Skip to main content

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) (Campuran Pemasaran Syarikat Nestlé Malaysia)


1.0 PENGENALAN

          Menurut , Kotler dan Armstrong (1997) yang menyatakan bahawa campuran pemasaran merupakan kombinasi pemboleh ubah yang digabungkan untuk menghasilkan tanggapan yang diharapkan dari pasaran. Pemasaran adalah suatu proses analisis, perencanaan, implementasi, koordinasi dan pengendalian program pemasaran yang meliputi kebijakan produk, harga, promosi, dan pengedaran dari produk dan idea yang ditawarkan untuk menciptakan dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran dalam upaya pencapaian tujuan organisasi.

Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan.  Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan berbentuk membantu sesebuah perniagaan dalam menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran yang tepat.  Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada operasi syarikat mengaplikasi pengetahuan tentang pemasaran dan strategi campuran pemasaran dalam bidang perniagaan menjadi satu program tindakan yang padu dan dapat menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.  Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan syarikat menyusun strateginya untuk mencapai kejayaan dalam pemasaran produk dan perkhidmatan yang diusahakan selain daripada pengetahuan asas perniagaan semata-mata.

Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan.  Justeru itu, yang menjadi teras kepada strategi pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati sasaran pasaran melalui perlaksanaan yang cekap.  Keupayaan untuk memahami strategi campuran pemasaran iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.

      1.1  Produk ( Product )

       Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), “Produk adalah setiap apa saja yang  ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau penggunaan”. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi boleh juga sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya.


1.2  Harga ( Price )

       Menurut Monroe (2005) menyatakan bahawa harga merupakan perbelanjaan ekonomi yang dilakukan pelanggan untuk memperoleh produk atau perkhidmatan.  Selain itu harga salah satu faktor penting dalam mengambil keputusan untuk melakukan transaksi atau tidak (Engel, Blackwell dan Miniard, 1996).  Harga dikatakan mahal, murah atau biasa-biasa saja dari setiap individu tidaklah harus sama, kerana tergantung dari perspeksi individu yang dilatar belakangi oleh lingkungan kehidupan dan tahap individu (Schifman and Kanuk, 2001).

1.3  Tempat ( Place )

        Tempat dalam campuran pemasaran disebut dengan saluran pengedaran, saluran dimana produk tersebut sampai kepada pengguna.  Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) tentang saluran pengedaran adalah, “Saluran yang digunakan oleh produksi untuk menyalurkan produk tersebut dari produksi sampai ke konsumer atau industri pemakai”.

1.4  Promosi ( Promotion )

       Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi pemasaran. Yang dimaksud dengan komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan informasi, mempengaruhi, atau mengingatkan pasar sasaran atas perusahaan dan produknya agar bersedia menerima, membeli, dan setia pada produk yang ditawarkan perusahaan yang tersebut.

        Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui bahawa Syarikat yang dikaji oleh pengkaji mengamalkan campuran pemasaran dalam perniagaan mereka.  Campuran Pemasaran amat penting dalam sesebuah entiti perniagaan.

     Syarikat Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland.  Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi.

      Kini sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan.  Reputasi korporat Nestlé merupakan antara yang tertinggi di kalangan syarikat-syarikat besar Switzerland.Produk Nestle menjadi pilihan orang ramai terutama di Malaysia.  Ramai pembeli menggunakan produk Nestle tanpa ragu-ragu.

2.0  OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenalpasti campuran pemasaran Syarikat Nestlé Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan attribute produk.
2.2 Mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestlé.
2.3  Mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.

3.0  LATAR BELAKANG KAJIAN


       Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses campuran pemasaran produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan attribut produk yang diamalkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia.  Seterusnya mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan selain itu, untuk mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.

