Skip to main content

Nota Sejarah Penggal 2 Tingkatan 6 ( STPM )

1.7.1 Jihad { SEJARAH STPM PENGGAL 2 }
Pengertian Jihad

1)    Dari segi bahasa,jihad berasal daripada perkataan “ jahada “  yang bermaksud menggunakan  segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu.

2)   Dari segi syarak pula,jihad boleh didefinisikan dengan pengertian yang lebih  luas,iaitu  berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu maklumat  yang disasarkan dalam menengakkan agama Allah SWT di atas muka bumi  ini.

3)   Definisi yang lebih sempit bagi perkataan jihad ialah mencurahkan  segala tenaga  dan keupayaan dalam memerangi orang kafir  dan menahan  serangan mereka dengan jiwa , harta dan lisan.

Tujuan Jihad

1)    Dalam Islam,tujuan jihad  adalah untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam dan manusia   keseluruhannya agar terbela atas prinsip  keadilan  yang  telus.

2)   Jihad juga berperanan untuk memastikan  ketinggian agama Allah SWT supaya    agama ini dapat disampaikan  secara terbuka kepada manusia  tanpa dihalang oleh sesiapa.

3)   Oleh sebab itu,para  fuqaha` Islam telah   bersepakat  menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab setiap orang Islam  untuk mempertahankan  setiap  tanah yang dikuasai  dan dijajah oleh golongan yang tidak beriman.

4)   Pengembelingan usaha  sama ada dalam bentuk tenaga,wang ringgit,fikiran ataupun  kepakaran,malahan jiwa dan raga sekalipun adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga tujuan tersebut tercapai.

5)   Mereka juga mengatakan bahawa jihad ialah tuntutan  fardu  ain bagi  setiap  Muslim yang tinggal di tanah air yang dijajah oleh golongan kafir.

6)   Jihad ialah prinsip Islam yang agung kerana jihad merupakan  cara  memelihara kebesaran,kemuliaan dan kedaulatan Islam.

Jenis-jenis Jihad

a)  Jihad Nyawa dan Tenaga

i. Jihad nyawa dan tenaga merupakan  jihad yang paling utama,iaitu melalui pengorbanan jiwa dan raga.
ii. Lazimnya,jihad sebegini ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban diistilahkan sebagai syahid.
iii. Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.

b)  Jihad Harta

 i. Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam jihad fi sabillah  
ii. Bagi golongan kaya,mereka boleh menyumbang harta  bagi menyokong  usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.
iii. Contohnya,Saidina Abu Bakar al-siddiq menyerahkan semua hartanya demi menegakkan syiar Islam

c)   Jihad Akal Fikiran

i. Idea yang bernas dan positif serta memberi  manfaat kepada masyarakat dan Negara tergolong dalam ciri-ciri  jihad di jalan Allah SWT
ii. Contohnya,Salman al-Farisi yang telah menyumbangkan idea bagi pembinaan parit dalam Perang Khandak.

d)   Jihad Melawan Nafsu

i. Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam
ii. Melaluinya,seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan { manhaj} yang digariskan  oleh Allah SWT
iii. Perjuangan melawan nafsu dalam diri  setiap individu Muslim adalah fardu ain
iv. Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam  jihad melawan nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima.

e)   Jihad Menentang Syaitan

i. Syaitan ialah musuh yang sebenar-benarnya.Buktinya,banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan di antara syaitan dengan manusia.Misalnya,dendamIblis kepada Nabi Adam a.s
ii. Jihad menentang  syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana setiap manusia  Islam mestilah sentiada berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan.Ini kerana kedua-duanya menjadi musuh  di dalam diri mereka sendiri.

f)  Jihad Menentang Golongan Munafik

i.  Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam
ii. Terdapat banyak ayat dalm al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini.
g)  Jihad Menentang Kemungkaran dan Mempertahankan Kebenaran
i. Umat Islam digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan
ii. Oleh sebab itu,segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati.

h)   Jihad Menuntut Ilmu

i)  Selain berjihad di medan perang, manusia juga disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan.Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
ii)  Umat Islam digalakkan mempelajari ilmu yang bermanfaat sama  ada fardu
         ain  seperti feqah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan
         dan kejuruteraan
iii)  Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan
          fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang
           mempelajarinya

ETIKA PEPERANGAN DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM

1. PENGENALAN

- Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah  
- Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata utk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya diserang oleh pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
- Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini berjaya melahirkan individu yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam.
- Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan; mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara; mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat. Dalam Islam, peperangan mempunyai etikanya yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.

2. ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

- Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3 mengikut situasi iaitu etika sebelum peperangan, semasa peperangan dan selepas peperangan.
- Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad atau berperang yg mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika berperang. Etika utama peperangan dlm Islam ialah mematuhi perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya.
- Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk mempertahankan diri apb diserang oleh musuh dan utk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan merupakan jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
- Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau diajak kpd Islam, berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menggempur wilayah Hirah.
- Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera Islam hanya menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah peperangan dimulakan.
- Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yg tdk memiliki kekuatan dan daya usaha spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan jizyah di zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk mendatangkan ancaman kpd negara Islam.
- Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dlm keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif iaitu harta musuh Islam langsung tdk diusik. Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
- Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg boleh mengaibkan musuh spt tentera tdk boleh mencencang mayat atau musuh yg terbunuh seperti mana yg telah dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika Perang Uhud.
- Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian damai yg dimenterai. Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.
- Etika seterusnya dlm peperangan ialah tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yg baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi atau Islam.
- Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh yg ditawan dibunuh sahaja ttp Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah baginda menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dgn ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah atau menebus diri dgn sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
- Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kpd ketua dan tdk boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam juga membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan krn perbuatan itu termasuk dlm strategi peperangan.
- Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi dlm peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti diagihkan secara sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat dlm peperangan tersebut.

3. STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN  

- Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq tdk mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus dan tidak ada org tetap yg menguruskan hal pertahanan dan ketenteraan.
- Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan mrk tidak dibayar gaji, cuma akan menerima habuan drp harta rampasan perang (ghanimah). Mrk berperang secara suka rela dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
- Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan telah diwujudkan dan semakin berkembang. Antaranya diwujudkan al-Diwan (daftar tentera); membahagikan tentera kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun.
- Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah berdasarkan sistem berbaris (al-saf) yg diasaskan oleh baginda Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera Islam dibhg kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki dan penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan perisai. Manakala barisan belakang terdiri pasukan pemanah dan perisai.
- Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.
- Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk, tentera Islam telah disusun menggunakan sistem ‘al-Kurdus’ yg ditiru drp sistem penyusunan tentera Byzantine. Setiap kurdus (unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp pasukan berkuda, pemanah dan tentera biasa.
- Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera darat shj. Tentera laut mula ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman pemerintahan Islam yg seterusnya.
- Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang busur dan panah, pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi), kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal (al-dabbabah), baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.
- Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca drp pelaksanaan pelbagai strategi bagi menewaskan musuh, sama ada cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau menyerang mengikut sittuasi dan keadaan.
- Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan pasukan pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.

