PENDAHULUAN
Peranan media massa dan
komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia
boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme
ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang
penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan
peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini
di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur.
Dalam kehidupan masyarakat yang
sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup
penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih
moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik
rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana
yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang
utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti
dengan wujudnya “Teknologi Maklumat”. Internet digunakan dengan meluas dinihari
ini kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun
maklumat itu belum pasti kesahihannya.
Facebook merupakan salah satu hasil
ciptaan dalam perkembangan dunia teknologi hari ini yang digunakan dalam
teknologi internet. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang
sangat terkenal .Melalui Facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia. Pengguna Facebook boleh mempamerkan apa sahaja yang
mereka ingin orang lain tahu berkenaan diri mereka di laman Facebook seperti
tarikh kelahiran, hobi, matlamat masa hadapan dan banyak lagi.
Namun, perlulah diketahui bahawa,
Facebook juga boleh membawa keburukan kepada penggunanya sekiranya pengguna
Facebook itu sendiri tidak pandai menggunakan dan memanfaatkan laman sosial
Facebook kearah yang lebih baik. Justeru itu, kertas kerja ini cuba untuk
mencari sejauh mana kebaikan Facebook
itu diperolehi dan bagaimana keburukkan
Facebook pada masa kini boleh terjadi, dan perlukah ia terus digunakan untuk
dimanfaatkan bagi masyarakat atau diharamkan bagi mengelakkan salah guna oleh
sebahagian masyarakat khususnya masyarakat di Malaysia.
KELEBIHAN FACEBOOK
Setiap perkara yang berlaku di
dunia ini, pasti ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan
keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang
berlaku. Begitulah juga halnya dengan Facebook, sebuah laman web sosial yang
sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama golongan remaja.
Dalam kajian juga ada menyatakan
bahawa, Facebook telah digunakan untuk beberapa perkara dan terdapat lapan
motif yang di kenal pasti oleh pelajar dalam menggunakan Facebook iaitu
mengekalkan hubungan, meluangkan masa, menyertai komuniti maya, menghiburkan,
merasa hebat, mencari teman, pendedahan diri dan mencari maklumat.
Facebook adalah sebuah laman web
sosial yang mampu menganjurkan kebaikan jika diselia dengan cara dan kaedah
yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara
semakin luas.Penggunaan Facebook ini digunakan setiap lapisan masyarakat
termaksudlah ahli korporat dan tokoh-tokoh yang terkenal di Malaysia.
Contohnya, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan Perdana Menteri Dato’ Seri
Najib pun mempunyai Facebook khabarnya sudah mempunyai hampir tiga puluh ribu
orang rakan dan telah ramai rakyat di Malaysia yang mempunyai Facebook.
Penggunaan Facebook juga boleh
membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah pengguna
juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama
ada di sekolah, universiti, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Ada
juga individu yang menggunakan Facebook untuk mencari pengaruh, menambh kenalan
dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagan, membuka kelab peminat,
berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Facebook juga menjadi tempat
untuk memajukan sesuatu empayar perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai
contohnya, melalui Facebook pengguna boleh memperkenalkan produk terbaru
keluaran syarikat mereka atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian Facebook,
kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu rakan-rakan mereka yang lain melalui
tag iklan. Dengan Facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan cepat.
Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di
seluruh dunia. ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.
Setiap kali kita masuk ke laman
Facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru tentang
sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui
setiap apa yang rakan kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan
terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru tentang diri kita juga akan
dipaparkan di laman utama Facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita
ke Facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan
membacanya. Jika mereka menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan
aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka tersebut akan terlihat juga
kepada setiap laman Facebook mereka.
Kita juga boleh mengetahui
tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan
dalam Facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman di sesuatu tempat yang
menarik pasti ramai yang akan memberi respondan cadangan yang menarik. Melalui
Facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika
mempunyai sebarang masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan
memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan dijadikan panduan dalam
kehidupan.
Banyak permainan yang terdapat di
dalam Facebook yang boleh menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk
melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara online. Sememangnya ia
sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. Selain
itu, Facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang.
Berikut ialah perician yang lebih
dalam terhadap kelebihan Facebook masa kini:
2.1 Alat Perantara untuk
Perniagaan
Facebook sebagai alat perantara
untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu, apabila
kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan,
iainya amat mudah. Ini kerana Facebook menjadikan komunikasi tanpa henti kerana
setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan rakan kita. Dalam sehari jutaan
pengguna Facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama Facebook
mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan
terbaru kita. Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas
kita mengemaskini laman peribadi dan memaparkannya di halaman utama Facebook.