         Syarikat Nestlé Malaysia ialah sebuah Syarikat yang beroperasi secara komersial di Malaysia sejak tahun 1912.  Syarikat Nestlé merupakan pengeluar makanan Halal terbesar dalam Kumpulan Nestlé dan merupakan Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé.  Ibu pejabatnya terletak di Mutiara Damansara, Selangor.  Memiliki 7 kilang dan 1 pusat pengedaran nasional.  Mempunyai lebih daripada 5,800 warga kerja.  Menghasilkan lebih daripada 500 produk Halal, dengan jenama isi rumah terkenal seperti MILO, MAGGI dan NESCAFÉ.  Mencatat perolehan sebanyak RM4.8 bilion bagi tahun 2013. Dan juga disenaraikan di Bursa Malaysia sejak tahun 1989.

4.0  KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menerangkan tentang kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji dalam melakasanakan kajian ini dengan sempurna.Pengkaji boleh menggunakan dua sumber data. Sumber data merupakan faktor penting yang menjadi pertimbangan dalam penentuan cara pengumpulan data. Sumber data terdiri dari sumber data primer dan sumber data sekunder.

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli atau pihak pertama. Data primer secara khusus dikumpulkan oleh peneliti untuk menjawab pertanyaan riset atau penelitian. Data primer dapat berupa pendapat subjek riset (orang) baik secara individu mahupun kelompok, hasil penelitian terhadap suatu benda (fisik), kejadian, atau kegiatan, dan hasil pengujian. Manfaat utama dari data primer adalah bahwa unsur-unsur kebohongan tertutup terhadap sumber fenomena. Oleh kerana itu, data primer lebih mencerminkan kebenaran yang dilihat. Bagaimana pun, untuk memperoleh data primer akan menghabiskan dana yang relatif lebih banyak dan menyita waktu yang relatif lebih lama.

Data sekunder merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung melalui media perantara. Data sekunder pada umumnya berupa bukti, catatan, atau laporan historis yang telah tersusun dalam arsip, baik yang dipublikasikan dan yang tidak dipublikasikan. Manfaat dari data sekunder adalah lebih meminimalkan biaya dan waktu, mengklasifikasikan permasalahan-permasalahan, menciptakan tolak ukur untuk mengevaluasi data primer, dan memenuhi kesenjangan-kesenjangan informasi. Jika informasi telah ada, pengeluaran ruang dan pengorbanan waktu dapat dihindari dengan menggunakan data sekunder. Manfaat lain dari data sekunder adalah bahawa seorang peneliti mampu memperoleh informasi lain selain informasi utama.

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan sumber data sekunder untuk menyiapkan kajian ini.Kebanyakkan data sekunder ini telah diperolehi melalui pengaksesan laman sesawang, buku, akhbar dan majalah. Pengkaji telah membuat analisis tentang campuran pemasaran Syarikat Nestlé berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan attribut produk, mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestlé dan seterusnya mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.Tidak tertinggal juga , pengkaji telah melayari laman sesawang yang berkaitan dengan Produk Nestlé bagi memperoleh data untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

5.0  DAPATAN KAJIAN

Bab ini membincangkan tentang campuran pemasaran yang digunapakai oleh Syarikat Nestlé.  Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran pemasaran tradisional: empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan.  Campuran pemasaran ini berkeupayaan untuk membantu sesebuah perniagaan dalam menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran yang tepat.

      5.1  Produk

     Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), “Produk adalah setiap apa saja yang  ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau penggunaan”. Produk tidak seharusnya hanya berupa barang tetapi boleh juga sebagai perkhidmatan ataupun gabungan dari keduanya.

       5.1.1  Klasifikasi Produk

     Secara umumnya, terdapat dua jenis produk yang dijual dalam pasaran, iaitu produk pengguna dan produk industri.  Produk yang telah dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia merupakan produk pengguna.  Produk pengguna boleh diklasifisikan sebagai barangan mudah beli, barangan beli-belah, barangan istimewa, dan barangan tidak dicari.

       Syarikat Nestlé Malaysia mengeluarkan produk pengguna mudah beli.  Barangan mudah beli ialah produk yang dibeli dalam sesuatu masa yang pendek dan sering kali menjadi perhatian dan kehendak pengguna.  Harga produk mudah beli ini selalunya berpatutan.  Pengguna boleh memperolehnya dalam jangka masa pendek.  Apa yang dapat disimpulkan melalui klasifikasi produk ialah produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia merupakan produk pengguna.