4. STRATEGI ATAU TAKTIK DALAM PEPERANGAN

1. Menguasai Tempat Strategik

Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat strategik seperti menguasai kawasan punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu pertahanan tentera Islam. Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam seperti dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.

2. Kaedah Bertahan

Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam. Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000 org. Parit telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj. Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.

3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit

Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri. Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan tentera musyrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid. Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang Uhud ekoran mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk memunggut rampasan perang. Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah balas sehingga tentera Islam kucar-kacir.

4. Kaedah Penyamaran

Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik maklumat drp tentera musuh. Ketika Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka. Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn para sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.

5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh

Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah. Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan berpihak kpd Islam nanti. Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian tersebut. Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
 
6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini juga diteruskan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin. Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi

Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf. Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari tempat musuh dan bertindak melancarkan serangan. Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

8. Perang Satu Lawan Satu

Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh tentera Islam dan juga bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran. Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain seperti mana yg digunakan ketika Perang Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara besar-besaran.

9. Merahsiakan Jumlah Musuh

Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika berperang, kaedah merahsiakan jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang bermatian-matian demi agama, diri dan negara.
 
10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf

Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh pasukan pemanah. Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng pertahanan.

11. Membina Bandar atau Pusat Tentera

Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah dibina spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh. Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran. Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan diri dlm kegiatan lain.

12. Menggunakan Helah

Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh, tentera Islam mestilah kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu. Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn menyangkakan unggun api itu ialah jumlah tentera Islam. Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan perang digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya utk menakutkan musuh. Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan tentera Islam kesemuanya muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.  

5. KESIMPULAN 

Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menguatkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat berkembangan luas di Sem. Tanah Arab. Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW. Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab. Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria. 

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi (Kepimpinan)
Bincangkan sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam bidang ekonomi, politik dan sosial.

 Pengenalan

          Salehuddin al-Ayyubi atau nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai Saladin. Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur semasa Perang Salib. Kejayaan terbesar ialah mengalahkan kerajaan tentera Salib serta mengambil semula Baitulmaqdis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke12M.

Isi

          Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi boleh dilihat dari aspek sosial. Beliau memberi penekanan kepada pemulihan banteng kota Kaherah yang diawasi oleh al-Tawasyi iaitu seorang jurutera bangunan. Benteng ini dibina untuk mengawal negara daripada diceroboh musuh. Beliau juga mengarahkan pembinaan kubu Qal’ah al-Jabal bagi membendung saki-baki musuh yang masih ada di Kaherah.
          Selain itu, Salehuddin al-Ayyubi juga membangunkan Pasar al-Raudah dan al-Gizah. ‘Diwan Armada’ turut ditubuhkan untuk menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar. Beliau turut mengubah sebuah dewan dalam istana lama untuk dijadikan sebagai hospital. Sebuah bangunan gedung ubat-ubatan disediakan bagi mengagihkan ubat kepada pesakit. Hospital ini menyediakan sebuah ruangan khas untuk pesakit wanita dan pesakita mental.
          Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, beliau membina banyak sekolah dan menjemput golongan ulama dan cerdik pandai. Sistem pendidikan pra sekolah iaitu al-Katib diperkenalkan bagi menggalakkan kanak-kanak mempelajari al Quran, menghafal hadis serta meningkatkan kemahiran seni khat selain diajar asas ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat serta beribadat.
          Dalam bidang politik, Salehuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan kota Baitulmaqdis daripada cengkaman golongan Kristian. Beliau memastikan kesucian kota Baitulmaqdis dipelihara dengan menandatangani perjanjian bersama orang Kristian. Beliau mengamalkan dasar toleransi dengan penganut Kristian dengan membenarkan mereka mengunjungi kota Baitulmaqdis untuk beribadat dan berziarah.
          Dalam bidang ekonomi, Salehuddin al-Ayyubi telah meningkatkan sumber pendapatan negara melalui pembayaran jizyah, fidyah dan harta rampasan perang. Selain itu, beliau telah menghapuskan cukai-cukai yang membebankan. Sektor pertanian dan perdagangan pula dimajukan.
Penutup
          Sumbangan Salehuddin al-Ayubi dalam perkembangan dan kesucian agama Islam amat besar khasnya kejayaan mengembalikan kota suci Baitulmaqdis. Beliau turut berusaha memulihkan imej umat Islam.

SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah

Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih

Kepimpinan  dan pentadbiran :

a) Politik

Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Penaklukan kota Konstantinople  melalui pelbagai strategi dan perancangan  - membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah -
Serbia, Murah,  Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina

b) Sosial

Pertambahan  penduduk Istanbul
 Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan  rakyat

c) Agama

Kebebasan  beragama
Gerakan jihad dakwah  Islamiah ke benua Eropah.
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar  baginda  ialah Muhammad bin Murad binMuhammad  bin Bayazid.Baginda telah dilahirkan  pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah  bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali dengan  gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya  membebaskan kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih  menaiki  takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan  ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar  yang begitu luas selama kira-kira  30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan  seorang negarawan  yang ulung dan seorang panglima  tentera yang agung  kerana telah memimpin  sebanyak  25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.[2]

Kepimpinan  dan pentadbiran :

a) Politik

Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.  Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak  kecil, Muhammad  al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya  untuk menawan  kota Constantinople.  Sepanjang  dua tahun pertama  selepas menaiki takhta, baginda  mengkaji  pelan kota Costantinople  secara terperinci pada  setiap malam  bagi mengenal pasti  sebarang  faktor-faktor  kelemahan  kota tersebut.Baginda  juga turut mengkaji  sebab-sebab  kegagalan  kempen-kempen  panglima  Islam yang terdahulu  serta  berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi  terkini yang sesuai untuk digunakan. Baginda telah membuat  persiapan untuk menawan  kota Constantinople  dengan menyediakan  angkatan tentera yang besar dan  canggih. Angkatan  tenteranya disertai  kira-kira  265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan  400 buah kapal  laut. Baginda juga mengarahkan  pembinaan  peralatan  perang  termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak  bom seberat  300 kilogram dengan  jarak sejauh  1.5 kilometer.
Membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang  lapan kilometer dari kota Constantinople.  Benteng ini dapat mengawal  rapi kapal-kapal  yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah mengikat  perjanjian  damai dengan  pihak Wallachia,  Serbia dan Hungary  untuk memencilkan  Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople,  baginda membawa  bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar,  semangat  jihad tenteranya terutama  semasa  mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.
Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.
Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah
Tindakan penyatuan dilakukan  bertujuan menyekat  serangan kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan  Serbia.Namun,  usaha mendapatkan  wilayah tersebut  tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad  al-Fatih berundur  seketika.Walau bagaimanapun,  ekoran  perebutan  takhta yang  berlaku dalam  kalangan  kerabat diraja Belgrade, peluang  tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad  al-Fatih untuk menawan Belgrade  dan akhimya baginda berjaya.Sultan  Muhammad  al-Fatih  juga berjaya mennghapuskan  perikatan tentera  kerajaan Albania yang  berhasrat menjatuhkan  baginda.Kesan kejayaan  ini, kekuasaan  kerajaan  Turki Uthmaniyah semakin berkembang  di Eropah.

