Skip to main content

Faktor-Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Empayar Turki Uthmaniyah


Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah

Pendahuluan :

§  Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat.
§  Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal.
§  Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.

Isi-isi penting :

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat

§  Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar Turki Uthmaniyah.
§  Akar umbi ancaman terhadap empayar Turki Uthmaniyah yang kemudiannya membawa keruntuhan empayar ini berpunca daripada persaingan kuasa-kuasa barat yang berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
§  Kuasa-kuasa barat bersaing sengit antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa barat itu. Keluasan tanah jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.
§  Perancis telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1830, Perancis bertindak menawan Algeria. Kemudian, Tunisia dikuasai Perancis pada tahun 1881 dengan alasan untuk melindungi Algeria puak kabilah Tunisia yang menetap di sempadan.
§  Rusia berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1877-1878. Peperangan ini berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang terlepas dalam Perang Crimea (1854-1856). Rusia berjaya menewaskan Turki Uthmaniyah dalam peperangan (1877-1878) ini.
§  Dalam Perjanjian Berlin (1878), Britain menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah. Ketika itu, kerajaan Turki Uthmaniyah memerlukan sokongan Britain untuk menentang Rusia. Namun sokongan yang diberi bukanlah percuma. Britain mahukan Cyprus. Hal ini menyebabkan Cyprus berada di bawah dua kuasa. Dari sudut kedaulatan, Cyprus berada di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah tetapi dari segi kuasa pemerintahan, Britain menguasainya sungguhpun Cyprus disewa daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.
§  Britain kemudiannya menguasai Mesir, Teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Syeikh Mubarak al-Sabah pada tahun 1899 yang antara lain isi perjanjiannya ialah bandar Kuwait atau sebarang tanah lain tidak boleh disewa kepada kuasa lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Britain. Pihak British juga membuat membuat perjanjian dengan penguasa wilayah di Hadhramaut, Bahrain dan Muscat (Oman).

2. Revolusi Perindustrian

§  Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa barat tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian. Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam tin, alat-alat elektrik dan kereta. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu transformasi yang memperlihatkan sesetengah kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.
§  Penciptaan jentera atau enjin berkuasa wap merupakan salah satu perkembangan penting dalam proses perindustrian di peringkat awal. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk melebur besi tersebut.
§  Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain berkurangan. Para usahawan telah menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam proses penggalian arang batu, timbul masalah takungan air di dalam lubang yang digali. Masalah ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.
§  Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu. Oleh yang demikian, arang batu dapat dihasilkan dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan pengusaha besi yang memerlukan banyak arang batu.
§  Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi dengan kemajuan bidang pengangkutan.sistem pengangkutan bukan sahaja melibatkan pengedaran bahan mentah dan barangan siap dalam negara tetapi juga menjana urusan eksport dan import.
§  Penciptaan lokomotif enjin berkuasa oleh George Stephenson pada awal abad ke-19 memberi kesan yang hebat. Selain itu, sistem pengangkutan di laut dipertingkat iaitu kapal menggunakan enjin berkuasa wap direka bagi menggantikan kapal layar.
§  Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
§  Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah turki Uthmaniyah.

3. Bahan Mentah

§  Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
§  Duta Britain datang sekali lagi meminta kebenaran untuk menggali punca air perigi di wilayah Syria dan Hijaz kononnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di sana. Tujuan mereka sebenarnya untuk mencari telaga minyak.

4. Agama

§  Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa barat menghapuskan empayar Islam ini.
§  Selain itu, pihak barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat yang berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Golongan yang berselindung di sebalik alasan kajian ilmiah ini telah berusaha untuk membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun barat sambil menyemai kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai agama yang mundur, anti-kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.

5. Menyebarkan Falsafah dan Pemikiran Barat

§  Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-masing, kuasa-kuasa barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup)nbarat ke dalam masyarakat peribumi yang mereka jajah itu.
§  British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Peranan British menguasai pemikiran rakayt Mesir menjadi mudah kerana telah dilakukan oleh Napoleon Bonaparte semasa menakluki Mesir pada tahun 1798. Falsafah Perancis yang menekankan kedaulatan dan ketaatan kepada negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir.
§  Pihak barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden denagn jolokan seperti orang yang maju, berpengetahuan, progresif dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh sekular (modenis) Turki seperti Mustafa Kamal Ataturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.

Penutup :


§  Tujuan sebenar negara-negara eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh Turki Uthmaniyah yang digelar mereka sebagai “Orang Sakit Eropah” adalah untuk membuat bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan FACEBOOK Masakini (Contoh Esei)

PENDAHULUAN Peranan media massa dan komunikasi dalam membangunkan negara sememangnya tidak dapat dinafikan. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa dan komunikasi membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa dan komunikasi memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wuj

Peranan Raja Atau Sultan Sebelum Dan Selepas Campurtangan British ( Sejarah Tingkatan 6 Penggal 3 )

Pendahuluan Raja atau sultan memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum kedatangan penjajah, sultan memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Namun penguasaan penjajah British ke atas Tanah Melayu menyebabkan kuasa sultan mulai terhakis. Sebaliknya British mula memainkan peranan dalam politik, ekonomi dan sosial. Walaupun kuasa sultan kian terhakis pada zaman penjajahan British namun sultan tetap menjadi unsur penting dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Peranan Raja sebelum penjajahan British. Politik 1. Sultan sebagai ketua kerajaan Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi wa