        Produk Nestlé  yang dihasilkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia tergolong dalam produk gerak hati.  Produk gerak hati didefinisikan sebagai produk yang dibeli tanpa memerlukan perancangan. Pembeli membeli produk Nestlé berdasarkan promosi yang ditawarkan, harga, standard produk dan juga citarasa mereka terhadap produk Nestlé.

       5.1.2  Attribut Produk       

        Menurut Fandy Tjiptono (1999:98-101) , attribut produk adalah ciri-ciri produk yang diberi perhatian oleh pegguna  dan  dijadikan faktor untuk mendorong pembeli atau pengguna untuk membelinya.

i.       Mutu Produk

       Syarikat Nestlé Malaysia memberi perhatian utama kepada kualiti produk yang mereka    menghasilkan.  Syarikat Nestlé Malaysia menekankan aspek kesihatan dalam produk mereka.  Pada mulanya Syarikat Nestlé memperkenalkan produk ini bertujuan untuk mengatasi masalah kematian bayi akibat malpemakanan pada masa itu. Kebanyakkan produk yang dihasilkan oleh Syarikat Nestlé berasaskan produk kesihatan untuk bayi dan ia juga merangkumi penggunaan untuk semua masyarakat. Nestlé telah begitu jauh mengorak langkah setapak dan setapak untuk terus memperbaiki mutu produk yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna khususnya kanak-kanak dan para ibu. Dalam sidang media , Nestlé Malaysia menjelaskan bahawa semua produk Nestlé dikeluarkan di bawah syarat-syarat perkilangan ketat dengan mematuhi piawaian tempatan dan antarabangsa serta selamat untuk dimakan.   

ii.       Ciri Produk
       Ciri produk yang unik dan pelbagai mampu menarik minat pembeli atau pengguna. Seperti yang kita semua sedia maklum, pengguna membeli sesuatu barang selepas menitikberatkan ciri-ciri produk tersebut. Syarikat Nestlé Malaysia memberi keutamaan kepada kesihatan dalam produk yang dikeluarkan. Mereka menggunakan gandum yang banyak dengan Karbohidrat yang menjadi sumber tenaga pilihan di dalam tubuh.Ia juga kaya dengan serat pemakanan dan vitamin.

iii.       Reka Bentuk Produk
       Reka bentuk produk adalah bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar.  Produk Nestlé menekankan kepentingan reka bentuk produknya.  Contohnya “NESCAFÉ Softpack” yang pada tahun 2013, telah berjaya mengubah suai isian dan pembungkusan “NESCAFÉ Softpacks” dan dilancarkan dalam pelbagai saiz iaitu 50g, 100g, 200g, 300g dan 500g.  Selain daripada itu, Pek promosi MAGGI 5 +1 bagi pasaran Malaysia telah melalui proses reka bentuk semula bagi karton dan konfigurasinya untuk memperbaiki susunan palet sebanyak 16%.

5.1.3  Keputusan Campuran Produk

Keputusan Campuran Produk perlu mengambil kira aspek- aspek yang  berikut:

            a)  Kelebaran
       Kelebaran campuran produk Syarikat Nestlé merujuk kepada bilangan lini produk yang dipasarkan kepada pengguna.  Campuran produk yang besar dapat menarik minat pengguna dalam pelbagai segmen pasaran.  Campuran produk Syarikat Nestlé Malaysia terdiri daripada produk kopi dan minuman, produk susu, produk bijirin untuk sarapan, produk tenusu sejuk, produk ais krim dan produk coklat.  Kepelbagaian jenis produk mampu menarik minat pengguna untuk memilih tanpa rasa ragu-ragu.  Pada masa yang sama kepelbagaian produk juga menyakinkan pengguna bahawa produk yang dikeluarkan oleh Nestlé amat memberi kesan baik kepada aktivit seharian masyrakat.