Selain itu, perniagaan di alam
maya ini juga menjimatkan kos yang terpaksa di tanggung oleh perniaga.
Contohnya, kos pengiklanan, kos talian (telefon) dan sebagainya. Dengan cara
ini, dapat membawa lebih keuntungan kepada para peniaga. Langkah yang paling
berkesan untuk mempromosikan jualan kita di Facebook ialah, kita mesti terus
menerus berkongsi sesuatu di Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari. Ini
bagi memastikan kita ‘visible’ pada diri rakan-rakan di Facebook. Kalau sekejap
timbul sekejap tenggelam,orang tidak akan ingat siapa kita. Utamakan kandungan
berbanding mempromosi semata-mata. Dengan banyak memasukkan info seperti di
bahagian status, rakan-rakan di Facebook akan sedar akan kewujudan kita.
Daripada itu, Elakkan promosi berlebih-lebihan di Facebook kerana ia tidak
membantu bisnes untuk jangka masa yang lama. Hal ini kerana, Facebook adalah
tempat membina dan mengembangkan jenama (bisnes). Kurang sesuai untuk menjual
semata-mata.
2.2 Medium Menambahkan Ilmu
Pengetahuan
Dengan rangkaiannya yang begitu
meluas dan pantas, Facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah
mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain
hal yang wajar. Jadi, kepada pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga
dan yang seumpama dengannya manfaatkanlah jaringan maya di internet dengan
sebaik mungkin. Pengguna Facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan
idea di samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat
boleh diwujudkan melalui Facebook ini melalui perbincangan, forum atau isi yang
menarik yang boleh dibicangkan bersama rakan-rakan.
Seperti dalam pengertian agama,
dakwah sendiri sering diertikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan
meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita fahami
sering melalui ceramah-ceramah agama, mahupun ceramah yang dilakukan juru agama
di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi komunikasi yang tak terbendung
lagi, maka aktiviti syiar pun berkembang mengikut perkembangan zaman. Saat ini,
melalui apa yang disebut jejaring media, Facebook adalah salah satunya
(Yanuardi Syukur 2009).
Melalui Facebook juga, kita boleh
mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar pandangan. Contohya
kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran bermain futsal. Jadi kita
boleh membuka satu kumpulan “pemain futsal ”. Dari kumpulan itu, kita akan
memperolehi pelbagai info yang menarik tentang bermain futsal yang baik. Ini
akan dapat menambahkan lagi pengetahuan tentang bermain futsal ini.
Penggunaan Facebook ini dapat
mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada mahasiswa
apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait
dengan akademik atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan
kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita
mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di Facebook. Mungkin
berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.Contohya
untuk mengetahui tentang sesuatu budaya atau cara hidup mereka. Sememangnya
kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti google namun
apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar
negara kita secara terus, sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat
mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih banyak perkara yang kita akan
ketahui.
2.3 Mewujudkan Hubungan Satu
Malaysia
Apa yang kita sedia maklum, telah
wujud Facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu Facebook.
Seperti jutaan manusia di seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai
rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang ramai, terutama sekali
pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara
generasi lama dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai
Facebook walaupun beliau jarang berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah
dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman itu, yang
menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat.
Datuk Seri Najib pernah
memberitahu dengan New Delhi Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai,
bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh dengannya tetapi bilangan itu
terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa
tertentu. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan
penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat
kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa
kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan
yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen Facebooknya,
satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. Facebook,
dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang
hebat di seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri
kini bertumpu kepada digital berkelajuan tinggi untuk menghubungkan rakyat
Malaysia pada amnya.
Pada umumnya rakyat Malaysia
adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik untuk
bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual
ekslusif. Najib mengakhiri temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu
menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama kepada generasi muda
dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysia
insider, 2010).
Kementerian Penerangan Komunikasi
Dan Kebudayaan Malaysia juga telah mewujudkan Facebook Group 1 Malaysia sebagai
tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan
facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi
satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK
selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan
utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi
dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama
berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan
Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun
Facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ
KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah kita
menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam Facebook 1 Malaysia.
