Skip to main content

Adat Perpatih Dan Adat Temenggung (Bab 2 Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3) ( STPM )

Bincangkan Perbezaan Antara Adat Perpatih Dengan Adat Temenggung Yang Diamalkan Oleh Masyarakat Melayu Pada Abad Ke 19.
Pendahuluan :
  • Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih).
  • Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka.
  • Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat.
  • Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.
Isi-isi :
Perbezaan antara Adat Perpatih danAdat Temenggung
Bersifat Matriachal/Patriachal :
Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
  • Kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta
  • Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu
  • Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.
Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam keluarga
  • Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta
  • Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.
  • Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.
Perkahwinan :
Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda
  • bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
  • tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.
Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan boleh tinggal bersama keluarga suami.
Taraf perkahwinan :
  • Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap bersaudara.
  • Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Pentadbiran :
Adat Perpatih bersifat demokrasi :
  • kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.
  • Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
  • Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.
Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak) :
  • hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.
  • pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.
  • sultan melantik pembesar
  • pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung
  • sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara
  • anak lelaki sultan adalah pewaris takhta
  • sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
Perundangan :
Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk menyedarkan masyarakat
  • kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
  • ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
  • Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih tegas
  • hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.
  • Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.
Pembahagian Harta :
Dalam Adat Perpatih Harta Milik Keluarga :
  • Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.
  • Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
  • Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.
  • Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta kekal di tangan isteri.
  • Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.
Manakala Adat Temenggung Harta Milik Individu:
  • Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .
  • Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.
  • Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.
Kesimpulan :
  • Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat mempunyai maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi peraturan, berdisiplin, menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.
  • Kedua-duanya merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.
  • Selepas kedatangan British, berlaku perubahan dalam amalan adat masyarakat tempatan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa Nama Dalam Akhbar BERITA HARIAN )

Kandungan                                                                                      Halaman Penghargaan                                                                                          i 1.0    Pengenalan          1.1 Latar Belakang          1.2 Definisi Konsep 2.0    Objektif 3.0    Kepentingan Kajian 4.0    Skop Kajian 5.0    Batasan Kajian 6.0    K...

Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( KFC Malaysia )

ISI KANDUNGAN Tajuk Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Pengenalan Objektif Kajian Latar Belakang Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan  Lampiran                  PENGHARGAAN Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, pengkaji dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Haji Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar d...