Skip to main content

Reaksi Masyarakat Di Algeria (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )

Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap pemerintahan kuasa barat di Algeria abad ke-19 hingga ke-20 M.

Pendahuluan

§  Sebelum penjajahan Perancis, Algeria berada di bawah kerajaan Uthmaniyah. Penjajahan Perancis bermula pada 1827 M dan berakhir pada 1847 M.
§  Kelemahan kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 M dan abad ke-19 M telah membuka ruang kepada pendudukan Perancis di Algeria. Apabila kerajaan Uthmaniyah mengalami zaman kejatuhan, kuasa Barat telah membahagi-bahagikan wilayah dalam dunia Islam, termasuklah Algeria.
§  Antara reaksi masyarakat Algeria termasuklah Amir Abdul Qadir dan Gerakan Penentangan terhadap Perancis, Gerakan Kemerdekaan.

Isi- isi penting

1.    Amir Abdul Qadir dan Gerakan Penentangan terhadap Perancis

§  Gerakan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Abdul Qadir. Penentangan Algeria terhadap penjajahan Perancis pada peringkat awal juga dimulakan oleh Qadir.
§  Dalam tempoh dua tahun, Abdul Qadir dilantik sebagai amir dan beliau Berjaya menyatukan pelbagai puak dan melakukan penentangan terhadap Perancis.
§  Abdul Qadir menggunakan teknik perang gerila dan hampir sedekad, iaitu sehinnga tahun 1842 M, beliau berjaya mengalahkan Perancis dalam beberapa pertempuran.

2.    Amir Abdul Qadir dan Gerakan Penentangan terhadap Perancis 2

§  Wilayah barat Algeria menjadi kubu kuatnya untuk menentang Perancis. Tidak lama kemudian , muncul perjanjian Desmichels dan Amir abdul Qadir dan Amir Abdul Qadir diberi kuasa memerintah Oran.
§  Pada tahun 1837, Perjanjian Tafna ditandatangani antara amir Abdul Qadir dengan pihak Perancis.

3.    Gerakan Algeria Kabylia

§  Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, Thomas Robert Bugeud menyerang Algeria pada tahun 1841 hingga 1847. Thomas memusnahkan kawasan petempatan penduduk di pinggir Bandar, tanaman dan ternakan. Abdul Qadir kalah dan beliau pergi ke Mesir.
§  Algeria dibahagikan kepada dua kumpulan masyarakat. Keadaan Ekonomi yang merosot menyebabkan pendudukan Algeria di kawasan Kabylia memberontak dan disertai oleh kira-kira satu pertiga penduduk Algeria. Akhirnya mereka tewas dan menjadi miskin serta terpaksa membayar ganti rugi.

4.    Algeria Muda

§  Pada tahun 1900, golongan modenis Islam Algeria (Algeria Muda) menghantar satu memorandum kepada pemerintah Perancis bagi mendapatkan hak mengundi dan melantik perwakilan. Mereka juga cuba bekerjasama dengan pendukung modenis Islam di timur tengah untuk membebaskan diri daripada Imperialisme Eropah secara politik, ekonomi, dan kebudayaan.
§  Selepas Perang Dunia Pertama, golongan Algeria Muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai orang Islam Perancis berusaha menuntut kemajuan dalam pendidikan dan hak politik.
§  Selain daripada golongan Algeria Muda, terdapat juga rakyat Algeria yang bangkit menentang penjajah Perancis dengan menjadikan dasar Pan-Islamisme sebagai penyesalesaian kepada masalah di Negara mereka. Gerakan ini berjaya menyekat kegiatan Kristianiti di Algeria dan Afrika Utara.

Penutup

§  Penentangan-penentangan yang dilakukan oleh penduduk Algeria kebanyakannya berakhir dengan kekalahan, namun perjuangan jihad ini membakar semangat umat Islam untuk memperjuangkan agama Islam.

§  Perjuangan mereka haruslah dijadikan sebagai iktibar.

Comments

  1. Sisssss... Nii jwp utk faktor2 penentangan masyarakat Algeria terhadap penjajahan perancis pads ke 19- 20... Ke??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Perkahwinan Masyarakat India)

1. ABSTRAK Adat Resam Dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat Kaum India Di Taman Kelubi Damai, Jasin, Melaka.       Kajian ini dijalankan dibawah tajuk, “Adat Resam dalam Majlis Perkahwinan Masyarakat India” di Taman Kelubi Damai. Kajian ini mengemukakan dua objektif. Objektif pertama kajian ialah untuk mengenalpasti jenis-jenis adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India. Objektif yang kedua pula, mengenalpasti kepentingan mengekalkan adat resam dalam majlis perkahwinan masyarakat India di Taman Kelubi Damai. Kawasan kajian ini terletak kira-kira 4 km dari Bandar Jasin dan 28 km dari Bandaraya Melaka. Kajian yang digunakan ialah kajian tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian ialah seramai 25 orang responden yang tinggal di Taman Kelubi Damai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penduduk di taman tersebut masih mengamalkan adat resam dalam majlis perkahwinan India. Kajian ini merumusk...

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( KFC Malaysia )

ISI KANDUNGAN Tajuk Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Pengenalan Objektif Kajian Latar Belakang Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan  Lampiran                  PENGHARGAAN Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar d...