Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)
1.
ABSTRAK
Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat
Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian
ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk
mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India.
Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam
dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian
ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka.
Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan
dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25
orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis
perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam perkahwinan masih
diamalkan di sini kerana masih terdapat golongan masyarakat yang mengamalkan
adat resam dari turun-temurun.
2.
KANDUNGAN
Bilangan
|
Butiran
|
Muka Surat
|
1
|
Penulisan : Abstrak
|
1
|
2
|
Kandungan
|
2
|
3
|
Penghargaan
|
3
|
4
|
Pengenalan
|
4 - 10
|
5
|
Objektif Kajian
|
11
|
6
|
Lokasi Kajian
|
12 - 15
|
7
|
Metodologi Kajian
|
16 - 17
|
8
|
Dapatan Kajian
|
18 - 29
|
9
|
Rumusan / Kesimpulan
|
30 - 32
|
10
|
Rujukan
|
33 - 34
|
11
|
Lampiran
|
35 - 38
|
3.
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran
saya ucapkan kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, dapat juga saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal 2 tahun 2015 yang
bertajuk, “Adat Resam dalam majlis perkahwinan masyarakat kaum India di Taman Kelubi
Damai, Jasin, Melaka” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu
Encik Sabaruddin Bin Ismail yang merupakan guru Pengajian Am di sekolah.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Abdul Bari
Bin Ahmad yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara,
kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan teratur.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya iaitu Encik
Sabaruddin Bin Ismail kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan tunjuk
ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini, selain memberikan
semangat kepada saya untuk menjalankan
tugasan ini dengan sebaik-baiknya.
Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik XXX A/L XXX serta Puan XXX A/P XXX yang telah banyak berkorban untuk saya
dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja
kursus ini supaya berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, di sini saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya serta pihak-pihak yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.
Semasa saya menjalankan kerja kursus
Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak kesukaran dan cabaran dalam
menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus
ke hadapan Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
4.
PENGENALAN
Definisi “adat” menurut Kamus Dewan, adat
bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun di dalam
masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat
juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Etimologi
perkataan adat adalah dari bahasa Arab “Adah” yang bererti kebiasaan atau
sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu menjadi kebiasaan
yang tetap dan dihormati orang,maka kebiasaan itu menjadi adat. Kata majmuk
adat ialah adat istiadat. Apabila konsep adat dijadikan istilah Melayu
perkataan ini boleh disamakan dengan kebudayaan. Konsep adat dalam kalangan
masyarakat India bukan sahaja bermaksud upacara atau istiadat tetapi juga
bermaksud seluruh sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan
perundangan. Adat juga dikenali sebagai aneka kelaziman dalam
sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu.
Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan
kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan,
kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah.
Adat istiadat dalam masyarakat India
tradisional ialah segala yang berkaitan dengan proses kehidupan manusia bermula
apabila seseorang itu lahir hingga beliau meninggal dunia. Menurut Dr.Van Dijkmengatakan
adat merupakan kesusilaan dan kebiasaan di semua lapangan hidup dan semua
peraturan dan tingkah laku. Menurut A.J.N Richard pula menakrifkan adat sebagai
“colloquially”. Adat boleh didefinisikan sebagai undang-undang, fesyen ,
peribadi dan tingkah laku sosial.
Rasional kajian mengkaji adat resam
masyarakat India dalam majlis perkahwinan di Taman Kelubi Damai ini dilakukan
kerana, pengkaji ingin memperkenalkan semula jenis-jenis adat resam India yang
semakin dilupakan oleh generasi muda. Selain itu, pengkaji juga mahu mengenal pasti adakah masyarakat di Taman
Kelubi Damai masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinanan.
1.
MERISIK
Adat merisik merupakan peringkat pertama
dalam melangsungkan sebuah majlis perkahwinan
masyarakat India. Dalam peringkat merisik, beberapa aspek akan diberi perhatian
oleh keluarga kedua-dua belah bakal pengantin seperti faktor etnik, sub etnik,
kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan
status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,
etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil
kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak
yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan
saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil “tirumana taragar” akan
membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil
alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
2.
KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Adat ini dilakukan selepas adat merisik
dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan
untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini
dikenali sebagai “pen paarttal” atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai
melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah
ganjil walaupun bilangan tersebut ramai. Buah tangan seperti kelapa, sirih,
pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa.
Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik
dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak bakal pengantin perempuan
akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya
melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak akan mengambil barang-barang
tersebut.
Bakal pengantin perempuan akan memakai
sari dan dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal
pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan lebih dekat
lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang
bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil
perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat
India, adat “pen paarttal” juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin lelaki. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai “Thirumanam
Poruttam Paartal” dijalankan terlebih dahulu. Dalam ajaran Hindu tidak terdapat
konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan
kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara
tilikan dimanak Hindu.
Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu ‘Tina
poruttam/Natcattira
poruttam’, ‘Kana poruttam’, ‘Mahentira poruttam’, ‘Pentiikka poruttam’, ‘Yooni
poruttam’, ‘Raasi poruttam’, ‘Raasiyaati paati poruttam’, ‘Vaiya poruttam’, ‘Racau
poruttam’ dan ‘Veetai poruttam’.
3.
IKAT JANJI
Ikat janji atau ‘niccayam’ dilakukan
selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke
rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa
barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan buah-buahan, cendana dan
kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Sebaik sahaja sampai ke rumah
bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai
perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya
kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji. Bakal
pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan
tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal.
Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang
belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya. Kemudian
upacara “niccayam” akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan
bertukar-tukar kalungan bunga.
4.
PARISAM
Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu “parisam
biasa” atau “udan parisam”. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum
perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis
pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan
menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu
disediakan oleh wanita yang sudah
bersuami sahaja dan mereka dipanggil ‘cumanggali’. Parisam akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian
tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional
seperti ‘naatasawaram dan meelam’ dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan
buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu.
Lampu minyak yang dipanggil sebagai ‘kuttu vilakku’ diletakkan bersebelahan ‘puurana
kumbum’ sebagai tanda menunjukkan kurniaan tuhan.
Bagi
memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian
bapa pengantin perempuan akan membawaparisam yang mengandungi sari dan diberi
kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak
lelaki dan jemputan lain boleh melihat ‘puurana kumbum’ dengan lebih dekat
lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam dan
dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa
orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin
perempuan. Ini dikenali sebagai ‘orrai-maalai’ atau kalungan tunggal. Pengiring
akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin. Tiga upacara
penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat janji
(niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering dilakukan
oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi
melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.
5.
SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN
Sebelum majlis perkahwinan berlangsung,
terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu,
antaranya :
A.
Kad Jemputan
Kad
jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad
jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan,
bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang
telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Beberapa
keping kad jemputan dalam
bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang
(arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa,
pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai ‘paanam
paaku’. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi
kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih
pinang akan diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.
B.
Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)
Thaali
atau “tirumaangalyam” merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada
leher pengantin perempuan. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang
disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat
India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini
disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan
thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak
lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran
untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui hari
yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan
diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak
pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh
pembuat thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan
sebagai “thaalippadaiyal”. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis
disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya
thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh
dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.
6.
MUKUURTTA KAAL
Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari
perkahwinan dilangsungkan. Adat “mukuurtta kaal” ini diadakan pada hari yang
baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut
sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan ‘mukuurtta
kaal’. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai
lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah
sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan
lazim seperti sirih pinang, kumkum, kunyit dan sebagainya akan disediakan.
Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat
dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang
kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair
dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian
hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah.
Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan
ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang
dilakukan oleh pengantin beserta limaorang perempuan tersebut. Sebanyak
sembilan jenis bijirin ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan.
Pada masa yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai
lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta
kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki. “Thirumanam” bermaksud penyatuan atau
ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga
ke akhir hayat.
Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam
masyarakat India iaitu ‘Vaitikat Thairumanam’, ‘Tamil Thairumanam’ dan ‘Diya
Thairumanam’ yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek
suku kaum. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)
dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan
air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan
perkahwinan. Upacara “Kanggenam” iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan
disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.
Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari majlis perkahwinan.
7. MAJLIS PERKAHWINAN
Upacara perkahwinan dilakukan oleh pedanda
dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hingga akhir hayat. Pedanda
akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang
disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada
pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu
bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci
pada dahi
pengantin. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu
ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu
bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga
kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas.
Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri. Beberapa
faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan
untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk
melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali,valatu kal, pemberian manisan,
hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan
perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.
8.
SELEPAS MAJLIS PERKAHWINAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan
oleh masyarakat India selepas berlangsungnya sesuatu majlis perkahwinan. Antara
adat tersebut ialah pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin
lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami
isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati
kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan. Pada hari ketiga selepas
perkahwinan, khemah yang dipasang untuk majlis perkahwinan lazimnya akan
dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda
menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi
dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada
mereka yang merobohkan khemah perkahwinan. Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan
diadakan selepas upacara perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan
dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya
jamuan diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan,
kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu. Jamuan tersebut
akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat handai.
5.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini
adalah untuk :
1.
Mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India
di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
2.
Mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan
masyarakat India di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
6.