b) Sosial

Pertambahan  penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana  bilangan  penduduk  kota berkenaankian berkurangan  akibat  terkorban  dalam peperangan.Baginda mengarahkan  supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman  mereka kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga mengarahkan  negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing  ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah  secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan  aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya  yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran  golongan imigran  ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan  Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya  tanpa diskriminasi.
Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang  Islam.Pada hari ini, gereja  tersebut  dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid  diubah suai mengikut  seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan  ayat-ayat  al-Quran bertulisan  khat yang indah. Di luar masjid pula dibina  sebuah menara.  Padazaman sultan berikutnya,  bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga membina  1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyrb  al-Ansarri.  Di tepi masjid  ini dibina sebuah  kubah yang berwarna  putih. Tempat  ini akhirnya menjadi tumpuan  ahli tasawuf.
Instituisi pendidikan
Institusi  pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan  telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.
Kebajikan  rakyat
Bagi menjaga kebajikan  rakyat, baginda mendirikan  hospital, rumah kebajikan,  rumah fakir-miskin  dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan keselamatan  pula, baginda telah membina  limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi  dengan menara kawalan.

c. Agama

Kebebasan  beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah  ke Istanbul.  Sultan Muhammad al-Fatih  juga telah membenarkan  agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta  pihak gereja berhimpun dan memilih seorang  ketua  paderi dalam  kalangan  mereka. Akhirnya,  Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius  kemudian berkata bahawa  beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada  melihat  topi Latin (Katholik)  kerana  pihak Katholik  Barat telah menindas  pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan  supaya gereja  tidak dimusnahkan  atau diapa-apakan.

Ciri-ciri dan kegiatan ekonomi masyarakat Madinah pada Zaman Nabi Muhammad SAW

BINCANGKAN CIRI-CIRI DAN KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW.

PENGENALAN

1. Konsep ekonomi Islam merujuk kepada suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat sama ada di peringkat perolehan,  penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri dan masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
2. Ekonomi Islam berasaskan konsep tauhid bagi melahirkan manusia yang beriman,  amanah dan bertanggungjawab untuk mengendalikan harta benda dan wang yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia.
3. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah telah mengubah sistem ekonomi yang dijalankan di Madinah.  Sebelum hijrah,  aktiviti ekonomi di Madinah dimonopoli oleh kaum Yahudi.

ISI:

a. Ciri-ciri ekonomi masyarakat Madinah

i.Sumber wahyu merupakan asas kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat Islam khasnya dan umat manusia amnya.
ii.Mengharamkan segala aktiviti dan amalan yang berunsur penindasan seperti riba,  penipuan,  rasuah dan monopoli sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat kaum Yahudi di Madinah.
iii.Pengagihan kekayaan secara sama rata melalui kewajipan berzakat dan galakan bersedekah.
iv.Prinsip utama berasaskan keadilan dan mementingkan kebajikan.  Contoh,  golongan Muhajirin yang berhijrah ke Madinah telah dibantu oleh golongan Ansar atas prinsip keikhlasan dan persaudaraan berasaskan akidah yang sama.

b. Kegiatan ekonomi masyarakat Madinah

i.Pertanian

· Menjadi punca ekonomi yang utama kerana Madinah merupakan kawasan yang subur.
· Golongan Muhajirin dan Ansar mengusahakan tanah sebagai aktiviti utama.
· Kebanyakan golongan Ansar terlibat dalam bidang pertanian.
· Golongan Muhajirin juga melakukan aktiviti bertani, mengurus dan menyelenggarakan kebun tamar golongan Ansar.
·    Kerjasama yang  tidak terbatas antara golongan Muhajirin dan Ansar membawa kejayaan kepada golongan Muhajirin dan dapat memulakan kehidupan baru setelah berhijrah ke Madinah.

ii.Perdagangan

· Terdapat beberapa pasar harian dan bermusim di dalam dan di sekitar Madinah.
· Pasar-pasar tersebut terus berkembang pada zaman Islam seperti pasar Ukaz, Zu al-Majaz,  Majannah dan Hubashah.
· Nabi Muhammad SAW menerapkan sistem ekonomi Islam berasaskan aspek moral yang terpuji dalam perdagangan.
· Islam melarang amalan yang diharamkan seperti perdagangan  barangan yang tidak halal, pengambilan riba, penipuan dalam
· sukatan dan timbangan, monopoli dan pemindasan dalam perdangangan.
· Nabi Muhammad SAW  bijaksana dan mempunyai visi dalam membangunakan  Madinah dengan menggunakan lokasi Madinah yang strategik bagi menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan.
· Kedudukan Madinah yang berada di tengah-tengah kesibukan jalan perdagangan antara Yaman dan Syam.  Malah pedagang dari arah Makkah dan Ta’if juga menggunakan jalan ini sebagai laluan utama.
· Keadaan ini telah menggugat aktiviti perdagangan kaum Quraisy dari Makkah ke Syam atau Yaman.

KESIMPULAN:

-Perancangan Nabi Muhammad SAW dalam bidang ekonomi adalah mengikut syariat Islam dan telah menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan ekonomi yang penting.
-Malah ekonomi di Madinah tidak lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi di Madinah.
Kegiatan ekonomi Masyarakat Melaka (Abad ke-15M)

BINCANGKAN  KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MELAKA  PADA   ABAD KE-15 M.

PENGENALAN

-Kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dibahagikan kepada dua jenis iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan.
-Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam khususnya sayur-sayuran dan padi,  berdusun,  memungut hasil-hasil hutan,  menangkap ikan,  berburu,  menternak binatang dan kraf tangan.

ISI:   AKTIVITI EKONOMI PENDUDUK MELAKA

1. Pertanian

· Aktiviti menanam padi dijalankan.
· Kegiatan tanam padi mula wujud di Melaka dengan kemunculan kerajaan Melaka.
· Orang Melaka hanya mengeluarkan sedikit sahaja beras bagi menampung keperluan penduduk.
· Oleh itu,  Melaka import beras dari Siam,  Palembang dan Jawa.
· Sayur-sayuran ditanam untuk keperluan keluarga dan hanya akan dijual sekiranya ada lebihan.

