuk perasaan. Lebih-lebih lagi individu yang difokuskan ialah wanita. Hal ini menunjukkan bahawa bukan sahaja lelaki sahaja yang berhak bersuara, malahan wanita juga berhak membuat sedemikian.

      Bukan itu sahaja, seperti yang telah kita tahu, baru-baru ini masyarakat terutama sekali di Amerika Syarikat selalu memandang seseorang yang berpakaian tertutup dan mencurigakan ialah pemberontak ataupun pengganas terutama sekali orang Islam oleh kerana kesalahfahaman maksud jihad bagi mereka. Perkara ini selalu terjadi kepada orang islam yang di negara Arab, Pakistan, Turki dan negara-negara Islam yang lain. Apa yang dapat dilihat dalam gambar tersebut memberi aspek yang negatif ditambah lagi dengan tajuk yang juga menyokong pandangan tentang gambar tersebut serta stereotaip di kalangan masyarakat tentang orang Islam.

      Pemilihan perkataan seperti warna, saiz huruf memainkan peranan yang penting dan ia juga membawa maksud-maksud yang tertentu, seperti tajuk yang ingin difokuskan serta boleh menarik minat pembaca untuk membeli dan membaca dengan lebih lanjut sesebuah majalah ataupun surat khabar. Kedudukan perkataan itu juga dibuat ditengah-tengah muka surat depan dan terdapat sedikit penerangan tentang pemberontak dibawah tajuk besar tersebut.

      Warna latar belakang juga memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, dalam gambar tersebut warna merah dipilih menunjukkan keberanian dan kemarahan golongan wanita dalam membantah terhadap perkara yang mereka tidak berpuas hati. Bukan itu sahaja, latar belakang tersebut juga menunjukkan terdapat ramai kumpulan masyarakat penunjuk perasaan yang membawa sepanduk menulis tentang apa yang tidak mereka puas hati seperti contoh yang kita dapat lihat salah satunya “We need good jobs”. Oleh itu, apa yang cuba disampaikan oleh penulis kepada pembaca ialah mesej, dimana penunjuk perasaan merupakan salah satu isu semasa yang menjadi perbualan hangat pada tahun 2011.

Kesimpulan

      Secara keseluruhannya, kita dapat membuat perbandingan bahawa imej, penulisan, kedudukan, musik atau pergerakan (gesture) dalam muka depan sesebuah majalah mahupun surat khabar memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pembeli untuk membelinya. Setiap muka depan mempunyai makna tersiratnya yang tersendiri.

      Kita sebagai pembeli sesebuah majalah atau surat khabar dapat memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penulis, jika kita benar-benar memahami keseluruhan perbicaraan atau penulisan. Sesebuah muka depan dapat memberi kesan yang positif atau negatif dan semuanya bergantung kepada cara kita mereka sesebuah muka depan atau permulaan sesebuah karya.

      Kedua-dua muka depan diatas mempunyai dan memberi ‘first impression’ yang berbeza kepada golongan pembeli disebabkan aspek-aspek yang terdapat didalamnya. Kita dapat mengetahui bahawa pelbagai aspek memainkan peranan dalam manghasilkan sesebuah muka depan yang berkualiti dan bermaklumat.

      Maka, golongan penulis atau penerbit perlu mengambilkira aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian semasa mereka menghasilkan sesebuah karya supaya mesej yang ingin disampaikan oleh mereka berjaya disampaikan dengan cara yang betul kepada pelanggan.

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Kandungan                                                                                      Halaman Penghargaan                                                                                          i 1.0    Pengenalan          1.1 Latar Belakang          1.2 Definisi Konsep 2.0    Objektif 3.0    Kepentingan Kajian 4.0    Skop Kajian 5.0    Batasan Kajian 6.0    K...

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( KFC Malaysia )

ISI KANDUNGAN Tajuk Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Pengenalan Objektif Kajian Latar Belakang Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan  Lampiran                  PENGHARGAAN Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar d...