             b)  Kedalaman
       Kedalaman campuran produk merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam satu barisan produk.  Contohnya Nestlé menawarkan produk tenusu seperti susu pelbagai perasa – vanila, strawberi, coklat.  Syarikat Nestlé juga menyediakan ice kream yang terdiri daripada “Drumstick”, “La Cremerla”, Mat kool dan yang terbaru ialah aiskrem goreng yang sedang mendapat sambutan hangat dalam pasaran.  Selain daripada item-item tersebut  Syarikat Nestlé juga mengeluarkan produk coklat yang sentiasa mendapat tempat dalam pasaran dan menjadi kegemaran kanak-kanak, remaja dan tidak ketinggalan juga orang dewasa.  Coklat-coklat seperti “Kit Kat”, “CRUNCH”, dan “CRUNCH WAFER”.  Produk Nestlé bijirin untuk sarapan pula , seperti “COOKIE CRISP”, “CORN FLAKES”, “FITNESS”, “HONEY STARS”, “CRUNCH” dan “NESTUM”.

5.2  Campuran Promosi   

      Promosi

         Promosi adalah merujuk kepada keseluruhan set aktiviti yang mengkomunikasikan produk, jenama, produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Ideanya adalah untuk mewujudkan kesedaran, perhatian dan menimbulkan keinginan untuk membeli produk yang mereka sukai.

      Menurut Kotler P. Armstrong G. campuran promosi sesebuah syarikat, dikenali sebagai campuran promosi yang di integrasikan penggunaannya bersama-sama seperti pengiklanan, perhubungan awam, jualan persendirian, promosi jualan dan pemasaran terus.

       Pada amnya, promosi merupakan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak pengeluar untuk mewujudkan satu saluran maklumat bertujuan untuk menjual sesuatu keluaran.  Patten D, menganggap promosi merupakan anak kunci kepada perancangan strategik iaitu sebagai penggerak di dalam elemen-elemen pemasaran. Antara alat-alat promosi yang digunakan oleh Syarikat Nestlé untuk mempromosikan produknya :

5.2.1  Pengiklanan

        Menurut Wells, Moriarty dan Burnett,  pengiklanan merupakan satu bentuk persembahan berbayar yang tidak personal mengenai idea, barangan atau perkhidmatan yang ditaja oleh peniaga yang dikenalpasti. Penggunaan iklan mampu untuk melonjak kesedaran ke tahap maksimum dikalangan pembeli. Namun kos yang tinggi diperlukan untuk menggunapakai alat promosi ini. Pengiklanan berperaturan agar tidak menipu dan membuat dakwaan palsu. Iklan mampu menukar persepsi mahupun andaian negatf pengguna kepada bentuk yang positif.  Iklan dapat dilihat dan dengar sama ada melalui media cetak ataupun media elektronik ianya pasti mempunyai persamaan pada setiap iklan, cirri-ciri tersebut ialah, setiap iklan mempunyai mesej yang tertentu, melibatkan pihak penaja yang dikenalpasti, disiarkan melalui pelbagai jenis media, dan melibatkan pembayaran oleh pihak penaja.

Syarikat Nestlé telah mengkelaskan objektif pengiklanan kepada beberapa objektif :

     i.  Pengiklanan Memberitahu

      Syarikat Nestlé menggunanakan objektif ini untuk memberitahu pembeli atau pengguna setia Nestlé mengetahui tentang keluaran produk baharu yang telah dilancarkan dalam pasaran.  Contohnya seperti “Nestle KIT KAT Rubies” . Sewaktu majlis Nestle Kit kat Rubies Launch diadakan, ramai-rakan blogger dan media yang turut hadir untuk membuat liputan.