2. Berdusun

· Aktiviti ini dijalankan oleh orang Melaka.
· Mengikut Tom Pires,  Sultan Iskandar serta 1 000 orang pengikutnya telah    menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun.
· Antara tanaman yang ditanam ialah tebu,  pisang,  nanas dll.

3. Menangkap ikan dan hasil laut

· Ikan merupakan sumber protein yang khusus bagi orang Melayu.
· Sultan  Iskandar Syah serta pengikutnya pernah menjadi nelayan semasa berada di Muar bagi menampung keperluan seharian.
· Kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut juga dilakukan oleh orang laut.
· Kebanyakan orang Melaka bergantung hidup dengan aktiviti penangkapan ikan.
· Mereka menggunakan perahu yang diperbuat daripada kayu bulat yang ditebuk menjadi perahu.

4. Memburu

· Penduduk Melaka menjalan aktiviti berburu untuk menampung kehidupan seharian.
· Kegiatan memburu merupakan aktiviti yang diwarisi.
· Memburu juga merupakan aktiviti raja-raja Melayu Melaka.
· Rakyat biasa juga melakukan aktiviti berburu kerana mereka tidak terlibat dalam aktiviti perdagangan.
· Aktiviti berburu ini dijalankan sebagai aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan.

5. Menternak binatang

· Aktiviti penternakan binatang secara kecil-kecilan merupakan sebahagaian daripada kegiatan ekonomi sara diri penduduk di Melaka.
· Antara binatang ternakan ialah kambing,  kerbau,  lembu  ayam,  itik dsb.
· Di Melaka dikatakan Bendahara Seri Maharaja membela kerbau dan binatang-binatang yang lain.

6. Memungut hasil hutan

· Aktiviti  memungut hasil hutan merupakan aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh penduduk Melaka.
· Antara hasil hutan yang dikutip ialah rotan,  dammar,  dan getah jelutong.
· Aktiviti ini dijalankan kerana mereka banyak bergantung hidup dengan persekitaran seperti sungai,  hutan dan tanah pertanian.
· Hasil pertanian ini mendapat pemintaan yang baik dari pedagang luar.

7. Kegiatan perdagangan

· Aktiviti perdagangan di Melaka merupakan warisan dan penerusan aktiviti ekonomi masyarakat peribumi.
· Dijalankan  secara kecil-kecilan dan besar-besaran.
· Perdagangan secara kecil-kecilan dilakukan oleh rakyat biasa yang berjaja di pasar-pasar dan ada yang menggunakan perahu kecil.
· Bagi golongan pembesar,  kegiatan perdagangan diwakilkan kepada kiwi untuk berurus  niaga bagi pihaknya.
· Aktiviti perdagangan besar-besaran melibatkan urus niaga dengan pedagang luar.

8. Pertukangan kayu,  besi dan kraf tangan

· Pertukangan kayu dihasilkan seperti pembinaan perahu,  rumah dan istana.
· Ketukangan  besi melibatkan penciptaan senjata.
· Barangan kraf tangan seperti bubu dan tikar mengkuang dihasilkan daripada rotan,  buluh dan kayu.

KESIMPULAN

-Kehidupan masyarakat Melaka amat bergantung kepada persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah.-Mereka telah mengeksploitasi sumber persekitaran ini untuk menampung keperluan seharian mereka.Selepas abad ke-15,masyarakat Melaka mula melibatkan diri dalam bidang perdagangan secara besar-besaran  sehingga Melaka muncul sebagai pelabuhan entreport terkenal pada abad ke-15.

Pelaksanaan dan peranan Baitulmal pada Zaman Khulafa' Al-Rasyidin

NILAIKAN PELAKSANAAN  DAN PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN.

PENGENALAN

1. Baitulmal (Perbendaharaan Negara) merupakan sebuah institusi kewangan.
2. Fungsinya untuk menyelenggarakan harta-harta umum atau tempat menyimpan barangan yang berharga sperti wang emas,  perak,  batu permata dan barang perhiasan yang berharga.
3. Sejarah penubuhan Baitulmal sudah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.
4. Tetapi pendapatan negara pada waktu itu terlalu sedikit,  maka Baitulmal tidak diperlukan dan semua hasil yang diperoleh sama ada melalui zakat,  sedekah atau peperangan telah diagihkan oleh Baginda kepada yang berhak pada waktu itu.

ISI:

A. PELAKSANAAN  BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1. Zaman Khalifah Abu Bakar al- Siddiq
· Telah wujud institusi Baitulmal
· Bukti;  Abu Ubaidah adalah pemegang kunci Baitulmal ketika itu
· Walau bagaimanapun,  pelaksanaannya masih tidak formal dan sistematik
2. Zaman Khalifah Umar al-Khattab
· Baitulmal ditubuhkan secara rasmi pada tahun 13 H.
· Pada ketika itu agama Islam berkembang pesat dan pemerintah mendapat harta yang banyak dari rampasan perang dan penaklukan daerah-daerah yang luas.
· Oleh itu,  memerlukan pengurusan yang cekap dan tersusun rapi supaya perbelanjaan yang dilakukan tidak membazir  dan mengikut apa yang ditentukan  oleh undang-undang Islam.
· Khalifah  Umar melantik ‘Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair bin Mu’tam mengendalikan Baitulmal ini.
· Kota Madinah dijadikan pusat pentadbiran Baitulmal.
· Institusi  Baitulmal ditubuhkan di setiap wilayah Islam sebagai cawangan Baitulmal yg berpusat di Madinah.
· Disetiap cawangan Baitulmal ini dilantik pegawai-pegawai Baitulmal yg menjalankan tugas di bawah pentadbiran Baitulmal pusat
· Khalifah Umar menyediakan buku kira-kira bagi mengesan perbelanjaan dan pendapatan yang sistematik.
· Khalifah Umar telah mengasaskan penyelarasan pentadbiran kewangan negara dan penggunaan harta awam bersesuaian dengan perkembangan sosial, politik dan ekonomi negara pada masa itu
3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan
· Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan harta Baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya.
· Beliau dikatakan mengerah rakyat bayar cukai yang lebih,  tidak agih harta arampasan perang dan boros berbelanja.
· Semua tuduhan itu tidak tepat kerana khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawannya.
4. Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib
·   Masih dilaksanakan walaupun menghadapi masalah dalaman.
·   Khalifah Ali menolak gesaan pengikutnya agar mengambil sebahagian daripada harta Baitulmal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Muawiyah.

