Skip to main content

Faktor Yang Mendorong Kemunculan Semangat Nasionalisme (Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2) ( STPM )


                 Selepas Perang Dunia Pertama tamat, empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan. Empayar ini berpecah-belah. Kuasa-kuasa imperialis menguasai kawasan-kawasan yang dibebaskan dari naungan kerajaan Turki Uthmaniyah. Syria diletakkan di bawah kawalan Perancis dan Perancis menjaga hal ehwal Syria lalu memulakan penjajahannya. Gerakan nasionalisme di Syria berlaku akibat pencerobohan Barat yang menguasai keadaan politik dan ekonomi Syria.

                 Antara faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme ialah pengaruh agama. Keadaan ini muncul dalam kalangan tokoh-tokoh agama untuk menghalang imperialisme dan menjaga kesucian agama Islam. Mereka menekankan perpaduan umat Islam untuk menyekat perluasan kuasa Barat. Atas kesedaran agama Islam, muncul penggerak-penggerak nasionalis di Syria. Golongan ini mengambil berat tentang kedudukan orang Islam di negara jiran, iaitu di Palestin. Semangat nasionalisme juga muncul kerana tindakan orang Yahudi yang ingin menempatkan orang Yahudi di kawasan orang Palestin. Keadaan ini menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Syria.

                 Bahasa dan kesusasteraan juga memainkan peranan dalam kemunculan semangat nasionalisme di Syria. Perancis mengamalkan dasar pecah dan perintah. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Golongan minoriti ingin bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan masing-masing. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang Kurdi dan orang Turki muncul kerana isu bahasa di kawasan yang diduduki oleh mereka.

                 Pengaruh kewartawanan khususnya majalah Al-Manar menyebarkan konsep pembaharuan dan tajdid di Kaherah oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria. Penyebaran idea-idea pembaharuan dan dakwah Islamiah oleh majalah ini merupakan pendorong kepada gerakan nasionalisme. Majalah ini memberikan ruang untuk perbincangan pelbagai isu, mempelopori pertukaran idea serta mengemukakan cara-cara baharu menangani isu-isu sosial. Sejak tahun 1899, majalah ini disebarkan ke seluruh wilayah Islam.

                 Pendidikan juga memainkan peranan dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Syria. Sebuah akademi bahasa ditubuhkan di Syria dan menjadi tempat pertemuan golongan ahli linguistik untuk berkumpul dan bertukar-tukar fikiran. Mereka mengutamakan bahasa Arab dan ingin melihat penubuhan sebuah negara Arab di Syria. Di bandar Damsyik dan Beirut, universiti-universiti didirikan dengan fungsi sebagai tempat perbincangan dan perdebatan golongan intelektual.

                 Tidak dapat dinafikan bahawa golongan intelektual merupakan pendorong utama semangat nasionalisme. Tokoh-tokoh ini memperjuangkan hak mereka melalui pelbagai kaedah. Rasyid Rida seorang warganegara Syria berusaha untuk mengembangkan ideologi pembaharuan dan Pan-Islamisme. Tokoh ini mengkaji kelemahan masyarakat Islam serta cara mengatasinya dengan mengamalkan prinsip-prinsip dasar Islam dan idea modenisme penulisan. Rasyid Rida Berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Syria.

                 Selain itu, pengaruh dari luar Syria juga memainkan peranan yang penting. Dasar Pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah semasa pemerintah Sultan Abdul Hamid II. Pengaruhnya juga terdapat di Syria kerana Syria merupakan kawasan di bawah pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah. Shakib Arselan yang berasal dari Lubnan menyeru kepada penduduk Syria untuk menentang kemaraan kuasa Barat. Dia juga menggesa orang Syria supaya melawan orang British semasa Perang Dunia Pertama.


                  Kesimpulannya, wilayah Timur Tengah terdedah kepada kuasa Berikat selepas Perang Dunia pertama. Perancis mendapat mandate untuk memerintah Syria. Mereka memerintah Syria selama tujuh tahun sebelum pilihan raya diadakan. Walau bagaimanapun, Syria masih tidak mendapat kemerdekaan penuh.

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa...

Pendapat Tokoh Berkaitan Dengan Frasa Nama ( Nota Bahasa Melayu Semester 3 Tingkatan 6 )

Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak diatas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan subjek ayat. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predika...

Kerja Kursus Semantik & Pragmatik (Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen)

Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL) TIX2002 : Semantik & Pragmatik Semantics & Pragmatics Sesi 2017 / 2018 Semester 4 Tajuk Kerja Kursus Analisa Aspek-aspek Semantik Deiksis dan Kolokasi dalam Cerpen ‘Arnab yang Pemalas’. Nama Ahli Kumpulan Aisyah Binti Mahathir (TIG1600XX) Nur Asilah Binti Adenan (TIG1600XX) Siti Fatimah Binti Masran (TIG1600XX) Thanushah A/P P Soniyasee (TIG1600XX) Nombor Kumpulan Kelas Kumpulan 4 Nama Pensyarah Puan Siti Nurbaya Binti Mohd Nor Tarikh Dihantar 4 /   4 / 2018 Isi Kandungan Bilangan Tajuk Nama Ahli Muka Surat 1. Pengenalan Fatimah 1 2. Objektif Semua Ahli Kumpulan 2 3. Deskripsi Data Thanushah 3 4. Kerangka Teori Aisyah & Asilah 4 - 6 5. Analisa dan Perbincangan 1.       De...