       Menggunakan kekuatan Media dan blogger sewaktu majlis pelancaran produk terbaru.. Kemudian menggunakan pengiklanan Nuffnang sebagai platform untuk membuat promosi susulan.  Dengan berbuat demikian sudah tentu satu Malaysia akan mengetahui kewujudan “Kit Kat Rubies”, disebabkan iklan Nuffnang terdapat pada kebanyakan blog di Malaysia. 

ii.  Pengiklanan Memujuk

       Pengiklanan memujuk ini digunakan secara meluas apabila sesuatu produk semakin hebat di pasaran.  Iklan berbentuk memujuk ini juga membentuk keyakinan kepada pengguna.  Di samping itu, iklan ini bertujuan untuk menerangkan kelebihan jenama, perbandingan dengan jenama lain.  Iklan ini juga menjadi iklan bertanding.  Syarikat Nestlé melaksanakan kaedah ini bagi memujuk pengguna untuk membeli produknya.  Ini kerana terdapat beberapa Syarikat lain yang mengeluarkan produk yang sama seperti yang dikeluarkan oleh Syarikat Nestlé.  Contohnya seperti “Dutchlady” yang mengeluarkan produk susu tenusu yang sama seperti produk Nestlé.  Disebabkan produk yang sama berlaku persaingan antara kedua-dua produk ini.  Oleh itu Syarikat Nestlé memujuk pengguna untuk membeli produk keluarannya.

                     iii.  Pengiklanan Peringatan

       Pengiklanan Peringatan ini penting untuk produk yang mencapai tahap matang.  Pengiklanan ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna bahawa Syarikat Nestlé masih mengeluarkan pelbagai produk untuk menarik minat pembeli.  Iklan Syarikat Nestlé yang selalu mengingatkan bahawa jika ingin tubuh badan yang cergas dan cerdas semasa terlibat dalam aktiviti sukan, minuman Nestlé merupakan pilihan terbaik bagi atlet-atlet.

         5.2.2  PROMOSI JUALAN

      Menurut Kenneth E.Clow (2010) promosi jualan adalah merupakan insentif jangka masa pendek yang digunakan untuk menggalakkan pembelian produk atau perkhidmatan. Promosi jualan menyediakan alat promosi yang banyak seperti kupon, peraduan, diskaun, premium, pameran dagangan dan sebagainya.  Promosi ini menarik perhatian pengguna, menawarkan insentif untuk membeli dan dapat menaikkan semangat untuk membeli seterusnya meningkatkan jualan.

   Tujuan promosi jualan yang dilaksanakan oleh Syarikat Nestlé  mempunyai kemampuan yang tersendiri dalam usaha menarik perhatian penggunanya. Antaranya adalah seperti berikut :

·          Untuk menarik minat pembeli yang sering suka menukar jenama pilihan mereka .
·      Sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia.  Syarikat Nestlé menawarkan harga yang lumayan dan berpatutan kepada pelanggannya.
·    Untuk meningkatkan kadar pembelian semula di kalangan pembeli yang membeli sekali-sekala.

      Syarikat Nestlé `menentukan belanjawan kerana produk yang berada di dalam peringkat pengenalan mungkin memerlukan peruntukan yang lebih besar, ini kerana alat promosi jualan yang sesuai diperingkat ini seperti sampel, pek pengenalan yang memerlukan belanja yang agak besar seperti produk baru syarikat “Nestle Kit kat Rubies”.
         Syarikat Nestle menggunakan alat atau teknik yang bersesuaian bagi menjalankan promosi jualannya, di antaranya:

·               Sampel
       Para pengguna akan memperoleh faedah berguna hasil daripada promosi ini seperti diskaun melalui pek-pek bonus yang ditawarkan yang menarik dan berkualiti tinggi.  Di pasarraya terkemuka sampel-sampel minuman diberikan kepada pembeli di pasarraya dengan percuma.  Dengan ini pembeli dapat mengetahui kualiti dan rasa produk tersebut.  Contohnya seperti, minuman Nescoffe pek baru “3 in 1” yang dihidangkan kepada penbeli untuk merasainya.

·               Peraduan dan permainan
   Syarikat Nestlé memberikan peluang kepada pengguna memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Syarikat mereka.  Hadiah-hadiah lumayan disediakan kepada yang berjaya.  Mereka diberikan wang tunai, barangan dan produk-produk mereka secara percuma.