B. PERANAN BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1. Melalui Baitulmal, khalifah bertanggungjawab secara langsung menentukan sumber pendapatan negara dan mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan negara secara keseluruhannya.
2. Matlamat pelaburan di dalam Baitulmal ialah memberi kemakmuran kepada umat  Islam.  Baitulmal adalah satu lambang penyertaan setiap individu yang berada dengan mengeluarkan zakat, sedekah, wakaf dsb untuk mengatasi masalah kemiskinan mereka yang tidak bernasib baik.
3. Harta dalam Baitulmal hendaklah sentiasa mengalir sama ada diagihkan kepada 8 asnaf (mereka yang berhak menerima zakat),  untuk membina infrastruktur dan  pelaburan di dalam aktiviti-aktiviti  sosial, perdagangan dan perindustrian.
4. Membayar gaji  pegawai-pegawai kerajaan dan golongan tentera yang berkhidmat secara tetap atau sukarela.
5. Untuk mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.
6. Untuk menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan negara,  bahkan merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.
KESIMPULAN
1. Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan. Baitulmal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.
2. Pentadbiran  Baitulmal zaman Khalifah Umar al-Khattab diikuti oleh khalifah-khalifah selepasnya dan khalifah-khalifah kerajaan Bani Umayyah.

Pelaksanaan Jizyah pada Zaman Khulafa' Al-Rasyidin
HURAIKAN PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN.

PENGENALAN

1. Jizyah  merupakan cukai perlindungan yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang bukan islam yang tinggal di negara islam demi untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
2. Tujuan jizyah;  merupakan gantian bagi usaha dan penat lelah yang dicurahkan oleh orang Islam bagi melindungi mereka dan diberi kebebasan beragama serta dikecualikan daripada bertugas dalam tentera.
3. Orang bukan Islam (zimmi) diwajibkan membayar jizyah mestilah mempunyai syarat-syarat seperti sihat dari segi fizikal dan mental,  lelaki,  baligh,  berkemampuan,  sihat, dan merdeka.
4. Jizyah dibahagikan kepada dua bahagian:
     Jizyah secara baik yang  kadarnya ditetapkan secara persetujuan kedua-dua belah pihak.
     Jizyah secara paksa yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam.
5. Biasanya, pembayaran dilakukan pada awal tahun.  Kadar paling minimum ialah 1 dinar.
6. Kewajipan membayar jizyah dengan sendirinya gugur apabila seseorang itu memeluk Islam atau kerajaan Islam gagal member jaminan keselamatan kepada orang kafir zimmi.

PELAKSANAAN JIZYAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1. Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
§   Beliau telah hantar beberapa ekspedisi tentera ke kawasan Iraq dan Syria
§   Ekspedisi di bawah pimpinan Khalid al-Walid dan panglima al-Qu’qa bagi menyaingi kekuatan kerajaan Parsi dan Byzantine(Rome)
§   Pemimpin Hirah yang tidak memeluk Islam telah bersetuju untuk membayar jizyah kepada kerajaan Islam Madinah setelah diberi 3 pilihan iaitu memeluk Islam,  membayar jizyah atau diperangi
§   Kadar jizyah yang dibayar ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun.
§   Jizyah dibayar terus kepada kerajaan Islam Madinah.
2. Zaman Khalifah Umar al-Khattab
§   Gabenor-gabenor wilayah telah dilantik untuk melaksnakan jizyah ke atas wilayah masing-masing.
§   Antara kawasan penting yang telah dapat dikuasai ialah Palestin,  Iraq,  Mesir dan Syria.
§   Wilayah-wilayah tersebut dikehendaki membayar jizyah.
§   Pemerintah Byzantine yang memerintah Baitulmaqdis telah menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Islam di bawah pimpinan Khalifah Umar  al-Khattab.
§   Antara  isi kandungan perjanjian tersebut ialah:
i. Kerajaan  Islam memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta penduduk
ii. Menjamin  kebebasan beragama
iii. Mereka  dikehendaki membayar jizyah kepada kerajaan Islam
iv. Mereka  diberi hak untuk mengerjakan tanah yang telah   dimiliki sebelumnya dengan syarat membayar cukai kharaj (cukai tanah)
§   Babylon yang ditawan oleh kerajaan Islam telah bersetuju untuk membayar jizyah.
§   Rakyat Mesir member jizyah sebanyak 2 dinar setahun.
§   Syria dikenakan kadar jizyah sebanyak 1, 2 @ 4 dinar mengikut keupayaan dan kemampuan seseorang kafir zimmi
3. Zaman Khalifah Uthman bin Affan
§   Beberapa wilayah berjaya ditakluki seperti Tarablus (Tripoli)- Libya,  Nubah – Sudan dan Qairawan.
§   Penduduk kawasan tersebut telah meminta perdamaian dan perlindungan daripada kerajaan Islam dan besetuju untuk membayar jizyah.
4. Zaman Khalifah Ali bin Abu Talib
§   Perlaksanaan jizyah terus dikuatkuasakan walaupun berlaku kegawatan politik.
§   Tetapi kadar dan kawasan yang dipungut tidak jelas.
§   Buktinya,  surat Khalifah Ali kepada al-Asytar al-Nakhaii supaya tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.

KESIMPULAN

1. Jizyah merupakan antara punca pendapatan negara Islam yang penting.
2. Sumber jizyah yang diperoleh pada zaman Khulafa al-Rasyidin dapat dimanfaatkan untuk memajukan negara seperti infrastruktur dan dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.

Pembentukan Negara Bangsa
1. Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan :

§  Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri.
§  Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.

Isi-isi Penting :