2.4 Membina dan Berkongsi Nota
Selain daripada itu, Facebook
juga digunakan untuk membina dan berkongsi nota kuliah. Nota dalam Facebook
adalah sama konsepnya dengan blog. Ia boleh ditulis secara berkata seperti
jurnal atas talian(blog)yang lain. Kita boleh setkan aras privasi untuk
menentukan siapakah yang boleh membacanya.(Iskandar & Zaitun,2010).Malah,
jika kita seorang pelajar, kita juga boleh berkongsi nota dengan rakan-rakan
dalam rangkaian ini. Cara ini lebih menjimatkan masa dan kos.
Di Universiti Malaysia Sabah, juga
ada sesetengah pensyarahnya menggunakan kemudahan ini. Contohnya bagi subjek
Tamadun Islam dan Tamadun Dunia (TITAS),pensyarah akan mengepostkan nota
ringkas untuk lebih kefahaman pelajarnya. Malah, pensyarahnya juga sudi
berkongsi pengetahuan yang di miliki
dengan pelajarnya. Ini merupakan cara berkesan meningkatkan pengetahuan
para pelajar dan cara ini juga dapat menarik minat pelajar keatas subjek ini.
Hal ini kerana, boleh dikatakan para mahasiswa leboh suka membaca nota secara
online berbanding membuka buku.
Seterusnya, penggunaan Facebook
secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana
pembelajaran dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan
bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu- isu yang dibincangkan oleh
mahasiswa itu sendiri. Dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara
mahasiswa telah pun berlaku.
2. 5 Medium Menyebarkan Dakwah
Golongan belia sinonim dengan
tenaga dan minda kreatif serta inovasi. Kelebihan itu andai dipacu dengan penuh
hikmah ke jalan dakwah, pastinya menghasilkan impak hebat dan bermanfaat untuk
agama serta masyarakat.Usaha dakwah memerlukan momentum dan kepakaran tenaga
muda. Maka golongan muda yang sudah melalui proses tarbiah seharusnya diberikan
peluang berada dalam barisan mengembangkan syiar Islam. Untuk itu, golongan
belia tidak perlu berasa rendah diri dan hendaklah bijak mengaplikasikan
kemahiran dimiliki untuk menyumbang ke arah memperkasa usaha
dakwah.(Ruzain,2010)
Penemuan bidang baru seperti
teknologi maklumat, perniagaan, penyiaran dan penulisan seharusnya menjadi
medan dakwah yang terus disuburkan oleh golongan belia. Kewujudan Faceboook
member peliang untuk golongan muda untuk berdakwah walaupun hanya sekadar
kecil-kecikan. Antara contoh yang boleh di gunakan ialah memasukkan aplikasi
dan perisian jawi, bahasa Arab berbentuk permainan dan kuiz dalam talian boleh
direka cipta bagi menambah nilai pengajaran pendidikan Islam.
Selain itu, para remaja juga
boleh menjalankan perniagaan seperti penjualan buku dakwah melalui laman
Facebook. Cara ini juga merupakan langkah awal
bagi proses pengembangan ilmu yang boleh berkembang dengan pantas dan
meluas. Peluang dakwah dalam bidang kesenian turut terbuka luas untuk belia.
Kemudahan muat turun video kedalam profil yang berunsur kesenian Islam perlu
diperluas bagi menyaingi kebanjiran video-vidoe dari barat terutamanya yang
semakin meluas dan di gilai oleh para belia.
2.6 Memanfaatkan Sebaran bagi
Badan Bukan kerajaan Alam Sekitar
Kajian juga ada dibuat bagaimana
jaringan sosial Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan mesej alam sekitar
oleh Badan Bukan Kerajaan Alam Sekitar (ENGO) di Malaysia kepada masyarakat
umum. Dimana laman jaringan sosial Facebook ini mampu menjadi perantara bagi
ENGO dalam menyampaikan mesej alam sekitar terhadap masyarakat. Ini kerana,
dalam organisasi ENGO yang kebanyakannya memperjuangkan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, penggunaan medium laman jaringan
sosial Facebook adalah amat efisyen bagi membantu mereka menyampaikan mesej dan
maklumat alam sekitar kepada masyarakat. Penggunaan Facebook sebagai
perantaraan bakal menggundang pelbagai maklumat seperti aktiviti dan kempen
kesedaran yang dapat disalurkan kepada masyarakat dengan lebih mudah melalui
aplikasinya yang disediakan dalam laman berkenaan (Jauhariatul Akmal dan
Jamilah Ahmad t.th: 163).