LOKASI KAJIAN
Dalam
membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting. Kawasan
kajian ini adalah berfokus di Taman Kelubi Damai yang mengamalkan adat resam
perkahwinan dalam kalangan masyarakat India. Kawasan ini terletak kira-kira
diantara 3 km dari Bandar Jasin dan 25 km atau 35 minit daripada Bandaraya Melaka. Infrastrukur yang baik
membolehkan kenderaan darat seperti motosikal, kereta, van dan lori boleh
memasuki kawasan perumahan taman ini.
PETA
1
Peta
1 : Peta Negeri Melaka (Sumber : Laman Peta Google)
PETA
2
Peta
2 : Peta Daerah Jasin (Sumber : Laman Peta Google)
PETA
3
Peta
3 : Peta Kawasan Taman Kelubi Damai (Sumber : Laman Peta Google)
Gambar
Kawasan Perumahan Taman Kelubi Damai
7.
METEDOLOGI KAJIAN
Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan data dan cara analisis data.
7.1.1
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian
tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan
kepada satu sampel individu yang dipilih daripada populasi penduduk yang hendak
dikaji. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah perlaksanaan adat
perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai.
7.1.2
Sampel Kajian
Pemilihan sampel untuk kajian ini
dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 25 orang penduduk di kawasan
perumahan Taman Kelubi Damai. Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian
kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi
yang ingin dikaji.
7.2.1
Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan semasa
menjalankan kajian ini ialah borang soal selidik.
7.2.2
Pemerhatian
Pengkaji menyediakan borang pemerhatian
untuk memerhati dan menganalisis bilangan penduduk Taman Kelubi Damai mengikut
jantina dan kelas umur.
7.2.3
Soal Selidik
Pengkaji menggunakan instrumen soal
selidik yang dibina menggunakan (keep it short and simple) iaitu mengemukakan
soalan yang ringkas dan mudah difahami oleh responden. Borang soal selidik ini
mengandungi 2 bahagian iaitu mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis
perkahwinan masyarakat India dan mengenalpasti
kepentingan mengekalkan adat
resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Soalan borang soal selidik
merupakan soalan tertutup dan menggunakan skala biasa berserta skala linkert.
7.2.4
Temu Bual Secara Tidak Formal
Pengkaji menyediakan 23 soalan yang
berkaitan dengan jenis-jenis adat resam dan kepentingan mengekalkan adat resam
dalam majlis perkahwinan masyarakat India yang dilaksanakan oleh masyarakat India
untuk mendapatkan maklumat daripada responden.
7.3
Cara Pengumpulan Data
Data dan maklumat untuk kajian ini
dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi, soal selidik dan temu
bual secara tidak langsung. Pengkaji mempersembahkan data dalam bentuk jadual
statistik, graf dan carta pai.
8.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian
ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden terhadap soal selidik yang telah dijalankan
berkaitan tentang jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat
India dan kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan
masyarakat India di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
8.1
Demografi Responden
Jadual
1 berikut menunjukkan peratus bilangan
responden yang disoal selidik mengikut umur.
Jadual
1: Demografi Responden Mengikut Umur.
Umur
|
Bilangan ( responden)
|
Peratus (%)
|
||||||||||||
20 - 30
|
6
|
24%
|
||||||||||||
31 - 40
|
4
|
16%
|
||||||||||||
41 - 50
|
7
|
28%
|
||||||||||||
51 - 60
|
8
|
32%
|
||||||||||||
Peratus
kajian tentang adat perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan Umur.
Responden
yang berumur antara 20 hingga 30 tahun adalah seramai 6 orang bersamaan 24%.
Bagi responden yang berumur 31 hingga 40 tahun pula adalah seramai 4 orang
bersamaan 16%. Responden yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 7 orang
bersamaan 28%. Akhir sekali, responden yang berumur 51 hingga 61 tahun adalah
seramai 8 orang bersamaan 32%.
Jadual
2 berikut menunjukkan peratus bilangan responden berdasarkan tempoh mereka
menetap di Taman Kelubi Damai.
Jadual
2 : Demografi Peratus Bilangan Responden Berdasarkan Tempoh Mereka Menetap Di
Taman Kelubi Damai.
|
Peratus
kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan tempoh
responden menetap.
Bilangan
responden yang menetap kurang dari satu 1 tahun di Taman Kelubi Damai iaitu
kawasan kajian ialah seramai seorang bersamaan 4%. Bilangan responden yang
menetap di kawasan kajian antara 1 hingga 5 tahun ialah seramai 14 orang
bersamaan 56%. Akhir sekali, bilangan responden yang menetap di kawasan kajian
selama 6 hingga 10 tahun adalah seramai 10 orang bersamaan 40%.
Jadul
3 berikut menunjukkan peratus bilangan responden yang disoal selidik mengikut
pekerjaan mereka.