5.2.3  PERHUBUNGAN AWAM

       Menurut Kenneth E.Clow (2010) perhubungan awam adalah satu usaha untuk membina hubungan yang baik di antara pihak syarikat dengan orang awam bertujuan untuk memperolehi persepsi yang positif di kalangan orang awam tersebut, membina imej korporat dan menangani isu atau cerita yang kurang baik dikalangan orang awam.  Boleh menggunakan perhubungan awam menerusi melaporkan cerita, ciri-ciri perniagaan dan produk, menaja acara.  Alat promosi ini lebih terarah kepada menyampaikan cerita dan ianya berlawanan dengan sifat pengiklanan dan promosi jualan yang lebih kepada mempromosi produk.  Perlu diingatkan bahawa usahawan perlu kreatif dan inovatif dalam memasarkan produk. 
       Syarikat Nestlé menggunakan perhubungan awam untuk merapatkan produknya kepada orang awam melalui aktiviti-aktiviti masyarkat.  Syarikat Nestlé menaja beberapa aktiviti kepada remaja untuk menyertai aktiviti-aktiviti sukan.  Ia juga mempromosikan produknnya melalui laporan tahunan Syarikat Nestlé yang dikeluarkan pada setiap tahun.

5.3  Strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu.

Harga adalah amaun wang yang dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan keluaran Kotler P., Armstrong, 2000.  Keputusan meletakkan harga adalah amat penting di dalam pembentukan strategi pemasaran. Apabila harga dapat ditentukan dengan baik maka, hasilnya ialah pertambahan dalam jualan, imej keluaran akan meningkat, kedudukan keluaran dalam pasaran bertambah baik dan perhubungan awam bertambah erat.   Penentuan harga mesti berhubungkait dengan keputusan keluaran, pengagihan dan promosi.  Ini kerana harga meletakkan nilai ke atas keseluruhan aktiviti pemasaran yang ditawarkan kepada pengguna.

Terdapat dua faktor yang mempengaruhi penentuan harga sesebuah produk.  Antaranya :

5.3.1  Faktor-faktor dalaman

i.        Objektif Pemasaran

a)  Memaksimumkan Keuntungan

           Penetapan harga ini bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan yang diperolehi Syarikat Nestlé Malaysia.  Harga yang tinggi ditetapkan bertujuan untuk menampung kos yang telah dibelanjakan ketika pemprosesan produk  Nestlé seperti  produk kopi dan minuman, bijirin sarapan, dan sebagainya yang banyak mendapat sambutan yang tidak terputus-putus daripada pembeli yang setia.

                              b)  Untuk meneruskan perniagaan

Objektif utama syarikat Nestlé adalah untuk meneruskan perniagaan.  Perletakkan harga yang rendah adalah untuk meningkatkan permintaan dan pada masa ini untung kurang diutamakan.

c)  Pemimpin Pasaran

Syarikat Nestlé  meletakkan harga pada paras yang rendah bagi menggalakkan peningkatan permintaan produk mereka dalam pasaran.

                             d)  Kepimpinan kualiti produk

Syarikat Nestlé mengeluarkan produk yang berkualiti dan harga tinggi dikenakan untuk menarik pengguna yg mementingkan kualiti.

      ii.        Strategi Campuran Pemasaran

Dalam campuran pemasaran harga merupakan elemen yang penting.  Harga yang ditawarkan haruslah merangkumi reka bentuk produk, bentuk pengedaran dan jenis promosi.  Syarikat Nestlé Malaysia mengambil kira semua aspek tersebut sebelum harga ditetapkan untuk menembusi pasaran tempatan.

      iii.       Kos

Syarikat Nestlé meletakkan harga yang berpatutan kepada produk keluarannya dengan meliputi kos-kos seperti kos pengeluaran, pengagihan, promosi dan sebagainya.  Syarikat Nestlé juga menanggung sebarang bentuk risiko bahaya daripada tindakkan yang diambil olehnya.  Sekirannya syarikat menggunakan kos yang rendah untuk menghasilkan produk maka, semasa produk menembusi pasaran, harga produk akan menjadi rendah.  Terdapat dua jenis kos, iaitu kos tetap dan kos berubah.         