Secara keseluruhannya pendekatan
yang digunakan oleh organisasi ENGO dalam mengumpul dan menyebarkan maklumat
adalah melalui dua kaedah iaitu pendekatan secara tradisional dan pendekatan
baru melalui penggunaan laman jaringan sosial Facebook. ENGO sememangnya telah
melakukan satu anjakan paradigma apabila memilih untuk menggunakan media baru
seperti laman jaringan sosial Facebook ini dalam organisasi mereka. Namun ia
masih perlu dipertingkatkan kerana ada sebahagian ENGO yang masih mempraktikkan
medium tradisional seperti mengedarkan bahan bercetak seperti majalah bulanan,
brosur, risalah dan sebagainya dari menggunakan Facebook. Keadaan ini
menunjukkan bahawa penggunaan laman jaringan sosial Facebook masih belum
digunakan secara menyeluruh oleh organisasi ENGO terbabit(Jauhariatul Akmal dan
Jamilah Ahmad t.th: 175).
ENGO mempunyai tanggungjawab
menjalankan peranan mereka dalam mendedahkan publik terhadap isu alam sekitar
dalam usaha menyampaikan maklumat sekali gus memupuk kesedaran dalam kalangan
pengguna. Walaupun usaha untuk memupuk kesedaran publik terhadap pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar bukanlah sesuatu yang senang, namun ENGO yang
sememangnya memperjuangkan isu alam sekitar ini perlu tampil dengan pelbagai
langkah baru, kreatif dan menarik dalam merangka perancangan yang rapi,
pelaksanaan aktiviti penuh teliti dan bijaksana untuk merealisasikan hasrat
murni menjadikan alam sekitar kekal terpelihara itu tercapai(Jauhariatul Akmal
dan Jamilah Ahmad t.th: 177).
Oleh itu, kesediaan kebanyakan
organisasi ENGO untuk meningkatkan tahap penggunaan Facebook pada masa akan
datang jelas menunjukkan ia bakal
memberikan maklumat bermanfaat kepada publik sekali gus memenuhi sebaran
maklumat dan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat. Namun, dapat dikatakan
bahawa dalam laman jaringan sosial Facebook, keupayaan organisasi menyalurkan
sebanyak mungkin maklumat bermanfaat berkaitan agenda organisasi di samping
misi dan visi organisasi adalah amat penting(Jauhariatul Akmal dan Jamilah
Ahmad t.th: 178).
KEBURUKAN FACEBOOK
Facebook memiliki banyak manfaat,
juga bahaya. Seperti pisau yang mempunyai banyak manfaat kalau dipakai oleh
penjual daging, namun boleh menjadi alat kejahatan jika dipakai orang yang
tidak bertanggungjawab.
Begitu diperkenalkan ke umum,
status laman sosial Facebook langsung
menjerat hati jutaan penggemarnya. Media sosial ini dicintai karena
memungkinkan seseorang berhubungan kembali dengan teman lama dari sekolah atau
perguruan tinggi tanpa harus bertemu muka.
Namun begitu, Facebook juga
mengandungi bahaya dan keburukannya yang tersendiri. Orang yang mempunyai niat
cenderung untuk memanfaatkan keburukan itu di media apa pun, tidak terkecuali
dalam Facebook. Orang yang sering merasa dirinya kesepian juga punya potensi
untuk tidak terkendali dal ber-Facebook. Dalam
kehidupan yang realiti, ada sahaja kes pengguna Facebook yang meninggalkan aktiviti wajibnya,
pekerjaan, kerana asyik bermain Facebook. Adapun bahaya dari Facebook antara
yang lain sebagai berikut :
3.1 Ketagihan.
Banyak dari Facebook( pengguna
Facebook ) yang lebih dari satu jam di depan komputer , laptop ataupun telefon
kerana asyik berbalas komen atau berbual, mereka menjadi lupa pada waktu.
Seorang ibu pernah berkata, “saya rasa susah hati jika tidak ganti status di
facebook.” Status-status yang ada di
facebook itu adalah sebagai untuk mengungkapkan apa yang kita rasakan. Oleh
itu, kerana ingin didengar oleh orang lain, maka statusnya harus selalu diperbaharuinya,
hati menjadi resah. Jika ini terjadi pada anda, bererti anda harus hati-hati :
anda sedang ketagihan Facebook.