Jadual
3 : Demografi Peratus Bilangan Responden Berdasarkan Pekerjaan.
Pekerjaan
|
Bilangan ( responden)
|
Peratus (%)
|
Ya ( bekerja)
|
15
|
60%
|
Tidak ( suri rumah)
|
10
|
40%
|
Peratus
kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan tahap
pekerjaan responden.
Bilangan
responden yang mempunyai pekerjaan adalah seramai 15 orang bersamaan 60%. Juga,
bilangan responden yang tidak memilki pekerjaan atau suri rumah adalah seramai
10 orang
bersamaan 40%. Responden yang dipilih untuk menjalankan kajian ini mempunyai
pekerjaan yang berbagai jenis. Antaranya ialah, kakitangan kerajaan dan pekerja
swasta.
Jadual
4 berikut menunjukkan bilangan peratus jumlah ahli dalam keluarga responden.
Jadual
1: Demografi Peratus Bilangan Jumlah Ahli Dalam Keluarga Responden
Jumlah Ahli Dalam Keluarga
Responden
|
Bilangan ( responden)
|
Peratus (%)
|
1 - 5
|
14
|
56%
|
6 - 10
|
11
|
44%
|
Peratus
kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai berdasarkan jumlah ahli
dalam keluarga responden.
Bilangan
responden yang mempunyai ahli keluarga antara 1 hingga 5 adalah seramai 14
orang bersamaan 56%. Seterusnya, bilangan responden yang mempunyai ahli
keluarga antara 6 hingga 10 adalah seramai 11 orang bersamaan 44%. Responden
yang dipilih secara rawak untuk menjalankan kajian ini mempunyai jumlah ahli
keluarga masing-masing yang berbeza.
Jadual
5 berikut menunjukkan status perkahwinan responden.
Jadual
5 : Demografi Peratus Bilangan Responden Mengikut Status Perkahwinan.
Status Perkahwinan
|
Bilangan ( responden)
|
Peratus (%)
|
Sudah Berkahwin
|
25
|
100
|
Belum Berkahwin
|
-
|
0
|
Peratus
kajian tentang adat Perkahwinan di Taman Kelubi Damai
berdasarkan status
perkahwinan
responden.
Bilangan
responden yang sudah berkahwin adalah 25 orang bersamaan 100%. Kesemua
responden kajian ini sudah berumahtangga. Pengkaji memilih mereka yang sudah
berumahtangga kerana boleh memperoleh maklumat kajian dengan lebih terperinci
mengenai adat perkahwinan serta dapat membuat kaedah temubual tidak formal
dengan mereka.
Jadual
6 : Jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman
Kelubi Damai, Jasin, Melaka.
Jenis
– jenis adat resam dalam majlis
perkahwinan India
|
Ya / Bersetuju
|
Tidak / Tidak Bersetuju
|
||
Bilangan Responden
|
Peratus
|
Bilangan Responden
|
Peratus
|
|
1.Bakal
pengantin lelaki membawa hantaran seperti sirih dan pinang semasa mengunjungi
rumah bakal pengantin perempuan.
|
25
|
100
|
0
|
0
|
2.Wakil
pengantin lelaki membawa hantaran dalam jumlah bilangan yang ganjil semasa
menghadiri upacara ikat janji atau ‘niccayam’.
|
25
|
100
|
0
|
0
|
3.Bertukar-tukar
kalungan malai di antara kedua-kedua bakal pengantin dalam upacara
‘niccayam’.
|
20
|
80
|
5
|
20
|
4.
Memainkan
alat muzik tradisional seperti ‘nataswaram’ dan ‘melam’ dalam upacara
‘parisam’.
|
5
|
20
|
20
|
80
|
5.
Pihak
pengantin lelaki memberi kumkum,sirih dan pinang kepada pembuat ‘thaali’.
|
25
|
100
|
0
|
0
|
Jadual di atas menunjukkan jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India yang masih diamalkan oleh penduduk di Tamank Kelubi Damai. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji mendapati penglibatan masyarakat dalam majlis perkahwinan mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara saudara-mara mereka justeru dapat menjayakan sebuah majlis perkahwinan.
Seterusnya, berdasarkan penilaian yang
dibuat melalui soal selidik, didapati bahawa penduduk Taman Kelubi Damai masih
mengamalkan segala jenis adat resam dalam melangsungkan sebuah majlis
perkahwinan. Sebagai contoh, kesemua 25 responden bersetuju bahawa bakal
pengantin lelaki perlu membawa hantaran seperti sirih, pinang, dan buah-buahan
semasa mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan buat pertama kali. Adat
resam ini diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi kerana adat ini dianggap
dapat melahirkan hubungan baik antara kedua-dua belah bakal pengantin.
Pernyataan ini mendapat tanda setuju kesemua responden dengan kadar peratus 100.
Selain itu, berdasarkan penilaian yang
dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji di Taman Kelubi Damai, didapati
bahawa kesemua responden menyetujui dengan pernyataan wakil pengantin lelaki
perlu membawa hantaran dalam jumlah bilangan yang ganjil semasa menghadiri
upacara ikat janji atau dikenali sebagai “niccayam”. Pernyataan ini mendapat
tanda setuju kesemua responden dengan kadar peratus 100. Adat resam ini membawa
maksud bahawa kesemua rancangan dan majlis perkahwinan akan berjalan lancar
jika ianya diamalkan.
Di samping itu, berdasarkan penilaian
yang dibuat melalui soal selidik di Taman Kelubi Damai, didapati bahawa seramai
20 responden bersamaan 80 peratus dari penduduk kawasan kajian bersetuju dengan
pernyataan bertukar-tukar kalungan ‘malai’ di antara kedua-dua bakal pengantin
itu penting dalam upacara “niccayam”. Manakala, seramai 5 responden bersamaan
20 peratus tidak bersetuju dengan pernyataan ini kerana mereka berasa bahawa
pertukaran kalungan ‘malai’ dapat dilakukan dalam majlis perkahwinan.
Pertukarang kalungan ‘malai’ membawa maksud kedua-dua bakal pengantin sudah bersetuju
untuk menjadi pasangan masing-masing.
Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat
melalui soal selidik di kawasan kajian, didapati
bahawa seramai 17 orang responden bersamaan 68 peratus tidak bersetuju dangan pernyataan
memainkan alat muzik tradisional seperti ‘nataswaram’ dan ‘melam’ dalam upacara
“parisam” sebagai satu aktiviti yang
wajib untuk dilakukan. Manakala hanya 8 orang responden bersamaan 32 peratus
bersetuju dengan pernyataan ini. Adat resam memainkan alat muzik semasa upacara
“parisam” tidak begitu diberi keutamaan kerana
ianya banyak melibatkan perbelanjaan. Jadi, hanya masyarakat yang
terdiri daripada golongan sederhana kaya dan senang sahaja akan melakukannya
dalam majlis perkahwinan keluarga mereka. Ramai responden berpendapat bahawa
masyarakat India dapat mengurangkan perbelanjaan sekiranya mereka tidak
memainkan alat muzik semasa mengadakan upacara “parisam”.
Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat
melalui dapatan soal selidik di Taman Kelubi Damai, didapati bahawa kesemua 25
orang responden bersetuju dengan pernyataan pihak pengantin lelaki boleh
memberi kumkum, sirih, dan pinang kepada pembuat ‘thaali’. Pernyataan ini
mendapat tanda setuju daripada kesemua responden dengan kadar peratus 100. Adat
resam ini diamalkan sejak dulu lagi dalam kalangan nenek moyang masyarakat
India kerana perlakuan ini dianggap sebagai tanda hormat dan berterima kasih
kepada pembuat ‘thaali’ kerana beliau telah melakukan satu kerja yang mulia
dengan membantu menyatukan dua insan dalam alam perkahwinan.
Secara keseluruhanya, pengkaji mendapati
semua adat dalam majlis perkahwinan masih diamalkan oleh masyarakat di Taman
Kelubi Damai dan objektif pengkaji tercapai untuk memperkenalkan semula adat
perkahwinan. Pegangan masyarakat India terhadap adat resam dalam majlis
perkahwinan masih utuh lagi bagi mewarisi adat yang dilakukan sejak turun
temurun.
Jadual 7 : Kepentingan
mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India.
Kepentingan
mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India
|
Tidak Penting
|
Penting
|
Sangat Penting
|
|||
Bilangan
(responden)
|
Peratus
(%)
|
Bilangan
(responden)
|
Peratus
(%)
|
Bilangan
(responden)
|
Peratus
(%)
|
|
1.Bakal
pengantin lelaki mengunjungi rumah bakal pengantin perempuan sebelum
perkahwinan.
|
2
|
8
|
12
|
48
|
11
|
44
|
2.’Pen
paarthal’ bertujuan untuk mengetahui latar belakang pakal pengantin perempuan
dan bakal pengantin lelaki.
|
3
|
12
|
-
|
-
|
22
|
88
|
3.Menyapu
serbuk kunyit atau ‘manjal’ pada kad jemputan perkahwinan.
|
-
|
-
|
12
|
48
|
13
|
52
|
4.Penilikan
keserasian atau ‘thirumanam poruttam paarthal’ penting untuk dilakukan
sebelum perkahwinan.
|
2
|
8
|
6
|
24
|
17
|
68
|
5.Masa
baik ditilik sebelum mengadakan majlis perkahwinan.
|
-
|
-
|
-
|
-
|
25
|
100
|
Jadual
di atas menunjukkan kepentingan amalan adat resam dalam majlis perkahwinan
masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan
oleh pengkaji, didapati bahawa kesemua adat resam mempunyai keistimewaan dan
kepentingannya masing-masing. Daripada temu bual secara tidak formal dengan
beberapa penduduk dan responden kajian, didapati bahawa mereka amat gembira dan
senang hati semasa menganjurkan dan mengadakan upacara-upacara keagamaan perkahwinan.
Seterusnya, berdasarkan penilaian yang dibuat
melalui soal selidik oleh pengkaji, mendapati bahawa seramai 23 bersamaan 92 peratus
bersetuju dengan pernyataan pengantin lelaki perlu mengunjungi rumah pengantin
perempuan sebelum majlis perkahwinan walau sekalipun. Daripada temu bual secara
tidak formal dengan penduduk di Taman Kelubi Damai, didapati bahawa kebanyakkan
berpendapat bahawa pasangan bakal pengantin perlu mengenali satu sama lain agar
mereka dapat memahami satu sama lain dengan lebih baik dan ianya akan
merapatkan lagi perhubungan mereka kelak. Namun, sebilangan responden tidak
begitu bersetuju dengan pernyataan ini disebabkan mereka berpendapat pasangan
bakal pengantin boleh mengenali antara satu sama lain selepas perkahwinan
dilangsungkan.
Berdasarkan penilaian yang dibuat melalui
soal selidik, pengkaji mendapati bahawa adat resam “pen paarthal” atau dikenali
sebagai berjumpa bakal pengantin adalah bertujuan untuk mengenali latar
belakang bakal pengantin perempuan. Seramai 22 orang responden bersamaan 88
peratus bersetuju dengan pernyataan ini manakala seramai 3 orang responden
bersamaan 12 peratus tidak begitu
bersetuju dengan pernyataan ini. Daripada temu bual secara tidak rasmi dengan sekumpulan
penduduk kawasan kajian, pengkaji mendapati bahawa ramai yang berpendapat
upacara ‘pen paarthal’ membantu rombongan pengantin lelaki untuk lebih
mengenali keluarga serta latar belakang seseorang bakal pengantin itu. Jadi,
upacara ini masih diamalkan hingga hari ini oleh penduduk Taman Kelubi Damai
demi mencari bakal pengantin perempuan yang soleha.
Selain itu, berdasarkan penilaian yang dibuat
melalui soal selidik pengkaji mendapati bahawa adat resam menyapu serbuk kunyit
atau “manjal” pada permukaan kad jemputan perkahwinan itu penting untuk
dilakukan dalam majlis perkahwinan masyarakat India.
Seramai
25 orang responden iaitu bersamaan 100 peratus bersetuju bahawa amalan ini dilakukan
kerana ianya tanda perasaan bahagia dan keamanan serta keindahan. Jadi, penyapuan
serbuk kunyit pada permukaan kad perkahwinan menunjukkan sesebuah majlis
perkahwinan itu akan berjalan lancar dan pasangan pengantin akan sentiasa
bersama hingga akhir hayat.
Di samping itu, berdasarkan penilaian
yang dibuat melalui soal selidik oleh pengkaji, didapati bahawa upacara
penilikan keserasian kedua-dua bakal pengantin atau dikenali sebagai
“thirumanam poruttam paarthal” itu sangat penting. Hampir kesemua responden
bersetuju dengan pernyataan ini. Seramai 17 orang responden bersamaan 68
peratus sangat bersetuju dan 6 orang responden bersetuju dan 2 orang responden
tidak begitu bersetuju dengan pernyataan ini. Daripada temu bual tidak formal
dengan beberapa penduduk Taman Kelubi Damai, didapat bahawa ramai yang
berpendapat penilikan keserasian kedua-dua bakal pengantin sangat penting untuk
memastikan rumahtangga mereka tidak menghadapi sebarang masalah kelak. Penilikan
keserasian ini dilakukan untuk mengetahui kefahaman bakal pengantin dalam alam
perkahwinan mereka kelak.
Justeru, berdasarkan penilaian yang dibuat
melalui soal selidik di kawasan kajian, didapati bahawa kesemua 25 orang
responden bersetuju dengan pernyataan masa baik ditilik sebelum majlis
perkahwinan diadakan adalah sangat penting. Masa baik ditilik sebelum
melangsungkan sebuah majlis perkahwinan adalah bertujuan untuk memastikan tiada
perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku semasa majlis perkahwinan
dijalankan. Ianya juga dilakukan untuk memastikan alam perkahwinan bakal
pengantin penuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang hayat.
Akhir sekali, berdasarkan penilaian yang dibuat
melalui dapatan soal selidik, kesemua responden bersetuju dengan pernyataan
segala adat resam perlu dikekalkan dalam majlis perkahwinan agar dikenali
generasi akan datang. Adat resam juga perlu dikekalkan agar identity bangsa
terjamin dan dijaga sepanjang masa.
9.A.
RUMUSAN
Kajian ini mengemukakan data bagi
memenuhi objektif kajian. Bahagian ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.
9.1
Jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman
Kelubi Damai, Jasin.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan
penduduk di Taman Kelubi Damai masih mengamalkan semua jenis-jenis adat perkahwinan
dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Antara adat yang masih diamalkan
adalah adat merisik, meminang, bertunang, ikat janji, parisam, dan mukuurtta
kaal. Adat ini masih diamalkan walaupun sudah bertahun-tahun diwarisi oleh masyarakat
India.
9.2
Kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di
Taman Kelubi Damai, Jasin.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa
penduduk di Taman Kelubi Damai ini memperoleh pelbagai faedah dan kesan positif
melalui amalan adat resam perkahwinan yang mereka amalkan. Menurut soal selidik
yang telah dijalankan, masyarakat berpendapat bahawa perkahwinan secara
sederhana akan mengurangkan pembaziran serta kos perkahwinan. Pembaziran
berlaku apabila sesuatu majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran yang mana
boleh menelan perbelanjaan sehingga berpuluhan ribu. Contohnya, ramai penduduk
Taman Kelubi Damai tidak begitu bersetuju dengan pernyataan penyediaan
alat-alat muzik seperti ‘nataswaram’ dan ‘melam’ itu wajib untuk dimainkan
semasa upacara ‘parisam’.
Seterusnya, penduduk Taman Kelubi Damai
juga bersetuju bahawa pelbagai jenis adat resam perlu dilalui sebelum
mengadakan sesuatu majlis perkahwinan. Pertama sekali, ibu bapa si lelaki perlu
berjumpa dengan ibu bapa si perempuan untuk menanyakan pendapat mereka dan
persetujuan mereka terhadap perkahwinan ini. Sekiranya, ibu bapa si perempuan
bersetuju dan ibu bapa si lelaki berkenaan dengan pilihan anak lelaki mereka,
maka mereka boleh mengadakan perbincangan antara keluarga bagi membincangkan
tarikh pertunangan dan perkahwinan yang akan diadakan. Semasa majlis
pertunangan diadakan, keluarga kedua-dua belah pengantin akan membincang
mengenai perbelanjaan majlis perkahwinan dan penghantaran dulang
yang digelar ‘seer’.
Bukan itu sahaja, kebanyakan penduduk
Taman Kelubi Damai yang dipilh menjadi responden kajian ini, bersetuju bahawa ‘thirumanam
poruttam paarthal’ atau dikenali sebagai penilikan keserasian bakal
pengantin itu perlu dan wajib untuk
dilakukan sebelum majlis pekahwinan. Ini adalah kerana keserasaian antara
kedua-dua pengantin itu penting untuk memastikan alam perkahwinan mereka kelak
bahagia dan sentiasa harmoni. Penilikan keserasian pengantin juga bertujuan
untuk memastikan hubungan suami isteri mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Selain itu, kebanyakkan responden
bersetuju dengan pernyataan mengadakan perkahwinan sederhana bagi mengurangkan
beban keluarga kedua-dua pengantin. Responden juga berpendapat bahawa segala
perbelanjaan majlis perkahwinan perlu dikongsi oleh kedua-dua belah keluarga
pengantin bagi memudahkan majlis perkahwinan berjalan lancar. Akhir sekali, kebanyakkan
responden berpendapat majlis perkahwinan
perlu diadakan secara kecil-kecilan untuk mengelak pembaziran tetapi cukup
hanya majlis kecil yang penuh bermakna kerana majlis perkahwinan hanya sekali
seumur hidup bagi yang kurang berkemampuan.
9.B.
KESIMPULAN
Hasil daripada kajian, didapati
masyarakat India di Taman Kelubi Damai berada di tahap yang sempurna dan
teratur dari segi amalan yang dijalankan semasa majlis perkahwinan di taman
ini. Kebanyakkan penduduk yang berbangsa India di kawasan perumahan ini,
memberi keutamaan kepada segala adat resam semasa melangsungkan majlis
perkahwinan.
Kepentingan utama pengamalan adat resam
dalam majlis perkahwinan India adalah bagi mewarisi adat yang diamalkan sejak
dahulu lagi. Hal ini kerana, penduduk Taman Kelubi Damai mempunyai pelbagai
adat dalam sesebuah perkahwinan yang dijalankan. Jika generasi muda zaman
sekarang mengamalkan segala adat resam yang telah menjadi kebiasaan nenek
moyang mereka, maka adat resam masyarakat India dapat dikekalkan sampai
bila-bila.
10.
RUJUKAN
Cikgu
karthik(2015).cikgukarthik.blogspot.Dicapai pada Februari 28,2015 , dari
Wikipedia(2012).wikipedia.org.Dicapai
pada Mac,17,2015 , dari
Sejarah-history(2010).blogspot.com.Dicapai
pada Februari 28,2015 , dari
Adat
Dalam Masyarakat Malaysia Dan
Kepentingannya.Dicapai pada Mac 12,2015 , dari
Adat
Perkahwinan Kaum India Di Malaysia.Dicapai pada Mac 12,2015 , dari
Masyarakat
India.Dicapai pada Mac 23,2015 , dari
Perkahwinan
Hindu.Dicapai pada April 1,2015 , dari
Siri
Adat dan Budaya Kaum Utama Malaysia.Dicapai pada April 2,2015 , dari
Maruwiah
Ahmat, Siri Adat Dan Budaya Kaum Utama : India,Penerbit
GOODWILL PUBLICATIONS (001671150-P),2013,hlm 34
11.
LAMPIRAN
#sertakan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk anda sebagai bukti anda membuat kerja kursus ini!
Sekian, Terima Kasih!....
saya pelajar pra u . tajuk kajian saya pendapatan dan perbelanjaan pekerja . apa objektif yang sesuai untuk tajuk ni. pertolongan cik amat dihargai.
ReplyDeleteHello, first of all I wanna thank you for visiting my blog... OK, boleh bagitahu full tajuk tak? May be it can help me to figure out something on objectives :)
Deletehye sister thank you so much for the penghargaan...
ReplyDeletehi....most welcome & thanks for visiting my blog 😊
DeleteThank you so much , really helpful ! Appreciate this so much !
ReplyDeletehello! you're most welcome & thanks for visiting my blog 😊
DeleteCara utk mengira min
ReplyDeleteThank you so much,
ReplyDeleteYou're most welcome :)
Deletehello, nak tanya ada tk contoh untuk kajian kes? thank you
ReplyDeletehi sorry, saya tak de contoh untuk kajian kes :)
DeleteThanks you 😘😘❤️
ReplyDeleteYou're most welcome 😊
Deletehye saya pelajar pra u (f6) ada contoh untuk kaerja kursus untuk kelab kebudayaan di sekolah tak?
ReplyDeleteHi, sorry tapi saya x de contoh untuk topik tu :)
Deletehai. Terima kasih untuk perkongsian ini, boleh saya tahu lebih detail tentang cara untuk mengira data
ReplyDeletehello, thank you for visiting my blog. by the way, sorry sangat sebab saya dah lupa cara dia...
DeleteTq sangat sangat because this is good for me ..mmg membantu sangat😆
ReplyDeleteHi there, glad to hear that & thanks for visiting my blog 😄
DeleteHi saya f6 student,kalau tajuk saya "amalan bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dalam kalangan penduduk kampung" ap soalan yang sesuai eh yang boleh tanya?😅
ReplyDeleteHi saya f6 student,kalau tajuk saya "amalan bersukan dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dalam kalangan penduduk kampung" ap soalan yang sesuai eh yang boleh tanya?😅
ReplyDeletehi there, i'm not sure about the suitable questions for this title but i'll try giving you some suggestions ya. May be you boleh tanya:
Delete-pendapat penduduk kampung tentang amalan bersukan (may be boleh bagi pilihan jawapan macam amat baik, baik or kurang baik and etc)
-kekerapan penduduk kampung bersukan
-tanya whether dia orang aware ke tak yg amalan bersukan nie kan actually tingkatkan tahap kesihatan mereka. (bagi bukti research ke or something la)
-tanya pendapat penduduk, jika kerajaan menyediakan kemudahan bersukan di kampung mereka, sama ada mereka akan menyokongnya and menyertai aktiviti2 bersukan or so on.
That's all i dapat suggest utk topik nie ya. Sorry lambat reply. 😉
sis ow to make borang soal selidik
ReplyDeletehi there, tetapkan beberapa skop utk kajian and you akan dapat idea utk sediakan questionnaire. thanks for visiting my blog :)
DeleteThanks sis
Deletewelcome :)
DeleteThankyou so much, this really help me in my kerja kursus
ReplyDeletehi there, glad to hear that & thanks for visiting my blog. all the best :)
DeleteHi..do you have the copy of your questionnaire???
ReplyDeleteHi there, you can find my questionnaire set here: https://www.slideshare.net/thanushahsoniyasee/contoh-set-soalan-soal-selidik-untuk-kerja-kursus-pengajian-am-penggal-2-2015-stpm-tingkatan-6-sample-survey-questionnaire
Delete