§  Pembentukan negara bangsa Turki bermula sejak empayar Turki Uthmaniyah diperintah oleh Sultan Abdul Hamid II apabila baginda memperkenalkan sistem pemerintahan berperlembagaan menggantikan sistem pemerintahan khalifah. Selain daripada menukar sistem pemerintahan Turki Uthmaniyah, baginda juga tidak lagi mengamalkan sistem syura yang menjadi amalan dalam sistem pentadbiran Islam.
§  Pada 23 Disember 1876, Sultan Abdul Hamid II meluluskan draf perlembagaan yang dirangka oleh Midhat Pasha dan beberapa pembantunya berdasarkan Perlembagaan Belgium dan Prussia. Walau bagaimanapun, Sultan Abdul Hamid II menambah satu fasal dalam perlembagaan tersebut yang membenarkan Sultan membuang sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara. Melalui perlembagaan ini, Sultan ddiisytiharkan sebagai khalifah bagi seluruh dunia Islam. Perlembagaan ini juga menekankan persamaan hak untuk semua rakyat tanpa mengira agama.
§  Selain itu, tumpuan pembaharuan baginda ialah dalam bidang pendidikan. Beliau sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan memuliakan golongan cerdik pandai. Perbelanjaan negara telah diperuntukkan untuk menyelenggara sekolah dan institusi pendidikan tempatan. Baginda menubuhkan sekolah dan pusat penyelidikan yang berkaitan dengan ilmu perubatan, penternakan ulat sutera, perikanan dan perhutanan. Pada ketika itu, pembinaan sekolah diperhebatkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah di wilayah naungannya. Penduduk tempatan mendapat faedah daripada pembinaan sekolah tersebut khususnya sekolah atau kolej ketenteraan. Pendekatan pembinaan sekolah di wilayah naungan berlaku dalam rentak dan pendekatan yang berbeza. Wilayah Yaman dan Hijaz tidak didirikan sekolah tentera sebaliknya menceduk ilmu pengetahuan dari sumber Islam yang tulen. Pada zaman itu, di Syria terdapat aktiviti penyebaran agama Kristian Katolik dan Protestan yang hebat dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Oleh itu, pendekatan di Syria secara umumnya dan Lubnan khususnya adalah cenderung kepada kebudayaan Eropah.
§  Sultan Abdul Hamid II menggunakan seluruh tenaganya untuk merealisasikan matlamat penubuhan Pan-Islamisme. Baginda cuba menghidupkan kembali sistem dan gelaran khalifah dalam kalangan umat Islam seluruh dunia dan mengharapkan penjajah terutamanya Britain merasa gerun kerana menjajah berjuta-juta umat Islam. Namun, dasar Pan-Islamisme yang dibawa oleh Sultan Abdul Hamid II tidak bertahan lama kerana benih-benih nasionalisme Barat yang telah ditanam sekian lama dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki sehingga berjaya membuahkan bibit-bibit perpecahan dan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.
§  Turki Muda (Young Turks) merupakan golongan radikal yang menentang Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini merupakan pelajar-pelajar muda yang dihantar oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara terutama dalam bidang perubatan. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda atau Committee of Union and Progress (CUP) bersama Tentera Division Ketiga di Salonika telah mengisytiharkan pemberontakan terhadap pemerintahan Sultan Abdul Hamid II dengan slogan “Equality, Fraternity, Liberty and Justice”. Slogan ini merupakan semangat daripada Revolusi Perancis 1789.
§  Semenjak peristiwa itu, kuasa pemerintahan Turki Uthmaniyah bertukar tangan daripada khalifah jatuh kepada Rejim Turki Muda. Sultan Abdul Hamid II disingkir dan sultan lain dilantik untuk menjadi boneka penyatuan umat Islam di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila Rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama bersama sekutunya, Jerman dan kalah dalam perang tersebut kepada Tentera Bersekutu yang dianggotai oleh Britain, Perancis, Itali dan Rusia. Banyak daerah di bawah naungan Turki Uthmaniyah dibahagikan antara kuasa-kuasa Bersekutu yang menang dalam Perang Dunia Pertama sehingga menghimpit penduduk Turki dan memaksa mereka untuk berjuang mendapat kemerdekaan tanah air sendiri.
§  Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan pemimpin Turki Muda meninggalkan empayar Turki Uthmaniyah terumbang-ambing menimbang nasib untuk berkubur sehinggalah muncul tokoh yang dikatakan penyelamat oleh rakyat Turki, iaitu Mustafa Kamal Ataturk yang cuba memperjuangkan kedaulatan Turki dan menggunakan propaganda menyelamatkan umat Islam bagi meraih sokongan rakyat. Apabila Tentera Bersekutu menguasai Istanbul, Mustafa Kamal Ataturk mengisytiharkan perang terhadap mereka dan mendapat sokongan padu daripada ulama, syeikh tariqat dan seluruh rakyat Turki. Berbekalkan semangat jihad, rakyat Turki bersama-sama di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan kerajaan kebangsaan merdeka di kawasan Ankara.

Penutup :

§  Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
§  Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

2. Huraikan Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki Pada Abad ke-20

Pendahuluan :

§  Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876 - 1909) merupakan kemuncak kepada tanzimat atau pembaharuan dan baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri.
§  Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II berjaya mempertahankan kerajaan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat. Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya.
§  Pada awal abad ke-20, Sultan Abdul Hamid II telah mempunyai kuasa, sungguhpun kuasa tersebut semakin merosot dan hilang selepas pelucutan baginda sebagai Sultan Uthmaniyah pada tahun 1909. Dalam tempoh 1900 hingga 1909, baginda cuba sedaya upaya mempertahankan wilayah dan keselamatan rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Tempoh tersebut juga merupakan tempoh kuasa-kuasa barat cuba mengenakan tekanan ke atas kerajaan baginda.
§  Britain, Perancis dan Rusia khususnya bersaing sengit untuk mendapatkan kekayaan yang terdapat dalam wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa barat telah bersatu untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.
§  Sementara itu, keadaan menjadi semakin buruk apabila penduduk bukan Islam dalam wilayah Turki Uthmaniyah dihasut oleh pihak barat untuk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah dari dalam. Asakan yang direncanakan oleh pihak barat ini menyebabkan melakukan beberapa rancangan untuk membina negara bangsa Turki.

Isi-isi Penting :

Faktor Dasar Pan-Islamisme
§  Pembentukan negara bangsa Turki pada awal abad ke-20 dikaitkan dengan dasar Pan-Islamisme yang merupakan satu dasar terpenting pada masa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Sebagai satu dasar, fahaman ini menekankan perpaduan dan kerjasama umat Islam sejagat di bawah pimpinan seorang khalifah yang berperanan membela hak umat Islam, bukan sahaja di Turki malah di seluruh dunia.
§  Melalui dasar Pan-Islamisme ini, orang-orang Islam di Turki dan berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan di bawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah. Manakala umat Islam yang berada di bawah penguasaan orang barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing-masing daripada belenggu penjajahan barat.
§  Baginda berusaha menghidupkan dan membangunkan keagungan sistem khalifah Islamiyah dan usaha ini menggerunkan penjajah terutamanya Britain. Menurut baginda, walaupun empayar Turki Uthmaniyah lemah dari sudut politik, namun negara-negara Barat masih takut kepada kekuatan Islam.
§  Untuk mencapai dasar Pan-Islamisme ini, Sultan Abdul Hamid II telah menggerakkan seluruh lapisan masyarakat yang terdiri daripada kalangan ulama, pemikir dan pembesar daripada pelbagai kaum, negeri dan aliran pemikiran serta pelbagai bidang kepakaran. Di antara tokoh yang menyertai Projek Pan-Islamisme” ini termasuklah Jamaludin al-Afghani, Abd. Al-Qadir al-Maghribi dan Rashid Rida.

Faktor Pendidikan

§  Oleh kerana kedudukan Turki berhampiran dengan negara-negara Barat yang maju, maka bidang pendidikan diberi keutamaan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah supaya setanding dengan negara-negara barat. Sultan Abdul Hamid II dianggap sebagai pengasas kepada pendidikan peringkat rendah dan menengah yang memberi perhatian kepada kemajuan modenseperti yang terdapat di dunia Barat tetapi tidak mengenepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
§  Banyak sekolah menengah, sekolah rendah dan institusi pendidikan tinggi di Turki didirikan. Sekolah rendah didirikan di setiap kampung. Bilangan sekolah di seluruh bandar dan kampung dalam wilayah Uthmaniyah mencapai angka 36 320 buah manakala bilangan pelajar berjumlah 331 140 orang. Jumlah institusi pengajian tinggi di Turki pada awal abad ke-20 pula bertambah kepada 18 buah.

