Skip to main content

Nasionalisme Dan Pembentukan Negara Bangsa (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )


Huraikan faktor- faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20.

Pendahuluan 
   
               Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthamaniyah namun  pegaruh British di Mesir sangat kuat. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamat perang Dunia Pertama. Selepas 1918  mula melonggarkan sedikit  cengkaman ke atas pentadbiran Mesir  namun tetap melindungi  kepentingan ekonomi mereka. Perlantikan konsul Jeneral Lord Cromer memberi gambaran pihak British masih mengawal pentadbiran dalam negeri Mesir. Pentadbiran tradisional  di bawah kepimpinan  Khedif wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah hanyalah sekadar boneka demi mengawal penduduk tempatan sahaja. Penduduk tempatan sering ditindas menyebabkan muncul gerakan nasionalisme.

Isi-isi

           Gerakan nasionalisme  muncul apabila golongan reformis Islam bangun menentang pihak British dengan menubuhkan pergerakan yang dinamakan Ikhwanul Muslimin. Pergerakan ini ditubuhkan oleh Shaikh Hassan al-Banna. Pergerakan ini cuba menegakkan kembali Islam di Mesir berlandaskan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dan menolak modenisme yang berbentuk sekular yang menular dalam masyarakat Mesir ketika itu.  Gerakan Ikhwanul Muslimin menggunakan pengaruh agama untuk berjihad dan berbalik kepada ajaran Islam. Ikhwanul Muslimin bimbang apabila wujud golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran barat seperti Syaikh Ali Abdul Raziq  yang menulis buku berjudul Islam dan Dasar-dasar Pemerintahan kerana memisahkan antara agama dengan politik.

          Peranan bahasa dan kesusasteraan turut membantu kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir pada abad ke-20. Boutros Ghali seorang hakim yang dibunuh pada tahun 1910 selepas menandatangani perjanjian pemerintahan bersama Sudan.Kematian beliau telah diabadikan oleh Ahmad  Shawqi dan Hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-Muayyaddun al-Liwa. Sajak-sajak ini menjadi penggerak semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Seterusnya golongan modenis Islam yang dipelopori oleh Rasyid Rida sangat lantang memperjuangkan bahasa Arab Mesir dan mereka meminta agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.  Melalui cara ini dapat mengikis rasa hormat terhadap penjajah.

         Surat khabar atau bidang kewartawanan turut meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir. Penulis Rasyid Rida melalui akhbar Salafiya banyak membuka minda rakyat Mesir pada waktu itu. Beliau merupakan orang kanan Muhammad Abduh yang banyak menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan. Dalam penulisan beliau menyalahkan dan menganggap penjajah menyebabkan umat Islam mundur. Penulis wanita juga turut memperjuangkan hak mereka seperti Malak Hifni nama penanya Bahithat al-Badiya. Beliau membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita.

         Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan nasionalisme di Mesir terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang. Ramai daripada bijak pandai berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang. Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa tempoh pembelajaran mereka. Selain itu, mereka disuntik sikap anti-British melalui guru-guru mereka yang berbangsa Perancis. Selain itu, sikap British yang mengabaikan pendidikan  sekolah tajaan kerajaan di Mesir walaupun mereka mampu membiayainya. British juga melantik golongan berpendidikan yang berasal daripada golongan berada mengisi kesemua jawatan kerajaan malah ada juga jawatan kerajaan diberi  kepada pegawai Britain yang kurang berkelayakan dan dibayar gaji lebih tinggi berbanding penduduk tempatan.

          Pengaruh luar paling besar Berjaya membuatkan penduduk Mesir bangkit melawan kuasa asing  ialah Perang Dunia Pertama. Para petani di Mesir dikerah secara paksa oleh British untuk meninggalkan lading-ladang mereka dan menyertai Perang Dunia Pertama dengan membantu Palang Merah dan menjadi kuli kepada tentera British di Palestin, Gallipoli serta Perancis. Banyak nyawa rakyat Mesir terkorban dalam peperangan tersebut. Dalam pada itu kebanjiran Tentera bersekutu di Mesir membuatkan penduduk merasa lemah sehingga memerlukan kuasa asing untuk melindungi mereka.

Kesimpulan


          Kesimpulannya, faktor - faktor inilah menimbulkan gerakan nasionalisme di Mesir. Bagaimanapun faktor agama, peranan bahasa dan kesusasteraan dan pendidikan memberi sumbangan besar yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Pendapat Tokoh Berkaitan Dengan Frasa Nama ( Nota Bahasa Melayu Semester 3 Tingkatan 6 )

Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak diatas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan subjek ayat. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predika...

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       De...