3.2 Kelalaian
Kelalaian ini boleh pelbagai
disebabkan kerana menganggap bahawa account Facebook yang dibuatnya sebagai
miliknya, sehingga mahu bagaimanapun isinya, itu “ adalah hak saya “. Maka,
kerap juga ada seorang perempuan yang selalunya berjilbab, namun kemudian juga
menghantar fotonya tanpa jilbab. Alasannya, “ ini kan hak saya!” selain itu,
kita juga menemukan ada yang berkomen tentang rahsia, bahkan berbicara dengan
lucah yang mungkin tidak dilakukannya dalam kehidupan sehari-hari kerana
menganggap bahawa Facebook hanya dunia maya, orang menganggap dia boleh bagi
komen apa sahaja, lupa bahawa komennya juga akan dibaca oleh orang lain, yang
pastinya akan menunjukkan keaiban dirinya yang sebenar. Ketika mereka sibuk
dengan Facebook mereka lupa dengan akhirat.
3.3 Mengganggu Pekerjaan.
Akibat daripada ketagihan adalah
mengganggu pekerjaan. Pekerjaan terkumpul, namun kerana keasyikan ber-
Facebook, akhirnya seseorang itu terlupa tentang kerjanya. Ada kes seorang
kakitangan pejabat memohon cuti kerana sakit. Namun, kemudian ternyata dia
online di Facebook. Akhirnya, dia pun dianggap telah berbohong dan dipecat.
Maka di sini seseorang itu rugi dalam menggunakan masa dia. Dia tidak komitmen
pada kerja dan juga tidak mengendahkan nasihat orang yang menasihatinya.
3.4 Aplikasi Facebook
Membahayakan Privasi
Berhati-hatilah dalam memakai
aplikasi Facebook karena aksi ini memungkinkan pihak pengembang aplikasi untuk
melihat profile seseorang secara keseluruhan termasuk apa yang telah di hantar.
Ada kemungkinan mereka menyebarkan info spengguna Facebook tersebut kepada
pihak lain. Bukan hanya privasi pengguna Facebook sahaja, tetapi privasi teman
mereka juga \ akan menghadapi risiko besar( Yanuardi Syukur, 2011, 19-21 ).
3.5 Username Juga Membahayakan
Dan Juga Menyebarkan Lokasi boleh Mendatangkan Risiko.
Jika tidak ingin scammer
melacakmu via username, sebaiknya tidak perlu menggunakan nama asli. Jangan
member tahu tempat sesorang itu berada di Facebook karena ini boleh
mendatangkan risiko. Pencurian rumah atau pengintaian (cyberstalking) boleh
terjadi ketika kamu memberitahukan lokasi di mana kamu berada.
Ramai orang mengaku ketagih
Facebook. Terbukti facebook dapat mengundang 10 bahaya jika tidak berhati-hati.
Sebelu kita huraikan bahaya tersebut ternyata Facebook juga banyak manfaatnya
jika bijak menggunakannya.
Antara lain manfaat positif telah
diakui banyak pengguna Facebook telah berhasil menemui kembali rakan lama yang
terputus hubungan sehingga berpuluh tahun. Kini menjadi medium iklan yang hebat
dan berkesan baik itu iklan bisnis mahupun iklan sebagai alat kampanye politik.
Ada juga yang manfaatkan sebagai media dakwah Islamiah seperti di Malaysia
tercatat antara lain paling populer Ustaz Kazim Ilyas al hafiz dan Ustaz Azhar
Idrus ( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
Kita melihat keberkesanan media
Facebook telah berhasil menghimpunkan jutaan penunjuk perasaan di kota
metropolitan Kairo yang mendesak turunnya diktator Hosni Mubarak. Namun sebelum
itu presiden Amerika Serikat Barrack Obama merupakan presiden yang pertama
mencapai kejayaan menggunakan Facebook sebagai medium urusannya( Hamzah
Hamdani; 1982; 53 ).
Seperti yang sebelum ini juga
Obama juga mengatakan Facebook ada bahayanya dan juga beliau memgingatkan
remaja-remaja Amerika supaya berwaspada bila ber-Facebook. Kata beliau “ saya
peringatkan kepada semua orang untuk hati-hati untuk menuliskan sesuatu di
Facebook, kerana di zaman YouTube, apapun yang kalian tulis, akan kembali lagi
kepada kalian,” ujar Obama.
“Kerana kamu masih muda, kamu
membuat kesalahan dan melakukan beberapa hal bodoh. Saya sering mendengar anak
muda kalian tahu, mereka memposting sesuatu di Facebook, dan tiba-tiba mereka
melamar sebuah pekerjaan dan seseorang telah mencarinya.”
Beberapa kali Obama mengacu kata
“kesalahan” ketika dia masih sekolah. Sebuah survey di bulan Jun yang dilakukan
oleh careerbuilder.com menunjukan 45% karyawan menggunakan Facebook yang saat
ini mempunyai 250 juta pengguna di seluruh dunia. untuk mencari pekerjaan pun,
kebanyakan melalui Facebook( Hamzah Hamdani; 1982; 53 ).
3.6 Memaparkan Lokasi yang boleh
Mengundang Bahaya.
Jangan mempamerkan keberadaan kita di Facebook
kerana ini sangat berisiko. Pencurian rumah atau pengintaian (cyberstalking)
boleh terjadi saat kita memberitahukan lokasi kita.
Apabila mereka tahu di mana
lokasi kita ia lebih memudahkan mereka untuk merancang sesuatu agar kita tidak
mengetahuinya sebaliknya kita akan membuat prasangka kepada orang sekeliling
kita. Tanpa kita sedar bahaya yang datang itu atas kecuaan diri sendiri yang
terlalu leka dengan Facebook dan juga suka mempamerkan segala-galanya di
dalamnya.Oleh itu,kita perlu berhati-hati dengan status dan juga perkara
peribadi kita dalam laman sesawang jaringan sosial ini.
3.7 Gejala Sosial di Kalangan
Remaja.
Menurut maklumat di dalam Sinar
Harian, 27 September 2012, Kepada para orang tua, anda harus mengawal anak anda
dengan siapa dia ber-chatting dalam Facebook. Cukup banyak dilaporkan gejala
sosial para remaja bermula daripada kenalan siber lalu bercinta di alam maya
kemudian mengatur pertemuan di alam nyata, akhirnya terjerumus dengan pergaulan
bebas.
Sebagai yang kita tahu, kejadian
rogol, culik dan hilang mejoriti nya berkaitan dengan kenalan yang tidak kenal
asal usulnya dan juga latar belakangnya. Selalu yang banyak menjadi mangsa
kepada kejadian seperti ini ialah remaja perempuan bawah umur, pelajar IPT, dan
juga golongan janda yang kaya. Pada kebiasaannya wanita yang menjadi mangsa
kepada Facebook ini. Silap terima kawan maruah diri akan tergadai.
Banyak yang dilaporkan dari media
massa mengenai kes-kes tentang gejala sosial ini. Antara sumber dari sinar harian yang mana membincang
masalah ini, menurut kandungan di dalam nya ialah Kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi seperti telefon pintar, tablet, komputer riba, notebook yang
semakin hari semakin canggih dan akses yang semakin mudah membolehkan sesiapa
pun, yang mana anak kecil setahun jagung memperoleh pendedahan dan
menguasainya, walaupun sekadar bermain permainan dunia maya. Banyak berlaku
kerosakan di muka bumi ini
Dalam apa jua perkara, pasti ada pro dan
kontra, baik dan buruk, kekuatan dan kelemahannya. Apatah lagi dalam usia muda,
sikap ingin tahu dan mencuba dalam kalangan remaja amat tinggi. Sebuah akhbar
tempatan baru-baru ini melaporkan peningkatan mendadak kehamilan anak luar
nikah di kalangan remaja perempuan pada tahun lepas, sekaligus menimbulkan
kebimbangan di kalangan masyarakat umum. Akhbar itu memetik statistik
Kementerian Kesihatan bahawa 18,652 remaja perempuan mengandung tahun lepas dan
daripada jumlah itu, 4,222 belum berkahwin berbanding pada 2010 iaitu seramai
5,962 remaja perempuan hamil dan 1,521 daripadanya tidak berkahwin. Kebanyakan
remaja perempuan terbabit berusia dalam lingkungan 10 hingga 19 tahun
3.8 Facebook Faktor Keretakan Dan
Keruntuhan Rumah Tangga.
Kenyataan ini sudah banyak
menjadi kes dalam mahkamah syariah yang mana suami isteri bercerai gara-gara
Facebook, ada juga yang melafazkan cerai kepada pasangannya melalui Facebook.
Seterusnya ada juga kes memukul pasangannya semuanya kerana Facebook.