Kos tetap, ia juga disebut sebagai kos malar. Ia merupakan kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran. Contohnya seperti sewa kilang, insurans kilang, mesin dan juga gaji pekerja.  Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran syarikat Nestlé bertambah ataupun berkurangan.  Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran iaitu unit keluaran atau unit jualan.  Semakin tinggi volum pengeluaran, semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.  Seterusnya adalah kos berubah.  Kos berubah ialah kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.  Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.  Contohnya seperti kos bahan mentah, kos buruh langsung, belanja langsung syarikat dan sebagainya. Bahan mentah seperti padi untuk menghasilkan bijirin sarapan akan berubah mengikut peringkat pengeluaran.

       5.3.2  Faktor- Faktor Luaran

            i.       Pasaran Dan Permintaan

Syarikat Nestlé  perlu memahami hubungan pasaran dan permintaan sesuatu produk sebelum meletakkan harga.  Empat jenis pasaran iaitu persaingan tulen, persaingan monopolistik, persaingan oligopolistik dan persaingan monopoli.  Bagi produk yang permintaannya tinggi harga yang diletakkan terhadap produk tersebut pada tingkat harga yang tinggi dan sebaliknya.


           ii.       Persaingan

Kos, harga dan tawaran yang dibuat oleh pesaing juga mempengaruhi penentuan harga.  Strategi penentuan harga memberi kesan kepada bentuk persaingan dalam pasaran.  Contohnya, syarikat Dutchlady juga mengeluarkan produk yang serupa dari segi produk minuman yang dikeluarkan oleh syarikat Nestlé.  Semasa pengguna membeli mereka akan mempertimbangkan syarikat yang menjadi persaingan juga.  Oleh itu, Syarikat Nestlé perlu mengetahui strategi penetapan harga untuk menggalakan ramai lagi pembeli untuk melanggani produknya.

          iii.       Penentuan harga berasaskan kos

Dua pendekatan telah digunakan oleh Syarikat Nestlé iaitu, penentuan harga tokokan kos dan penentuan harga pulangan modal dan harga untungan sasaran.

          iv.       Penentuan harga berdasarkan harga pesaing

Syarikat Nestlé menetapkan harga produk mereka berdasarkan harga pesaing mereka.  Syarikat Nestlé tidak mengenakan harga mengikut permintaan syarikat.  Ini kerana syarikat mungkin mengenakan harga yang lebih tinggi daripada harga pesaing.  Harga yang sama dengan pesaing mampu membawa kepada kekeliruan pembeli dalam memilih produk Nestlé.

           v.        Faktor-faktor Luaran yang lain

Syarikat Nestlé seharusnya mengambil tahu faktor-faktor luaran seperti keadaan ekonomi, kesan harga kepada ahli pemasaran dan juga kerajaan.  Keadaan ekonomi yang kukuh mempengaruhi kos pengeluaran produk.

5.4  Penentuan Harga Baru

5.4.1  Harga penembusan pasaran

       Harga permulaan yang rendah untuk menembusi pasaran yang luas iaitu menarik dan mendapatkan pembeli yang ramai.  Matlamat utama membina syer pasaran yang besar dan membentuk kesetiaan pengguna bagi jenama baru.  Dengan berbuat demikian, syarikat Nestlé dapat menarik lebih banyak pembeli membeli produk keluarannya.  Contohnya, syarikat Nestlé mengeluarkan coklat seperti “KIT KAT” yang mudah dibeli oleh semua lapisan masyarakat.  Harga yang ditawarkan kepada produk ini amat murah.

       Keseluruhannya, harga memainkan peranan penting dalam syarikat, seperti Syarikat Nestlé.  Nestlé mengeluarkan pelbagai jenis produk dan mengenakan harga yang boleh dipertimbangkan oleh masyarakat sekitar.  Ada produk yang boleh dibeli oleh semua lapisan termasuk yang kaya dan kurang berkemampuan.  Harga tidak membantutkan kehendak pembeli daripada melangani produk yang dikeluarkan oleh Nestlé.