Faktor hubungan dengan golongan minoriti

§  Untuk membina negara dan bangsa Turki, Sultan Abdul Hamid II juga sedar bahawa golongan minoriti yang tinggal di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah perlu dilindungi dan diberi hak mereka selaras dengan tuntutan Islam terhadap Ahl al-Dhimmah.
§  Hubungan yang baik serta mesra cuba diatur dengan golongan minoriti ini supaya masalah keselamatan dalam negeri dapat dihindarkan. Antara golongan minoriti yang tinggal dalam empayar Turki Uthmaniyah ialah orang Armenia, Maronite dan Rom dan kebanyakan mereka beragama Kristian dan Yahudi.
§  Pemerintah Turki Uthmaniyah telah mengeluarkan pelbagai peraturan meliputi pelbagai keistimewaan untuk golongan minoriti. Sultan Abdul Hamid II sendiri menggunakan khidmat golongan minoriti yang menjawat jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan seperti di kedutaan dan pentadbiran wilayah.
§  Bagaimanapun kesetiaan golongan minoriti terhadap empayar Turki Uthmaniyah teruji apabila orang-orang barat menghasut mereka menentang kerajaan Turki. Mereka telah bekerjasama dengan negara-negara Eropah untuk menghancurkan kerajaan Turki Uthmaniyah. Justeru, berlakulah pemberontakan seperti yang dilakukan oleh puak Armenia. Puak Yahudi dan Yahudi Dunama pula campur tangan bagi menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Faktor komunikasi dan pengangkutan

§  Bagi menghadapi era pemodenan khususnya perkembangan teknologi, Sultan Turki Uthmaniyah memberi perhatian yang serius dalam bidang komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf disediakan di seluruh negara sedangkan ketika itu sebahagian daripada negara eropah masih belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh pelusuk negara.
§  Stesen-stesen telegraf telah dibina di seluruh bandar di Turki dan wilayah penguasaan serta bandar-bandar lain seperti Makkah, Madinah, Damsyik, Tripoli Barat dan India. Untuk melaksanakan projek ini, baginda telah menubuhkan Kementerian Telegraf yang bertanggungjawab menjayakannya.
§  Sesungguhnya sistem telegraf dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik denga lebih cepat dan membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah.
§  Dalam bidang pengangkutan, Sultan Abdul Hamid II telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini telah menghubungkan bandar Constantinople degan kota Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Pembinaan ini telah menelan belanja sebanyak 3 juta pound sterling.
§  Projek landasan kereta api Hijaz merupakan satu projek Islam yang tulen kerana tenaga kerjanya terdiri daripada orang-orang Islam manakala kos pembinaannya pula adalah hasil sumbangan pemimpin dan masyarakat Islam.
§  Kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka untuk menjayakan projek ini.  Kerajaan juga menyediakan kenaikan pangkat serta menganugerahkan bintang-bintang kebesaran kepada sesiapa yang menyumbang tenaga dan harta terhadap projek ini.
§  Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah yang wajar kerana pembinaannya membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah politik dan strategi keselamatan. Apa yang lebih penting, projek ini akan merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.

Faktor Dasar Turkifikasi

§  Sultan abdul hamid II mewarisi sebuah negara yang sedang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang kerajaan turki uthamaniyah pada awal pemerintahan baginda mencecah angka 300 juta lira. Baginda memutuskan untuk membayar keseluruhan hutang sebagai langkah untuk membebaskan kerajaan Turki Uthmaniyah daripada tekanan politik Barat. Dengan melunaskan hutang itu juga bermakna baginda tidak memberi peluang kepada pihak musuh untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. Demi bangsa dan negaranya, baginda sanggup berbuat demikian.
§  Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki sekitar tahun 1910 hingga 1915, mereka menekankan kepada dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar Turki Uthmaniyah sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negara Balkan. Kajian oleh Eeman Mohamed Abbas mendapati pemerintahan al-Ittihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 iaitu selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II, bukanlah pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah.
§  Dalam tempoh selepas itu, semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan kerajaan Turki dibuat oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi seperti keputusan untuk melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dan menyokong Jerman dalm perang tersebut. Golongan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang menganjurkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusiadan Yahudi Dunama yang kebanyakannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Merekalah yang mengasaskan gerakan ini yang kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah.
§  Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan “kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan.” Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam golongan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan yang lain-lain untuk menjadi Turki.

Penutup :

§  Sultan Abdul Hamid II telah cuba sedaya upaya membina negara dan bangsa Turki namun beliau gagal dengan asakan Barat yang bersatu untuk menamatkan riwayat empayar Turki Uthmaniyah.
§  Golongan Turki Muda pula sukar membina negara bangsa Turki kerana mereka telah termasuk dalam perangkap kuasa-kuasa Barat.

3. Huraikan Pembentukan Negara Bangsa Mesir Pada abad Ke-20

Pendahuluan

§  Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika dan bukanlah negara Arab pada mulanya.
§  Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khususnya Perancis apabiala Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
§  Namun, penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sulta salim 3 menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.Angkatan tentera ini diketuai oleh Muhammad Ali Pasha.

Isi-isi penting:

§  Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniyah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir. Namun, penganti-penganti Ali Pasha yang banyak dilanda masalah terutamanya Ismail yang berhutang sebanyak 100 Juta Pound Euro dengan bank-bank Eropah telah membuka pintu kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam pentadbir Mesir.
§  Pada tahun 1882, selepas pemberontakan Urabi dalam menentang diskriminasi yang dikenakan kepada tentera fellhahin (atau penduduk asal Mesir) berjaya dipatahkan, Britain meletakkan seorang Prokonsul British di Mesir bermulalah penjajahan secara rasmi oleh Britain terhadap Mesir. Semasa berada di bawah cengkaman British, banyak perubahan yang telah berlaku di Mesir. Antaranya ialah sistem pemerintahan Khedif (Gabenor) diletakkan di pengawasan Britain dan sistem buruh paksa yang menjadi amalan tradisonal di Mesir dihapuskan.
§  Sebelum tahun 1914, sistem pendidikan British mengenakan yuran pendidikan kepada pelajar yang menuntut di sekolah kerajaan, walhal di bawah pemerintahan Khedif sebelum ini, pendidikan di Mesir adalah percuma. Ini meluaskan jurang perbezaan kelas dalam masyarakat Mesir. Di sekolah agama dan sekolah rendah, Britain menggalakkan penggunaan dialek tempatan, iaitu bahasa Arab Misriyah atau Amiiyah dalam pengajaran di dalam kelas. Ini mengukuhkan lagi identiti Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.
§  Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Mesir secara rasmi diumumkan sebagai jajahan British yang berlindung di bawah Kerajaan Diraja British. Namun, disebabkan kekacauan dalaman yang melanda Mesir apabila rakyat dipaksa menyertai Perang Dunia Pertama, rakyat mula bangkit memberontak. Pada 13 November 1918, satu delagasi (wafd)  yang terdiri daripada pemimpin nasionalis yang diketuai olah Saad Zaghlul telah menemu Pesuruhjaya Tinngi British di Mesir, Jeneral Ser Reginald Wingate untuk memohon kemerdekaan Mesir secara formal dan menuntut untuk menghantar seorang wakil ke perundagan Damai Paris. Permintaan delagasi wafd  ini ditolak mentah-mentah oleh British malah pemimpin utama deligasi ditangkap dan dibuang negeri serta-merta ke Malta. Tindakan British ini mencetuskan kebangkitan nasional yang melibatkan seluruh penduduk Mesir tanpa mengira darjat,pekerjaan mahupun agama.
§  Kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dibendung lagi oleh British dan pada Disember 1919, mereka menghantar satu suruhanjaya peninjau yang dikenali sebagai Misi Milner untuk melihat keadaan di Mesir. Misi Milner mencadangkan kepada kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Mesir namun dengan bersyarat. Empat Prasyarat Kemerdekaan Mesir menyatakan Kerajaan Diraja British bertanggugjawab untuk menguruskan:
ü  Keselamatan sitem komunikasi (Terusan Suez) empayar British di Mesir.
ü  Pertahanan di Mesir, iaitu dicerobohi sama ada secara langsung atau tidak langsung oleh kuasa asing.
ü  Perlindungan bagi kepentingan orang asing dan golongan minoriti di Mesir.
ü  Kepentingan di Wilayah Sudan.

Penutup

§  Akhirnya pada tahun 1992, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
§  Sejurus kemerdekaan diumumkan, Perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja Fuad 1 ditabalkan menjadi Sultan Mesir Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.

4. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir abad ke-20.

Pendahuluan

Mesir secara geografinya merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika dan bukanlah negara Arab pada mulanya.
Mesir mula terdedah kepada kebudayaan Barat khusunya Perancis apabila tentera Napoleon berjaya menawan Mesir yang ketika itu berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun 1798.
Namun penguasaan Perancis terhadap Mesir hanya untuk seketika. Selepas tiga tahun, Sultan Salim III menghantar tentera Turki Uthmaniyah dengan pakatan Britain untuk merampas Mesir daripada tangan Perancis.

Isi-isi penting

Faktor-faktor pembentukan negara bangsa Mesir

1.  Kemunculan golongan nasionalis

Diskriminasi pihak British telah mewujudkan golongan nasionalis yang menuntut kemerdekaan Mesir dan sistem parlimen seperti di Barat. Pihak tentera(orang Mesir) telah dikawal rapi oleh pihak British, manakala lulusan undang-undang tidak disekat aktivitinya. Golongan pemimpin ini ialah Mohammad Farid dan Mustafa Kamil.
Lulusan undang-undang dididik oleh pensyarah berketurunan Perancis yang bertugas di Mesir. Mereka telah menjalankan kegiatan untuk menghasut pelajar agar memusuhi pihak British. Hal ini berkembang dengan subur dan merasakan diskriminasi British dalam bidang pentadbiran.
Walaupun kedudukan Mesir berada di Afrika Utara tetapi sebahagian besar penduduknya merasakan mereka adalah sebahagian daripada orang Arab.Pihak British cuba menghapuskan keadaan tersebut dengan menggalakkan masyarakat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan identiti Mesir.
Generasi baharu Mesir akan  tersisih daripada bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.  Oleh itu timbul rasa gelisah dalam kalangan ulama Mesir.

2.  Pembukaan Terusan Suez

Pembukaan Terusan Suez sejak tahun 1869 menarik perhatian kuasa Barat seperti Perancis dan British untuk sama-sama menguasainya sehingga mereka berjaya memeteri perjanjian  dengan Mesir supaya terusan ini menjadi terusan antarabangsa yang akan membenarkan kapal-kapal dari seluruh pelusuk dunia.
Kebijaksanaan pihak British memasang perangkap supaya Khedif ismail dibelenggu masalah hutang dan akhirnya muflis membolehkan mereka menguasai Terusan Suez.Terusan Suez menjadi sensitif kepada penduduk Mesir kerana pihak penjajah akan menempatkan tentera di kawasan terusan itu.Penduduk tempatan sememangnya  tidak dapat berbuat apa-apa terhadap perkembangan tersebut.

3.  Faktor Politik

Suasana di Mesir antara tahun 1900 hingga 1918 tidak memihak kepada penduduk tempatan.Mesir masih berada di bawah empayar Utmaniyah yang diwakili oleh Khedif,namun kuasa pemerintahan sebenar berada di tangan pihak British yang sudah bertapak kukuh sejak tahun 1882.
Kedua-dua pihak yang memerintah,iaitu Khedif dan pihak British tidak berusaha membaiki keadaan rakyat dan pada masa yang sama tidak bersikap untuk menerima kritikan serta protes daripada rakyat yang tidak sukakan mereka.

4.  Kebudayaan masyarakat

Budaya masyarakat Mesir juga mengalami saat yang tenat akibat pengaruh kebudayaan penjajah yang bersifat sekular.Akhbar dan majalah di Mesir selalu mengungkapkan tulisan yang menyatakan Mesir merupakan sebahagian daripada Eropah.Akibatnya kebudayaan penjajah yang sekular mempengaruhi secara mendalam rakyat Mesir sehingga mengenepikan ajaran Islam.

5.  Kedudukan ekonomi

Rakyat Mesir sangat lemah. Ramai wanita Mesir hanya menjadi pembantu rumah kepada orang-orang British yang bekerja di tapak projek Terusan Suez. Ini bermakna sebahagian besar masyarakat Mesir ketika itu hanya bergantung kepada kedudukan ekonomi penjajah. Biarpun Mesir merupakan negara yang kaya dengan hasil buminya, namun hasil-hasil itu dikaut oleh pedagang-pedagang kaya dari Barat.
Pembinaan negara dan bangsa Mesir pada abad ke-20 terhalang kerana dominasi Barat terhadap negara Sungai Nil itu serta pemerintah yang mengabaikan kebajikan rakyat.

Penutup

Akhirnya pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British.
Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj...

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah

Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah Pendahuluan : §  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. §  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal. §  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Isi-isi penting : 1. Persaingan kuasa-kuasa Barat §  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia,...

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...