Kes mengenai perkara selalu
menjadi isu hangat di muka depan majalah-majalah. Ada satu kisah yang mana
isteri yang buat hal. Suami dia seorang yang penyayang bagi kemudahan kepada
isterinya tetapi isteri di ruamg leka dengan Facebook lalu berkenalan dengan
seorang lelaki yang mana lelaki itu juga memiliki keluarga. Pada mula nya hanya
berkawan lama-kelamaan hubungan rapat tanpa pengetahuan pasangan masing-masing
mereka mengadakan hubungan sulit. Sehingga suatu hari itu suami wanita itu
terjumpa gambar dan surat cinta dari
lelaki kenalan Facebook tadi. Perempuan itu merasa bersalah sangat kepada
suaminya, walaupun suaminya memaafkannya tetapi hubungan ,mereka sekarang tidak
seperti dulu.
PENUTUP
Kemunculan Facebook sebagai alat
komunikasi masa kini telah menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat dalam
memantapkan ilmu dan meningkatkan pengetahuan kepada masyarakat. Di dalam
perkembangan dan kepesatan serta taburan maklumat daripada Facebook menyebabkan
berjuta-juta pengguna Facebook memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat
sehinggakan kepesatan dunia siber ini sukar untuk dikawal.
Pelbagai maklumat sama ada
benar-benar sahih atau palsu, perkongsian idea, ideologi, dan propaganda telah
tersebar dan boleh dapat dengan mudah. Dalam sedar tidak sedar telah
menyebabkan berlaku banyak maklumat yang berunsur fitnah dan penipuan. Justeru,
haruslah diingat bahawa, jika sebaran itu adalah baik, maka ia bermanfaat untuk
semua, sebaliknya, sekiranya sebaran maklumat itu salah, maka tersebarlah ia
menjadi fitnah dan penipuan dalam maklumat. Justeru, perlulah ada saringan
maklumat yang dilakukan oleh pengguna Facebook sebelum mempercayainya dan
menyebarkan kepada umum. Dengan itu, sebaran maklumat yang salah dapat disekat
dan dijelaskan akan kesalahan atau penipuan maklumat tersebut baik kepada
maklumat individu, masyarakat atau sesebuah negara.
Tambahan lagi, Perkembangan laman
jaringan sosial menghasilkan fenomena sosial baru yang mempengaruhi banyak
bidang kehidupan individu. Kini Facebook telah mewujudkan fenomena yang
tersendiri di seluruh pelusuk dunia. Berlakunya interaksi melalui perhubungan
dengan keluarga, teman atau kerabat dari serata pelosok dunia dapat dilakukan
dengan mudah dan pantas hanya melalui mesej bertulis dan komunikasi suara.
Secara tidak langsung, laman
jaringan sosial ini juga, memudahkan urusan dan kerja berkumpulan yang boleh
dilakukan di mana sahaja. Jenis interaksi ini secara tidak langsung dan
langsung dibina menerusi komuniti siber. Malah penggunaan Facebook bukan lagi
hanya untuk berinteraksi secara peribadi, tetapi telah berkembang sebagai
medium perantara dalam menyampaikan maklumat, menjalankan perniagaan,
pendidikan mahupun perkongsian gambar dan video.
Namun begitu, tidak dapat
dinafikan bahawa terdapat juga penjenayah siber yang cuba untuk mendapatkan
maklumat dengan menceroboh Facebook individu terbabit. Namun, ini dapat diatasi
dengan tidak mendedahkan perkara - perkara penting dan menjaga diri serta
waspada daripada kenalan-kenalan yang tidak dikenali , sedikit sebanyak boleh
membantu mengelakkan diri daripada terjerumus menjadi mangsa jenayah siber.
Sebenarnya banyak kebaikan yang
boleh diperolehi melalui Facebook. Ini kerana , ramai pengguna laman sosial
memilih Facebook sebagai tempat mencari maklumat dan kenalan. Sememangnya
keburukan Facebook tidak akan berlaku sekiranya pengguna Facebook itu sendiri
pandai dan bijak dalam membahagikan masa dan waktu daripada ketagih dengan
Facebook kerana sebuk dengan kenalan baru atau lama atau bermain aplikasi di
Facebook.
Tambahan lagi, kemampuan akal
yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk berfikir dalam memilih sama
ada baik atau buruk dalam menggunakan Facebook ini telah menjelaskan dan
membuktikan lagi bahawa , sebenarnya manusia mampu untuk memilih jalan
kebenaran dan menolak kebatilan.
Comments
Post a Comment