6.0  Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran, kaedah campuran promosi dan strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu yang diamalkan oleh Syarikat Nestlé Malaysia.  Berdasarkan hasil kajian ini, strategi yang diamalkan oleh Syarikat Nestlé membantu syarikat tersebut untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka dan juga untuk perniagaan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.  Sesuatu syarikat harus mengamalkan strategi yang berkesan supaya industry mereka terus berkembang kearah kejayaan.

Syarikat Nestlé Malaysia meneruskan strategi dan polisi untuk mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai syarikat yang terbaik dalam peneruju dunia dalam pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan.  Pada tahun 2015, Nestlé akan meraihkan tahun ke-103nya di Malaysia.  Usaha berterusan telah menambahkan profil pemakanan produk Nestlé.  Produk Nestlé turut menyaksikan kemajuan dengan pengurangan gula, sodium atau asid lemak trans dan menghapuskan pewarna tiruan daripada produk-produk Nestlé.

Nestlé Malaysia juga telah meraih beberapa pengiktirafan dalam Kaji Selidik The Wall Street Journal Asia 200, Nestlé Malaysia disenaraikan antara 10 syarikat utama di kalangan semua syarikat di Malaysia, dan mengekalkan kedudukan syarikat tersebut sebagai syarikat yang paling dikagumi di Malaysia.  Nestlé Malaysia juga adalah pemenang Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2010 (AREA) Malaysia di bawah kategori penglibatan Komuniti, untuk mengiktiraf organisasi yang telah menunjukkan usaha yang amat baik, ketekunan dan semangat dalam inisiatif tanggungjawab korporat.

Keseluruhannya, sejajar dengan moto Syarikat Nestlé “GOOD FOOD, GOOD LIFE” mereka komited untuk meningkatkan kualiti kehidupan pengguna dengan terus menambah baik rangkaian makanan dan minuman.  Strategi campuran pemasaran amat penting untuk syarikat-syarikat seperti Nestlé dalam membangunkan dan memperluaskan perniagaan.

7.0  Rujukan

       7.1 Internet

Sejarah syarikat Nestle
Imej produk Nestle dan logo Nestle
Strategi pemasaran
B. Nazimah , “ Elemen-elemen pemasaran Yang Membantu Kejayaan Perniagaan Usahawan Bumiputera”. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn : Tesis Sarjana, 2001. ( 10 Jun 2015)
http//:www.bizmore.com/marketing/m2d.htm, ( 12 Jun 2015)
Profil Syarikat
Perencanaan Pemasaran
Analisi SWOT Nestle

       7.2 Majalah

Nestle Archives - Majalah SWA Online - SWA.co.id
swa.co.id/tag/nestle ( 10 july 2015 )
Laporan Tahunan Laporan Ringkas 2012 - Nestlé Malaysia
Good Corporate - Nestle | Majalah Bisnis Bergaya
bisnisstylemagazine.blogspot.com/.../good-corporate-... ( 16 July 2015)

       7.3 Keratan Akhbar

Nestle kekalkan harga kompetitif - Utusan Online
KERATAN AKHBAR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
             #GoodFoodGoodLife - Nestlé Malaysia

       7.4 Buku

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain Insyirah, Terbitan 2014
Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah   Boon Kiet, Terbitan Pelangi Bestseller 2014
N. Y Nik Rahimah, J. Ghazali, B. Zaharah, “ Asas pemasaran”, Siri Pengurusan Fajar Bakti : Kuala Lumpur, 1992. ( 10 Jun 2015)

8.0  Lampiran

Produk-produk yang dikeluarkan oleh Nestle

* thanks to my friend Puharasi a/p Selvam for giving me the permission to publish her assignment! ❤

Sekian, Terima Kasih!...

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah

Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah Pendahuluan : §  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. §  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal. §  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Isi-isi penting : 1. Persaingan kuasa-kuasa Barat §  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hung

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa