Skip to main content

Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)

Nama : THANUSHAH A/P P.SONIYASEE  
Tingkatan : 6AK1
Nombor IC : 960512-04-XXXX

Tema 2
Sejarah Ketenteraan Dan Keselamatan

Tajuk :

Sejarah Dan Perkembangan Pentadbiran JPAM Jasin Serta Sumbangannya Kepada Masyarakat Setempat Dari Tahun 2008 Hingga 2014.

1. Pemilihan Tajuk

    Pengkaji memilih tajuk ini kerana tajuk ini mampu memberi banyak info tentang JPAM kepada masyarakat. Selain itu, pengkaji juga amat tertarik dengan cara JPAM Jasin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bagi pengkaji, sejarah dan perkembangan dalam pentadbiran JPAM serta sumbangannya kepada masyarakat sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaji.

2. Pengenalan

   Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991. Ketua pengarah JPAM kini adalah Dato' Zaiton Binti Ab Samad. Pada tahun 1951 Ordinan Pertahanan Awam telah diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.Apabila negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Dalam tahun 1979,Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini. JPAM Jasin,Melaka merupakan salah satu cawangan bagi agensi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Leftenan (PA) Hamdan Bin Mohammad Saat merupakan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jasin pada tahun 2014. JPAM Jasin ditubuhkan pada tahun 2008 di Jalan Pegawai, Jasin. JPAM Jasin banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat bandar ini.

3. Objektif Kajian

1.Mengenalpasti dan mengkaji sejarah serta perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin.

2.Mengkaji sumbangan dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin,Melaka.

3.Mengkaji tentang usaha-usaha penambahbaikan untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai agensi keselamatan yang mantap.

4. Permasalah Kajian

    Pengkaji akan menjelaskan tentang sejarah dan perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin. Di samping itu, esei ini juga akan menjelaskan tentang sumbangan dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysian Jasin kepada penduduk setempat. Bukan itu sahaja,esei ini juga akan menjelaskan tentang usaha-usaha penambahbaikan untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai agensi keselamatan yang mantap.

5. Skop Kajian

   Sejarah dan perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin dari tahun 2008 sehingga tahun 2014. Kajian ini akan memfokuskan tentang sumbangan dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin di sekitar Bandar Jasin.

6. Kajian Terdahulu / Lepas

   Kajian ini dilakukan oleh Dayang Manja Binti Awang Suhaili dikeluarkan pada tahun 2005, bertajuk “Perbandingan Jabatan Bomba Dan Penyelamat dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia”.

7. Kaedah Kajian

Kaedah Temubual – Melalui kaedah ini, pengkaji akan menemubual beberapa kakitangan Jabatan Pertahan Awam Malaysia Jasin bagi mengetahui tentang sejarah dan perkembangan JPAM Jasin.
Kaedah Lapangan – Melalui kaedah ini, pengkaji akan melawati Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin bagi tujuan mengumpul maklumat-maklumat yang berguna untuk kajian pengkaji.
Kaedah Perpustakaan – Melalui kaedah ini, pengkaji akan mencari maklumat untuk kajian saya melalui internet, surat khabar, rujukan dari buku dan bahan bahan media yang menyatakan tentang sumbangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin.

8. Pembahagian Struktur Esei

a. Pengenalan

- Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan sejarah dan perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin dari  tahun 2008 hingga tahun 2014.

b. Isi-Isi

b.1.Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengenalpasti dan mengkaji tentang sejarah serta perkembangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin dari tahun 2008 dan tahun 2014.
b.2.Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan sumbangan dan peranan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin kepada penduduk setempat.
b.3.Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang usaha-usaha penambahbaikan untuk menjadikan JPAM Jasin sebagai agensi keselamatan yang mantap.

c. Kesimpulan 

- Dalam bahagian kesimpulan,pengkaji telah menjelaskan tentang sumbangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jasin kepada semua masyarakat setempat supaya masyarakat dapat mengenali dan menghargai segala usaha-usaha yang dijalankan oleh agensi tersebut.Masyarakat perlu sentiasa memberi sokongan dan bekerjasama dengan JPAM Jasin demi memastikan keselamatan dan kehidupan penduduk terjamin.

9. Penutup

- Pengkaji berharap kajian pengkaji ini akan dapat menjawab persoalan yang berlegar di minda pengkaji,  seterusnya memenuhi aspek penyelidikan pengkaji dalam kajian PBS Sejarah STPM.

10. Rujukan / Bibliografi

1. Mejar (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah,”Jabatan Pertahanan Awam Malaysia iktiraf SISPA UTHM”(Mejar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), 2009)

2. Dayang Manja Binti Awang Suhaili, “Kajian Perbandingan Antara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Dan Jabatan Pertahanan Awam Di Kuching,Sarawak”.(Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian., Universiti Sarawak Malaysia, 2005)

3. “SISWA-SISWI PERTAHANAN AWAM (SISPA),” Portal Rasmi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, diakses April 13, 2013, http://www.civildefence.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan/siswa-siswi-pertahanan-awam-sispa.

4. Roslan Bin Wahab, “ ‘Seminar Kebangsaan Keselamatan Kampus Malaysia’: Sumbangan Yang Boleh Diberikan Oleh Jabatan Pertahanan Awam Kepada Keselamatan Di Kampus. “ Seminar Yang Disampaikan Kepada Warga IPT Bagi Keselamatan Di Kampus, Hotel Sama Sama, KLIA, Sepang, Disember 16, 2013.

#proposal ini merupakan hasil kerja kursus saya yang original.....sila rujuk guru matapelajaran anda jika anda ada apa-apa persoalan....thank you....

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumuskan bahawa adat resam per

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       Deiksis 2.       Kolokasi